CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cradle Fund: Samirah Kemuka Bantahan Penama KWSP Nazrin

18-3-2021 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9105| Komen: 39

Description: Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu bahawa balu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan mengemukakan bantahan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung ...
Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu bahawa balu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan mengemukakan bantahan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung penamaan caruman kredit oleh suaminya, dua minggu selepas kematian Nazrin.


Noor Hafizah Osman, 36, Pegawai Akaun KWSP di Jabatan Pengurusan Operasi Pengeluaran KWSP pada 2018 berkata, berdasarkan rekod KWSP, penamaan bagi caruman kredit ahli KWSP bernama Nazrin Hassan dinamakan atas nama Eza Shafina Dzulkarnain, 47, yang dibuatnya pada 13 Januari 2011.

"Pada 28 Jun 2018, KWSP menerima bantahan penamaan daripada isteri si mati (Nazrin) bernama Samirah Muzaffar yang dibuat di KWSP Cawangan Kuala Lumpur. Pada tarikh itu, Samirah ada mengemukakan surat bantahan atas nama beliau dan ditandatangani olehnya sendiri," katanya.


Foto:Harian Metro


Saksi pendakwaan ke-45 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Samirah, 46, serta dua remaja lelaki masing-masing kini berusia 17 dan 14 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, menyebabkan kematian Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Noor Hafizah berkata, Samirah mengemukakan permohonan bantahan berkenaan dengan meminta supaya pihak KWSP membekukan akaun suaminya berikutan wanita itu dalam proses untuk mendapatkan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah.

Katanya, lanjutan bantahan oleh Samirah, pihak KWSP pada 6 Julai 2018 melalui Jabatan Pengurusan Operasi Pengeluaran mengeluarkan surat kepada wanita itu mencadangkan supaya beliau memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi sekiranya ingin membantah pembayaran kredit si mati (Nazrin) yang merupakan ahli KWSP kepada penama Eza Shafina dan juga mendapatkan perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari bekerja.

"Namun, pihak KWSP tidak dikemukakan dengan sebarang saman pemula atau perintah injunksi daripada Samirah sehinggalah pihak KWSP dimaklumkan bahawa kes kematian Nazrin disiasat sebagai satu kes bunuh," kata saksi itu lagi.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam L S Leonard, saksi berkenaan berkata, sebagai seorang pegawai akaun yang menguruskan bantahan waris di KWSP, beliau sering menerima bantahan berhubung penamaan KWSP seperti yang dikemukakan oleh Samirah.

"Bantahan begini adalah satu perkara biasa. Tidak ada apa yang luar biasa," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman bersambung Isnin depan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teky 18-3-2021 08:44 AM
siapa eza tu??
Quote haryatie 18-3-2021 08:44 AM
Eza Shafina Dzulkarnain,  ni sape pulak
Quote zafira 18-3-2021 08:49 AM
wow... menarik ni..

hasil mokcik gugel... org yg sama kot...

Eza Dzul Karnain
Vice President, Brand, Communications & Digital Marketing at Manulife Malaysia
Quote acik79 18-3-2021 08:50 AM
Bekas isteri dia nama apa ye?
Quote dudaberhias 18-3-2021 08:53 AM
nampak brutal pari pari ni...
cara style fashion sheols keluar ke masuk mahkamah tu pun nampak ala2 evil witch...

tapi kerja messy... nak hapuskan bukti pun tak reti
Quote supernaturalee 18-3-2021 08:53 AM
wow
bnyk btl plot dlm kes ni


pls2 pembikin filem follow kes ni btl2
blh bikin filem misteri epik ni
Quote glump 18-3-2021 09:20 AM
Ramai Tak update penama kwsp..ada masih letak nama parent ie mula kerja nama anak bini laki tiada ..
Quote zehra2 18-3-2021 09:28 AM
kalo ex wife.. ok kot sbb ada anak rasa nya..
samirah bini baru.. anak samirah, anak tiri  mana dpt faraid
Quote tikusmontok 18-3-2021 09:30 AM
glump replied at 18-3-2021 09:20 AM
Ramai Tak update penama kwsp..ada masih letak nama parent ie mula kerja nama anak bini laki tiada ..

ya pernah lihat..mninggal isteri n anak2 satu sen pun tak dapat. lagi2 tak ngam ngan mentua
Quote mrsbale 18-3-2021 09:31 AM
Ex wife kot eh
Nama2 watak dlm case ni mcm dalam novel2/drama2 tv sgt
Quote bioessence 18-3-2021 09:34 AM
Baru Kau rasa
Rasa oren Tak?
Gabra. Cemburu. Marah
Quote gadis_tulip 18-3-2021 09:43 AM
Gila duit betul pompuan nie. Pelik, mak pak kaya pon tak cukup ka duit tue?
Quote kucingitam 18-3-2021 10:14 AM
wow...makin thrilling cerita ni
Quote acik79 18-3-2021 10:54 AM
Bekas isteri dia kot
Quote dua_chzy 18-3-2021 11:37 AM
Sekendel yang dinaik taraf jadik wifey ke? Sebab tu ke ngkau kasik kiok laki ngkau?
Quote hatikudus 18-3-2021 11:40 AM
gadis_tulip replied at 18-3-2021 09:43 AM
Gila duit betul pompuan nie. Pelik, mak pak kaya pon tak cukup ka duit tue?

Kannn...dia dulu pun ada kerjaya yg boleh tahan jugak...

btw aku rasa eza tu ex wife arwah
Quote dua_chzy 18-3-2021 11:42 AM
zafira replied at 18-3-2021 08:49 AM
wow... menarik ni..

hasil mokcik gugel... org yg sama kot...

Laporan ni kata, ex wifenya nama Iza. Orang yang sama kot. Pernah merampok rumah Nazrin. Apa punya peel la OKK ni, macam tak sekolah sajork semua.

https://www.thestar.com.my/news/ ... -house-says-witness
Quote cutieslilies 18-3-2021 11:43 AM
macam ex wife rasenya...

gila duit minah ni..udah2 laa
Quote kechikchomel 18-3-2021 11:44 AM
harapnya eza tu ex wife dia lah.


Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.053143 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top