CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Nak Jadi 'Salmon' Demi Sushi Percuma

19-3-2021 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2505| Komen: 18

Description: Segelintir individu di Taiwan sanggup menukar nama kepada salmon untuk memenuhi syarat bagi mendapatkan sushi percuma di sebuah restoran.
Segelintir individu di Taiwan sanggup menukar nama kepada salmon untuk memenuhi syarat bagi mendapatkan sushi percuma di sebuah restoran.


Kredit foto: FB


Ia menyebabkan Kementerian Dalam Negeri negara itu menasihatkan orang ramai bahawa mereka boleh menukar nama tiga kali saja.

Jika mereka tersilap, risikonya adalah nama itu akan terus kekal digunakan.

Taiwan News melaporkan, dalam satu promosi terhad, sebuah restoran menawarkan sushi secara percuma kepada sesiapa yang namanya mempunyai karakter salmon.

Sementara potongan harga 50 peratus diberikan kepada mereka yang mempunyai nama yang karakternya homofonik kepada ikan itu.

Ia mencetuskan perdebatan di media sosial dengan sebahagiannya tidak percaya seseorang boleh dipanggil dengan nama salmon.

Laporan juga menyebut, ramai yang hadir ke jabatan pendaftaran untuk menukar nama mereka supaya memenuhi syarat.



Gambar hiasan

Seorang pelajar kolej di Taichung bernama Guo, menukar namanya kepada Salmon Donburi Duo dan dia akan menukar semula namanya selepas mengunjungi restoran itu bersama rakan-rakannya.

Kementerian terbabit memberikan amaran bahawa peraturan hanya membenarkan warganegara itu hanya boleh menukar nama mereka tiga kali saja.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 19-3-2021 01:17 PM
Tak berbaloi demi 3-4 ketul sushi salmon
Quote Normabaru 19-3-2021 01:34 PM
Ala.. Salmon jek? Kat msia kita ada ayam.. AyamPH.. Tp rasa mcm dah aruwah
Quote fido_dido 19-3-2021 01:52 PM
nanti kalau org tanya boleh la jawab 'mana la saya tahu saya kan cuma ikan salmon'
Quote rajamoney 19-3-2021 02:52 PM
inilah dia salmon pate

ha? sambal petai?

bukan tapi pati ikan salmon

cuba teka dialog filem apa?

Quote sakitperut 19-3-2021 04:08 PM
tak berbaloi. whatever lah
Quote lipans 19-3-2021 04:12 PM
salmon khan..
Quote CikYaYaYa 19-3-2021 04:14 PM
rajin naw nak tukar nama sebb nak salmon free. tersangattlaa xberbaloii
Quote TravellingBear 19-3-2021 04:32 PM
salmon anak sohai
Quote salmon-suki 19-3-2021 07:07 PM
Hai.. I'm here... hihihihi..mana nak tebus sushi free tu?{:smile{:smile{:smile
Quote kakigebang 19-3-2021 07:07 PM
kaum ni bab benda mmg laju je, kat sini pun ramai, mmg semak as
Quote Jorja 20-3-2021 07:06 AM
SAEMEN. Sedap juga dengar org sebut. Mcm nama heroin movie the lovely bones
Quote Buritan 20-3-2021 07:38 AM
Normabaru replied at 19-3-2021 01:34 PM
Ala.. Salmon jek? Kat msia kita ada ayam.. AyamPH.. Tp rasa mcm dah aruwah

Dah mati tak pun kelahiran senula jd punat ka..
Quote Normabaru 20-3-2021 08:29 AM
Buritan replied at 20-3-2021 07:38 AM
Dah mati tak pun kelahiran senula jd punat ka..

Laaa punat plak.. Bila nak jadi mn Api plak? Suka sgt bakau kat sini. Heheh
Quote dua_chzy 20-3-2021 09:55 AM
So, sae-men ka saa-men?
Quote shernazz 20-3-2021 10:09 AM
lipans replied at 19-3-2021 04:12 PM
salmon khan..

Hahaha
Tergelak.nengok komen ni..
Quote hasniey 20-3-2021 10:23 AM
Aik tukar g mkn sekali je?alang2 dh tkr nama g la mkn sushi tiap2 hari sebulan ke setahun ke
Pastu bru tkr balik nama
Quote qistina91 20-3-2021 11:53 AM
Tak bankrup ke restoren tu nanti?
Quote qistina91 20-3-2021 11:54 AM
rajamoney replied at 19-3-2021 02:52 PM
inilah dia salmon pate

ha? sambal petai?

Salmon sambal petai.... Mcm sedap

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058910 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top