CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datuk Didakwa Lupus, Pindah, Terima Wang Lebih RM8 Juta

19-3-2021 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6969| Komen: 65

Description: Seorang lelaki bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 16 pertuduhan melupuskan, memindahkan dan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM8 juta.
Seorang lelaki bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 16 pertuduhan melupuskan, memindahkan dan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM8 juta.


Datuk Ahmad Azwan Aboo Mansoor, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, tertuduh didakwa melupuskan wang berjumlah RM815,863.06 hasil daripada aktiviti haram daripada akaun simpanan bank miliknya di Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Taman Melawati di sini antara April 2016 hingga April 2018.

Foto: Harian Metro

Ahmad Azwan turut berdepan lima pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM3,020,299.98 hasil daripada aktiviti haram daripada akaun simpanan bank miliknya ke dalam satu lagi akaun banknya dan dua akaun bank masing-masing milik seorang lelaki dan sebuah syarikat pada tempat sama antara 11 Jun 2016 hingga 20 Disember 2017.


Dia juga didakwa atas empat pertuduhan menerima wang berjumlah RM4,180,396.59 hasil daripada aktiviti haram ke dalam dua akaun simpanan bank milik tertuduh di Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Taman Melawati dan Malayan Banking Berhad, Cawangan Taman Setiawangsa di sini antara 10 Disember 2016 hingga 9 Mac 2018.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Zainal manakala tertuduh diwakili peguam Harjinder Singh.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes. -CARI

Sumber:  Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 19-3-2021 05:37 PM
lupus duit pindah duit terima duit pun salah

yg rasuah banglo boleh gugur kes cenggitu je

tu belum masuk rasuah terowong lg
Quote supermum 19-3-2021 06:22 PM
MsBritney replied at 19-3-2021 06:20 PM
saje nak share.. sorang dato’ ni. bekas menteri.. 2nd wife dari golongan celebrity jugak. Cash gila ...

Sumber info dari mana uols?
Quote missyL 19-3-2021 06:22 PM
MsBritney replied at 19-3-2021 06:20 PM
saje nak share.. sorang dato’ ni. bekas menteri.. 2nd wife dari golongan celebrity jugak. Cash gila ...

Menarik..

Dato mane kah
Quote laksmanabentan 19-3-2021 07:19 PM

hahahaha.... kalau ini senang aja nak tebakkk.....

mesti la.... SA kan...
hahahaha...
Quote hareeeesah 19-3-2021 07:20 PM
MsBritney: negeri di bawah bayu


Macam boleh agak je. Bukan ramai sangat kan{:hero
Quote mrsbale 19-3-2021 07:47 PM
MsBritney replied at 19-3-2021 06:20 PM
saje nak share.. sorang dato’ ni. bekas menteri.. 2nd wife dari golongan celebrity jugak. Cash gila ...

Mcm blh agak sapa
2nd wife tu ex kpd artis bergelar jg ekk
Quote ninja9 19-3-2021 07:59 PM
MsBritney replied at 19-3-2021 07:40 PM
Ye xramai..pasal tu xboleh nak mention clue lebih2.

bung...........................?
Quote dua_chzy 19-3-2021 08:17 PM
MsBritney:    Edited by MsBritney at 19-3-2021 06:21 PM  saje nak share.. sorang dato’ ni. bekas menteri.. 2nd wife dari golongan celebrity jugak. Cash gila bany ...


Semoga terbakar rumah biar hangus segalanya.
Quote dua_chzy 19-3-2021 08:18 PM
MsBritney: SA? sorry xsure tu short form untuk ape


Shapie Apdal.

Heol ka? Dengan seken wife ex penjual kerang?
Quote supermum 19-3-2021 08:36 PM
dua_chzy replied at 19-3-2021 08:18 PM
Shapie Apdal.

Heol ka? Dengan seken wife ex penjual kerang?

Aku rasa bukan. Seken wife heols bukan sejenis alim kucing nak buat majlis keagamaan bagai. Lagipun SA masih menteri kan?
Quote tukul 19-3-2021 08:40 PM
laksmanabentan replied at 19-3-2021 07:19 PM
hahahaha.... kalau ini senang aja nak tebakkk.....

mesti la.... SA kan...

Knp tiba2 i terbayang VS....huhuhu
Quote mrsbale 19-3-2021 08:45 PM
tukul replied at 19-3-2021 08:40 PM
Knp tiba2 i terbayang VS....huhuhu

Naluri iols pun kuat saspek vs ni gak
Quote slyfynx 19-3-2021 08:54 PM
Mati2 aku igt datuk tu kene LUPUS, and dapat duit 8 Juta.
Haish. Rupenye lupus kata kerja, bukan kata nama.
Quote missyL 19-3-2021 09:05 PM
MsBritney replied at 19-3-2021 06:48 PM
negeri di bawah bayu

Harap2 dapat balasan pn cash jgk
Quote LadyCarefree 19-3-2021 09:05 PM
MsBritney:    Edited by MsBritney at 19-3-2021 06:21 PM  saje nak share.. sorang dato’ ni. bekas menteri.. 2nd wife dari golongan celebrity jugak. Cash gila bany ...


Banyak je kot cenggini.
Quote MsBritney 19-3-2021 09:06 PM
tukul replied at 19-3-2021 08:40 PM
Knp tiba2 i terbayang VS....huhuhu

Hahahaa.. xboleh nk ckp lebih2..
Quote MsBritney 19-3-2021 09:10 PM
mrsbale replied at 19-3-2021 07:47 PM
Mcm blh agak sapa
2nd wife tu ex kpd artis bergelar jg ekk

Agaknye laaa.. hahaha
Quote sehirkedi 19-3-2021 09:12 PM
MsBritney replied at 19-3-2021 06:20 PM
saje nak share.. sorang dato’ ni. bekas menteri.. 2nd wife dari golongan celebrity jugak. Cash gila ...

Iols tak percaya yg post pasai ugama, hijab bagai.. Semua untuk tutup kejahatan yg mereka buat saja. Nak nampak mulia di mata nurtizen.

Bila pula mereka nak kena cekup ni..
Quote tukul 19-3-2021 09:14 PM
MsBritney replied at 19-3-2021 09:08 PM
Tulaa.. tanpa rase bersalah pulak tu show off sambil post hadith etc

Tazkirah utk diri sendiri tu....tuju kpd diri...jiwa x tenang....haha

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.057535 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top