CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Tinggal Di Kubur Sebab Nak Tebus Dosa Masa Lalu

20-3-2021 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3530| Komen: 22

Description: Jakarta: Kerana ingin menebus dosa masa lalu, seorang warga emas nekad untuk tinggal di kawasan perkuburan.
Jakarta: Kerana ingin menebus dosa masa lalu, seorang warga emas nekad untuk tinggal di kawasan perkuburan.

Abah Sarji, 102, menghabiskan sisa-sisa hidupnya di tanah perkuburan Lengkong di Jawa Barat, lapor Tribunnews.


Alasannya ialah dia ingin menebus dosa yang dilakukan ketika zaman muda dan mengingati mati.

Foto: Harian Metro

Dia kini tinggal di kawasan perkuburan itu sendirian untuk memperbanyakkan amal ibadat.

Pondoknya di kawasan kubur itu diperbuat daripada buluh yang nampak sederhana dengan keluasan 2x2 meter persegi.

Abah turut berkongsi pengalamannya bertemu makhluk halus di kawasan berkenaan.


"Mereka sering keluar dari dalam kubur terutamanya yang belum sampai seminggu. Orang kata itu adalah si mati yang tidak tenang di dalam kubur menyebabkan dia keluar dari kuburnya pada malam tertentu," dakwanya.

Ditanya mengenai makan dan minum, Sarji berkata, ada yang mengirimkan makanan kepadanya termasuk daripada anak dan cucu.

"Anak cucu datang dan kirimkan. Biasanya makanan atau pun rokok," katanya.

Sejak tinggal di situ lima tahun lalu, dia tidak memakai baju.

Seorang penduduk, Dedi berkata, Sarji tinggal di situ walaupun mempunyai isteri dan keluarga.

Bagaimanapun, isterinya sudah tidak mampu berjalan dan mendegar kerana usia tua. -CARI

Sumber: Harian Metro
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 20-3-2021 11:04 AM
ni msti geng2 makrifat telepat sufi tasawwuf wan hizam la ni

Quote Nanadjo 20-3-2021 11:05 AM
Quote lavendernovella 20-3-2021 11:37 AM
Bersungguh atuk ni mengingati mati. Semoga Allah terima taubat dia. Aminnn...
Quote dudaberhias 20-3-2021 12:09 PM
Bersungguh atuk ni, harap2 dia buat kerja amal seperti bersihkan kubur semua, moga di permudahkan urusan dia. Iols nak kata lebih2 dia dah tua dah pun dah itu pilihan dia, jangan kacau orang sudah
Quote Cieejiee 20-3-2021 12:24 PM
Semoga dipermudahkan
Quote hasniey 20-3-2021 12:26 PM
Iye atok nk tebus dosa silam...tp kenapa tinggalkan isteri yg dah xlarat?tu tanggungjawab tok...culas tanggungjawab dosa jgk.cukup la skdr taubat nasuha
Quote ashilalat 20-3-2021 12:46 PM
Isteri, anak cucu tinggal kat umah x mengapa. Rokok tetap tak tinggal ye atok...
Quote ophillea 20-3-2021 01:04 PM
Umur 102 nampak cergas lagi...
Quote user.name 20-3-2021 01:12 PM
bertemu makhluk halus? sering keluar dari dalam kubur?
Quote malaygirl 20-3-2021 02:23 PM
Umur 102? Wow!! Nampak macam 70-80an.
Quote Lagubestbest 20-3-2021 03:00 PM
dah tua2 masih taktau kebende. G iktikaf masjid la.
Quote sarahmirza 20-3-2021 03:57 PM
Atuk bergambar tak tutup aurat...
Quote lolipopi 20-3-2021 07:47 PM
Merokok pun sihat panjang umur.. Untung atok
Quote Magggiee 20-3-2021 09:03 PM
{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun
Quote Plain-tif 20-3-2021 11:42 PM
Panjang usia atok
Quote Potpouri 20-3-2021 11:58 PM
Bersepah2nya bilik atuk tu..camna nak beribadat? huhuu
Quote notM 21-3-2021 02:45 AM
user.name replied at 20-3-2021 01:12 PM
bertemu makhluk halus? sering keluar dari dalam kubur?


Dulu dalam TV3 pernah buat rakaman paranormal...diorg rakam Hantu keluar dari kubur..jenguk sikit..nampak kamera...lepastu masuk balik
Quote dua_chzy 21-3-2021 11:16 AM
Lagubestbest replied at 20-3-2021 03:00 PM
dah tua2 masih taktau kebende. G iktikaf masjid la.

Tempat2 ibadah ni biasanya ramai manusia toksik yang boleh buat manusia makin menjauh dari Tuhan instead of mendekat if tak kuat iman.
Quote INTAN.JEJAI 22-3-2021 01:02 PM
mungkin die bersihkan kawasan perkuburan..Done husnudzonn

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.256146 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top