CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Minit Je Pun, Terus Potong Gaji Kalau Balik Kerja Awal!

18-3-2021 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3797| Komen: 25

Description: Potong gaji, jika pulang kerja dua minit lebih awal. Itu tindakan diambil terhadap Jabatan Pendidikan Bandar Furnabashi, Wilayah Chiba, Jepun selepas kakitangannya pulang lebih awal daripada waktu tam ...
Potong gaji, jika pulang kerja dua minit lebih awal. Itu tindakan diambil terhadap Jabatan Pendidikan Bandar Furnabashi, Wilayah Chiba, Jepun selepas kakitangannya pulang lebih awal daripada waktu tamat kerja.



Gambar hiasan

World of Buzz melaporkan pihak berkuasa mengesan seramai 316 kakitangan pulang awal dari kerja sejak Mei 2019 sehingga Januari tahun ini.

Alasan diberikan mereka tidak mahu ketinggalan bas. Kebanyakan pegawai itu pulang menaiki bas pada jam 5.17 petang.

Jika terlewat, mereka terpaksa menunggu bas berikutnya yang tiba setengah jam kemudian.

Seorang wanita yang juga pegawai tinggi dikenal pasti menjadi ketua 'pasukan pulang awal itu.'

Akibatnya, gajinya akan dipotong 10 peratus selama tiga bulan.

Ia dianggarkan dapat menampung kerugian jabatan itu 137,000 yen (kira-kira RM5,168) kerana cuti tidak direkodkan.


Netizen memberi maklum balas menyindir dengan komen sepatutnya terima gaji lebih masa jika pulang seminit lebih lama dari masa bekerja.

"Lebih baik jika (majikan) tahu jadual pergerakan bas, jadi mereka boleh mengatur waktu bekerja kakitangan," kata seorang pengguna media sosial.


Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 18-3-2021 08:40 AM
Haha...kalu kat malaysia buat camni meroyan la kopeksss
Quote helicornia 18-3-2021 09:21 AM
tak payah le nak sebut 2 minit je pun
2 minit tu amanah
Quote qicki 18-3-2021 09:22 AM
hahahahahaha....nampak kejam tp betul la cara dia....mula2 2 minit....pastu makin menjadi2 pulak
Quote tricomonas 18-3-2021 09:53 AM
kalau masuk awal pulak kira mcm mana?
Quote batusembilan 18-3-2021 09:55 AM
tricomonas replied at 18-3-2021 09:53 AM
kalau masuk awal pulak kira mcm mana?

majikan x paksa dtg awal. majikan bgtau dtg on time. atau tak baca t&c masa sign terima tawaran kerja?
Quote dudaberhias 18-3-2021 10:15 AM
kat sana memang macamtu la... even keretapi sampai awal dari sepatutnya pun macam satu kesalahan besar...

if uols ada order makanan ke apa dekat resto mahal2 di jepun tu pun bila chef kata 20 minit... so dalam 20 minit la dia serve uols walaupun makanan tu dah siap dalam 15 minit...

mungkin disiplin orang sana kot...
Quote tricomonas 18-3-2021 10:22 AM
batusembilan replied at 18-3-2021 09:55 AM
majikan x paksa dtg awal. majikan bgtau dtg on time. atau tak baca t&c masa sign terima tawaran ke ...

aku  mai awal sbb bos mereng awalkan thumb print 10 minit.balik lambat 10 minit sbb kena dengar taklimat kerja esok pulak..takdak cerita pun dalam t&C
Quote Rajawali 18-3-2021 10:25 AM
tricomonas replied at 18-3-2021 10:22 AM
aku  mai awal sbb bos mereng awalkan thumb print 10 minit.balik lambat 10 minit sbb kena dengar t ...

ko pancitkan je tayar keter bos bangang mcm tu.mesti bos pompuan andartu kan?
Quote becir 18-3-2021 10:25 AM
dudaberhias replied at 18-3-2021 10:15 AM
kat sana memang macamtu la... even keretapi sampai awal dari sepatutnya pun macam satu kesalahan bes ...

Kalau Gini gaya sure orang2 jepun majority Ada penyakit anxiety..muda stress pasal keje, Yang Tua stress pasal hidup sorang takde sapa Jaga.
Quote cikjah 18-3-2021 10:28 AM
Mula masuk kerja dulu bos bagi balik awal kalau dah tak ada kerja.... Sekarang time pkp ni memang balik awal je kalau dah tak ada kerja nak buat. Matilanakkk
Quote dudaberhias 18-3-2021 10:29 AM
becir replied at 18-3-2021 10:25 AM
Kalau Gini gaya sure orang2 jepun majority Ada penyakit anxiety..muda stress pasal keje, Yang Tua  ...

memang pun. suicide rate tinggi. stress rate tinggi...
kita tak tahu lagi citer di belakang macam mana...
ada tak chef tu kena lepuk ke kena buang kerja ke kalau hidang makanan cepat
Quote batusembilan 18-3-2021 10:35 AM
tricomonas replied at 18-3-2021 10:22 AM
aku  mai awal sbb bos mereng awalkan thumb print 10 minit.balik lambat 10 minit sbb kena dengar t ...

ko ada dua pilihan:

1. fight for your right.......report jbtn buruh tntg prosedur thumb print. jbtn buruh tu wujud unt keadilan pekerja. kalau ko x report, mcmn diorg nk tau.

2. cari keje lain. xde sapa paksa ko kje situ.
Quote Suchi 18-3-2021 10:42 AM
Bukan ke kilang2 jepun kat malaysia ni pun gitu gak, ko punch card awal mmg kena laa
Sama gak kalau lambat masuk keje patut 6.50am tp 6.55am baru nak punch card kena potong gak gaji.
Quote hasniey 18-3-2021 10:49 AM
Sama je dgn company ai.kami punya rules before masuk xboleh awal dr 15 min.balik xboleh lambat dr 15 min.kalau balik awal ka masuk kmbat ka gaji potong laa
Contoh masuk 9 -6
Waktu utk thumb in 8.45-9.00
Waktu thumb out 6.00-6.15
Kalau kurang kene potong gaji.kalau lebih ot.tp ot manager yg approve.kalau ko lepak smpai kol 7 sesia la sejam ko tu
Quote Minah Komando 18-3-2021 10:56 AM
tricomonas replied at 18-3-2021 10:22 AM
aku  mai awal sbb bos mereng awalkan thumb print 10 minit.balik lambat 10 minit sbb kena dengar t ...

kat opis aku kalau masuk awal 10 minit boleh balik awal 10 minit..sebab boss aku baik kot..lps waktu kerja pun tak akan kacau staff wassap ,telegram semua tu.
bos ko mungkin jenis takdak perasaan kot..sabar je la..memang wujud jenis bos gila mcm ni
Quote mawar_mustika 18-3-2021 11:39 AM
dpt boss yg baik adelh rezeki...alhamdulillah i dpt boss yg baik hati...opis kiteorg antara opis yg xde thumb print ke ape ke sbb masing2 keje xtentu masa...as long as u siap kn keje yg diberi my boss xkesah sgt...tp tulh kadang2 ade yg lebih2 plak...msk kul 10 blk kul 4...
Quote batusembilan 18-3-2021 11:46 AM
hasniey replied at 18-3-2021 10:49 AM
Sama je dgn company ai.kami punya rules before masuk xboleh awal dr 15 min.balik xboleh lambat dr 15 ...

betul dh tu.

start kje pukul 9 pg dan habis kje pukul 6 ptg.

bukannya pukul 9 baru ngam2 kaki jejak lantai ofis......dan 6 ptg ngam2 kaki jejak pintu keluar ofis.

he he basic kot
Quote Artemesiaa 18-3-2021 11:48 AM
Dah disiplin mereka macam tu nak kata apa.  Syukurlah dapat majikan tak berkira asal kerja semua selesai.
Quote rajamoney 18-3-2021 11:51 AM
jepun negara maju

kata puak2 tk basuh berak

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.214674 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top