CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Lima Bulan Mati Kesejukan, Ibu Tinggalkan Pergi Salon Warnakan Rambut

18-3-2021 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2963| Komen: 17

Description: Kiev: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut akibat kesejukan selepas ditinggalkan ibunya yang pergi mewarnakan rambut.
Kiev: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut akibat kesejukan selepas ditinggalkan ibunya yang pergi mewarnakan rambut.

Dalam kejadian di bandar Kamianka-Dniprovska itu, Yulia, 28, meninggalkan bayinya di rumah ketika suhu persekitaran -4 darjah Celsius.


The Sun melaporkan dia pulang ke rumah beberapa jam selepas itu dan mendapati anaknya sudah tidak bernyawa sebelum menghubungi ambulans.


Foto: Agensi
Pasukan perubatan yang memeriksa bayi itu membuat kesimpulan bahawa mangsa meninggal beberapa jam sebelumnya.

Mereka melaporkan kes itu kepada polis dan siasatan mendapati Yulia meninggalkan bayinya itu bersama anak perempuannya berusia dua tahun di rumah mereka tanpa memastikan suhu rumah itu bersesuaian untuk kedua-dua kanak-kanak itu.


Dia memberitahu polis bahawa dia memberi makan kedua-dua anaknya dan meletakkan mereka di tempat tidur.

"Kemudian, saya pergi berjumpa seorang rakan untuk melurus dan mewarnakan rambut saya.

"Ketika pulang ke rumah, saya mendapati anak sudah mati," katanya kepada polis.

Menurutnya, dia tidak menggunakan dapur kayu untuk memanaskan rumah sebelum pergi berjumpa rakannya.

Selain itu, dia dikatakan mengambil minuman keras di rumah rakannya, Olena.

Menurut Olena, mereka membeli enam liter bir dan minum arak itu, sebelum Yulia pulang ke rumah.

Pihak berkuasa menyiasat kes berkenaan sebagai pembunuhan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 18-3-2021 09:34 AM
Budus nya.. knp xpasang heater nk jimat ke. Xpaham maknyg tingal anak utk perkara xpenting. Klu setakat nk buang sampah kt luar, tapau mcd 15 minit daku maafkan lagi. Amik anak besar dr sekolah 20minit pun aku maaf kan lg klu anak tu tgh tido lena sgt dgn tawakaltuallah. Ni ko pg salon siap minum arak
Quote kakakgarang 18-3-2021 10:55 AM
aku tinggal kan anak kejap pun.. kejap2 jenggah tgk.. mandi pun cepat2..  buat apa semua cepat2 sbb tak nk anak tunggu,

aku syak dia ni meroyan kot

ikut kata hati busuk ku ini, dia ni mmg da bunuh anak nya dari awal. pastu ckp la anak mati lepas balik buat teknik rebonding yaaaaa.

dasar BODOH. ini ke ciri seorang ibu? logik la kau da pernah ada anak kot sebelum ni, lain la anak pertama....
Quote dudaberhias 18-3-2021 11:44 AM
kakakgarang replied at 18-3-2021 10:55 AM
aku tinggal kan anak kejap pun.. kejap2 jenggah tgk.. mandi pun cepat2..  buat apa semua cepat2 sbb  ...

Tengok cerita berita ni macam single mother. Cikki russia semua gatal sampai terberanak, tapi jaga anaknya tak reti, banyak dah kes lebih kurang macamni. Majoriti single mother. Senang citer anak tu accident gittew bagi deorang, bukannya betul nak pun.
Quote Zaien 18-3-2021 12:03 PM
mampu ckp bangang je mak yg tinggalkan anak dirumah semata2 nk buat rmbut..
Quote Artemesiaa 18-3-2021 12:09 PM
Macam benar tak pedulikan anak je dibiarkan aja apa nak jadi janji dapat hiburkan hati sendiri.  Budak umur dua tahun dengan bayi tampa ada orang dewasa mengawasi pasti boleh memgundang bahaya.
Quote rajamoney 18-3-2021 01:42 PM
bangsa etis
Quote kakakgarang 18-3-2021 02:31 PM
dudaberhias replied at 18-3-2021 11:44 AM
Tengok cerita berita ni macam single mother. Cikki russia semua gatal sampai terberanak, tapi jaga ...

HAHAHAHA memang gatal sgt
sebab tu sanggup tinggalkan anak semata nk mengatal buat Rebornding je pun..

nampak obvious bukan dia nk sgt pun anak..sgt tak logik.. mak mak perangai mcm ni mmg azab.. sian baby tu..
Quote I.K.A888990 18-3-2021 06:52 PM
apa gunanya dia lahirkan anak tu kalau tak nk jaga
Quote orkidorkido 18-3-2021 09:44 PM
Hmm diaorang ni takde sex edukesyen ke? Lain kali dah baligh terus ambik implant. Senang! Ramai single mum kat sana. Asyik kena tipu dengan jantan, anak diaorang kena tanggung  sorang.  Itu yang tak bersungguh  sayang anak
Quote Buritan 18-3-2021 10:12 PM
SayaSayangMama replied at 18-3-2021 09:34 AM
Budus nya.. knp xpasang heater nk jimat ke. Xpaham maknyg tingal anak utk perkara xpenting. Klu seta ...

Aku 5 min pun tak berani tinggal.. kalo tinggal pun sbb aku nak kejamban jap utk merebas.. koh koh.. itupun sblm merebas leetak dlm baby cod.. selimut semua aku tarik.. tinggal tilam jahh.. botol air pun aku letak bawah.. kat dlm jmbn tiu pun aku rasa rindu bak patah rindukan fazura kauu.. koh kih
Quote allshares 18-3-2021 10:28 PM
Buritan replied at 18-3-2021 10:12 PM
Aku 5 min pun tak berani tinggal.. kalo tinggal pun sbb aku nak kejamban jap utk merebas.. koh koh ...

Tinggal sekejap berak pun dah rindu anak, naluri keibuan yg sgt kuat kaka buritan nih.

Iols pun sama, kalau letak baby tido kt babycot tapi iols kt ruang tamu, mmg buka pintu blk, tkt nau jadi ape2
Quote noyanoyi 19-3-2021 12:32 AM
demi rambut hilang anak
Quote budakLuiTimur 19-3-2021 12:40 AM
aduhaaaii... yg ada anak begitu pulak.. yg takde anak ni dok menunggu je haaa
Quote ipes2 19-3-2021 05:19 AM
eedeeyott
now go away and be sad fer life
Quote bungasakura89 19-3-2021 08:16 AM
bawaklah baby tu
Quote SayaSayangMama 19-3-2021 09:35 AM
Buritan replied at 18-3-2021 10:12 PM
Aku 5 min pun tak berani tinggal.. kalo tinggal pun sbb aku nak kejamban jap utk merebas.. koh koh ...

Huhu anak berapa bulan buat gini. Klu dah 4 tahun mau dia panjat baby cot tu. tp tgk anak gak, ada jenis mmg pantang lepa.
Quote Atiesha 19-3-2021 09:36 AM
Bangang

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.086635 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top