CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majikan Dera Amah- Dipukul, Disimbah Air Panas Dan Dicubit

19-3-2021 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1765| Komen: 7

Description: Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memperdagangkan dan melakukan kekerasan ke atas pembantu rumah wanita warga Kemboja dalam kejadian 24 Februari lalu.
Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memperdagangkan dan melakukan kekerasan ke atas pembantu rumah wanita warga Kemboja dalam kejadian 24 Februari lalu.


Tertuduh, Teoh Beng Sim, 56, dan Teh Hooi Fung, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dua beranak itu secara bersama didakwa memperdagangkan wanita dikenali sebagai 'Soy Rom' yang berusia 27 tahun bagi maksud eksploitasi pengabdian dengan cara kekerasan.


Foto: Berita Harian

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Perpaduan Kampung Baru, Bukit Mertajam pada jam 10.45 malam 24 Februari lalu.


Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta sabit kesalahan boleh dipenjara antara tiga hingga 20 tahun dan boleh didenda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syeqal Che Murat, manakala kedua-dua beranak itu diwakili peguam Datuk Supramaniam Kasia Pillai.

Ketika prosiding kes berlangsung, pihak pendakwa tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap mereka memandangkan kesalahan serius dilakukan.

Bagaimanapun, pihak pembelaan merayu dua anak guamnya dibenarkan ikat jamin dengan alasan kedua-dua tertuduh memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan polis.

Noor Aini kemudian membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 19 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan dengan mengarahkan kedua-dua tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran setiap 15 hari bulan sehingga kes selesai.

Dalam kejadian 24 Februari lalu, polis menyelamatkan seorang pembantu rumah wanita warga Kemboja dipercayai didera majikannya sebaik menerima aduan daripada orang awam.

Pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan fizikal di bahagian muka, kesan parut melecur di lengan, luka bekas jahitan dan beberapa kesan calar di badan serta kaki mangsa.

Mangsa mengadu didera majikannya (isteri) termasuk dengan cara dipukul, disimbah air panas dan dicubit. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote highcastle 19-3-2021 02:57 PM
Bab dera amah ni selalu mmg dia orang lah tapi bab kena tipu ngan amah selalu bangsa melayu yg kena................
Quote Cieejiee 19-3-2021 03:00 PM
Quote ikanmasin 19-3-2021 04:46 PM
mmg jahat betullah..siap siram air panas alahai cuba diaorg kene balas balik  mcm tu..mmg meraung2 lah kan..
Quote salmon-suki 19-3-2021 07:06 PM
highcastle: Bab dera amah ni selalu mmg dia orang lah tapi bab kena tipu ngan amah selalu bangsa melayu yg kena................

Y ni sgt betul sis..huhu..
Quote Jorja 19-3-2021 09:09 PM
Like mother like daughter gitu
Quote Nanadjo 19-3-2021 09:38 PM
Ya Allah ada lagi kes2 macam ni, kesian diorang.
Quote intanblur 20-3-2021 12:39 AM
Kesiannya huhuhi

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.082284 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top