View: 3257|Reply: 21
|
'Dah Nak Masuk April, Laptopnya Mana?'
[Copy link]
|
|
Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithin memperosoalkan pemberian komputer riba yang dijanjikan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.
Shazni turut bertanya beberapa soalan berhubung pemberian komputer riba yang sepatutnya dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Gambar hiasan
“Apa dah jadi dengan pemberian 150,000 laptop itu? GLC dan GLIC mana yang terlibat? Waktu bagi harapan pada rakyat itu memang dah lulus atau masih berbincang? Kalau dah lulus, laptopnya mana?
“RM300 untuk beli telefon pintar yang katanya ‘insya-Allah’ akan dapat pada bulan Mei ini, kira dah boleh hapus janji nak bagi laptop ke macam mana?
“Satu lagi, RM2 bilion itu banyak. Apa jaminan dana sebesar ini benar-benar sampai kepada kelompok sasar?” soalnya.
Menerusi perbahasan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata program komputer riba percuma itu akan dibiayai oleh GLC dan GLIC dan pihak itu akan menyumbang RM150 juta bagi 150,000 pelajar di 500 sekolah.
Dengan nada sinis, Shazni turut menyebut semula pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan RM300 untuk pembelian telefon pintar.
“Janji pada bulan Januari nak bagi laptop, sampai dah nak masuk April masih tak nampak bayang.
“Semalam (dua hari lalu)@MuhyiddinYassin janji lagi nak bagi subsidi RM300 untuk beli telefon pintar yang katanya akan dilancarkan bulan Mei pula,” katanya di Twitter.
Pada 17 Mac, Muhyiddin mengumumkan penambahbaikan subsidi pembelian telefon pintar di bawah Program Jaringan Prihatin dengan pemberian RM300 kepada isi rumah yang mempunyai anak bersekolah dalam usaha merapatkan jurang digital golongan B40.
Komputer riba menjadi peranti yang penting untuk setiap isi keluarga di negara ini sewaktu perintah kawalan pergerakan kedua (PKP) pada 13 Januari lalu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.
Sepanjang PKP, sekolah ditutup untuk kebanyakan pelajar kerana kelas dijalankan dalam talian tetapi tidak semua pelajar mampu membeli peranti atau data telekomunikasi.
Sumber: MalaysiaKini |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kami dulu tkde pakai lektop2 ni
elok je
korang bdk2 skang lak sibuk belajau nk belektop
bila da besau da keje
pemalas lps tu tk de inisiatif nk berinovasi dlm keje dng menyumbngkn idea2 baru
ada lak tu tesesat
menyokong BGLT budaya golongan luar tabii
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah bukak sebab gomen xde pitih nk bg laptop.. Tp nk sedap cerita.. So acah2..
Samala bajet2 terdahulu.. Ade sekor tu sembang kata dpt macam2..
Alih2 BARU nk apply geran yang lulus tahun lps..
Oh my.. MACAM2 dapat sungguh.. Kohkohkoh |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak protokol sebelum boleh beri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe lah..kan dah bersemuka.. |
|
|
|
|
|
|
|
rajamoney replied at 19-3-2021 03:57 PM
kami dulu tkde pakai lektop2 ni
elok je
Dulu aku beli pc RM5k.. cpu pentium 1, RAM 16MB, harddisk 500MB. Cakap kat parent nak buat assignments. Tapi aku main warcraft dgn c&c.. |
|
|
|
|
|
|
|
mahalnya rm5k
skang rm5k tk dpt lg laptop ryzen 9 sbijik
duit usd mahal skang ni
ish ish ish
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan sahaja laptop tak nampak rupa, mask dijanjikan dari tahun lepas pun tak ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Lama2 sesi persekolahan 2021 habis, biji butir pun x nampak |
|
|
|
|
|
|
|
Sabar...tengah order tapi disebbkan chip yang sortage skrg....mungkin lewat..mungkin ngam2 dpt sebelum PRU nanti kot...buat majlis kat sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn aku pun ckp konon2 nk bg tipon dr thn lps.. X dpt pun... Thn lps aku x try.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tabur janji je lah, nak buat tu pejam mata buat2 tak nmpak. Tu pon @dizekni sujud sembah. Kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
underground replied at 19-3-2021 08:49 PM
Dulu aku beli pc RM5k.. cpu pentium 1, RAM 16MB, harddisk 500MB. Cakap kat parent nak buat assignm ...
Ram 16MB hd 500MB kau boleh buat apa je dek??? Kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Nak GLC tanggung?
Google mybaikhati. Ni kempen terbaru. Orang boleh derma laptop terpakai kepada golongan b40. Kerajaan lancar kempen sahaja. Laptop tu rakyat sendiri yg supply.
SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama industri telekomunikasi utama menggerakkan kempen MyBAIKHATI menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang diumumkan pada Rabu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, inisiatif tersebut bagi mengumpul dan membaik pulih peranti komunikasi terpakai untuk keluarga berpendapatan rendah (B40) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
|
|
|
|
|
|
|
run MS-DOS
sesekali, run windows 3.1 (install pakai floppy disk)
itu specs high end zaman tu..
hard disk pun dah dekat RM800 sebiji zaman tu..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
PN ni PH 2.0
kencing yang sama hancing yang sama |
|
|
|
|
|
|
|
Biasala tu dalam semua parti ada kaki songlap! |
|
|
|
|
|
|
|
Oh zaman dulu, ingat ke sis cerita mggu lepas punya hikayat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|