CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Dengar Bila Bercerai, Tahu-Tahu Farawahida Bakal Berkahwin Lagi

19-3-2021 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27204| Komen: 154

Description: Perkongsian Farahwahida mengenai majlis pertunangannya di Instagram menjawab teka-teki rumah tangga yang dibina sebelum ini sudah berakhir.
Perkongsian Farahwahida mengenai majlis pertunangannya di Instagram menjawab teka-teki rumah tangga yang dibina sebelum ini sudah berakhir.

Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 36, menggayakan pakaian sedondon berwarna coklat cair bersama seorang lelaki duduk di atas pelamin dengan kapsyen 'tunang'.


Foto: 

Namun, penyanyi yang popular menerusi lagu Tanpamu ini merahsiakan identiti lelaki berkenaan apabila menutup wajah calon suaminya dengan jambangan bunga tangan.

Dia juga tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenai hari bahagianya itu.

"Doakan baik-baik semua," tulisnya pada Instastory.



mStar cuba mendapatkan pengesahan mengenai berita ini, namun panggilan yang dibuat tidak berjawab.

Bagaimanapun sumber memaklumkan pasangan ini dikatakan akan melangsungkan majlis pernikahan di kediaman keluarga Farawahida di Taiping, Perak, pada hari ini (Jumaat).

Sebelum ini, Farawahida mendirikan rumah tangga dengan Abdul Shukor Mohd Zain pada 16 Disember 2013.

Bagaimanapun sejak tahun 2017 terdapat khabar angin yang mendakwa dia telah bercerai selepas dilihat tidak lagi memuat naik sebarang gambar dengan Abdul Shukor.


Foto: IG

Menafikan dakwaan itu, Farawahida berkata dia lebih selesa berkongsi gambar bersendirian di media sosial kerana suaminya adalah seorang yang pemalu.

Perkahwinan mereka itu tidak dikurniakan cahaya mata. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote opie5662 19-3-2021 09:11 AM
Bukan pandai simpan cerita la.... Tp sbb die sendu sesendu2 nye.... Takde sape igt die dh berlaki ke bercerai...
Quote Buritan 19-3-2021 09:11 AM
Jenuh aku menelekk.. oo si kojol mesia ni kee.. patut kawin ngan sibotak nana ape tah siap lipot lipot puhlis
Quote evataso 19-3-2021 09:11 AM


Park dulu
Quote rainbowrainz 19-3-2021 09:13 AM
Iols x kenal.. sorie
Quote afie_m 19-3-2021 09:14 AM
Siapa ni..x kenal
Quote newme11 19-3-2021 09:15 AM
OOOO...Farah aka kajol Malaysia rupanya…
Malaysia ni ramai retis name Farah...
Quote BoongaKertas 19-3-2021 09:18 AM
Buritan replied at 19-3-2021 01:11 AM
Jenuh aku menelekk.. oo si kojol mesia ni kee.. patut kawin ngan sibotak nana ape tah siap lipot lip ...

julfekar kan chuols mksdkan tu?
Quote Noraniza_Iblis 19-3-2021 09:19 AM
smpai hati uolss meng who are yuss kan.. kajol Malaysia...
Quote Noraniza_Iblis 19-3-2021 09:19 AM
Buritan replied at 19-3-2021 09:11 AM
Jenuh aku menelekk.. oo si kojol mesia ni kee.. patut kawin ngan sibotak nana ape tah siap lipot lip ...

dgn julfekar..komposer botak gemok tu..
Quote evataso 19-3-2021 09:21 AM
Noraniza_Iblis replied at 19-3-2021 09:19 AM
dgn julfekar..komposer botak gemok tu..

Sampai harini tak boleh hadam nape hadap sgt dkt jul time tuh.
Quote Noraniza_Iblis 19-3-2021 09:24 AM
evataso replied at 19-3-2021 09:21 AM
Sampai harini tak boleh hadam nape hadap sgt dkt jul time tuh.

mase tu siap si jul tu..ugut nk sebar gambar bogel bagai..
sbb frust sheols ni tk jd kawen dgn die
Quote Solero 19-3-2021 09:25 AM
evataso replied at 19-3-2021 09:21 AM
Sampai harini tak boleh hadam nape hadap sgt dkt jul time tuh.

Duit la kot
Quote ophillea 19-3-2021 09:25 AM
Kalau suaminya baik, semoga bertemu jodoh semula. Kalau sebaliknya, semoga cpt bertemu jodoh dengan yg lain pula
Quote evataso 19-3-2021 09:25 AM
Noraniza_Iblis replied at 19-3-2021 09:24 AM
mase tu siap si jul tu..ugut nk sebar gambar bogel bagai..
sbb frust sheols ni tk jd kawen dgn di ...

Kan...poyo giler si jul. Bangga dia dah pakai si para ni
Quote Atiesha 19-3-2021 09:26 AM
Farawahida yg lagu tanpamu ka
Quote Nenasketum 19-3-2021 09:30 AM
BoongaKertas replied at 19-3-2021 09:18 AM
julfekar kan chuols mksdkan tu?

Skeri citer yang ni, bila si lelaki londeh suma. Si pompuan plak terus sarung tudung, settle.
Quote Noraniza_Iblis 19-3-2021 09:39 AM
Atiesha replied at 19-3-2021 09:26 AM
Farawahida yg lagu tanpamu ka

yezzaa...sheolss dlu org ckp dayang copy ori...
Quote Atiesha 19-3-2021 09:41 AM
Noraniza_Iblis replied at 19-3-2021 09:39 AM
yezzaa...sheolss dlu org ckp dayang copy ori...

Sendunya dia..diri sndiri yg claim bleh la....1 lagu tu ja ingat pon...lain nan hadooo..
Quote jamalee 19-3-2021 09:50 AM
Nyanyi lagi ke sheols

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.122706 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top