CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Post Video Barang Dipos Disamun Tapi Tak Nak Lapor Polis, Betul Ke Main Wayang?

18-3-2021 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4138| Komen: 20

Description: "Saya anggap ini dugaan ketika bisnes baru nak naik."
"Saya anggap ini dugaan ketika bisnes baru nak naik."

Demikian kata seorang wanita mengulas mengenai kejadian di mana barangan dihantar pekerja syarikat kurier ke halaman rumahnya disamun.



Kredit foto: TikTok

Kejadian disedari sebaik dia tiba di rumahnya dari kedai dan menghantar anaknya ke rumah pengasuh.

"Pagi itu saya keluar lebih awal dari suami untuk hantar anak ke rumah pengasuh. Selepas itu saya singgah sebentar ke kedai. Sebaik sampai je dekat pagar rumah, saya dah nampak dari jauh kotak barang pesanan saya dah berselerak kena kopak.

"Selalunya kami memang tak tutup pintu pagar, hanya kunci pintu dan gril rumah sahaja. Tapi nak dijadikan cerita, hari tu suami kalut dan terlupa juga nak kunci gril dan pintu.

"Mujurlah selepas diperiksa, tiada apa barangan dalam rumah termasuk stok produk yang hilang. Hanya barang pesanan saya yang diletakkan di luar pintu saja lesap," kata Siti Zulaikha Zuki yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang kepada mStar.


Tambahnya, barangan dalam kotak tersebut adalah barangan berharga yang dibeli secara dalam talian dan bertujuan untuk memberi ganjaran kepada ejen-ejennya.


Kredit foto: IG Zulaikha

"Kalau ikutkan ini bukan kali pertama saya order barang seperti itu secara online. Cuma kali ini benda dah nak terjadi... dan saya anggap ia bukan rezeki untuk saya beri kepada ejen-ejen.

"Rumah saya memang tak kunci pagar sebab selalunya ada empat atau lima trip penghantaran daripada syarikat kurier. Pagi itu mungkin trip paling awal. Biasanya saya akan dapat makluman tapi tak ada pula makluman pagi tu. Kalau ada, mesti saya dah standby atau pesan kepada suami untuk tolong ambilkan," ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Menurut wanita berusia 29 tahun itu, dia membuat perkongian di TikTok sekadar untuk memberi mesej kepada netizen agar tidak cuai untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada mereka.

Namun tanpa disangka, perkongsian tersebut mengundang kecaman apabila rata-rtikata menyifatkan ia sekadar lakonan untuk konten serta mahu meraih publisiti murahan, tambahan pula dia tidak membuat laporan polis.



"Rumah saya tiada kamera litar tertutup (CCTV). Sebab itu saya rekod guna handphone bila sedar. Pertamanya nak tunjuk dekat suami sebagai pengajaran agar tak cuai lagi. Keduanya, sebagai mesej kepada netizen juga agar lebih hati-hati.

"Bab tak lapor polis tu, sebenarnya keputusan tersebut selepas saya buat pertimbangan daripada pelbagai aspek. Rumah saya memang ejen selalu keluar masuk untuk ambil stok sebab saya berniaga dari rumah lagi.



Kredit foto: TikTok

"Nanti apa pula perasaan ejen saya seolah-olah mereka pula disyaki... terus tak berani ke rumah saya lagi. Mesti ia akan jejaskan bisnes saya yang baru bertapak tiga bulan ni.

"Kalau nak cakap konten, pada saya perkara ini adalah realiti yang berlaku dalam kehidupan. Saya kongsi apa yang menimpa diri saya sebagai pengajaran bersama. Mungkin mereka tak alami, sebab tu komen macam tu. Tapi saya tak ambil hati pun, saya anggap ini dugaan dan bukan rezeki," katanya lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote watymuchaz 18-3-2021 09:11 AM
Urm.. Ni nak lipat ejen ke.. Nak naikkan content bg org kenal produk. Kalo iols x. De nak bgtaw satu malaysia rumah selalu x berkunci. Nak bg sasaran penyamun ke??
Quote shernazz 18-3-2021 09:27 AM
Okay penyamun sekalian
Ada.owner yang tak.biasa kunci pagar
Sila penyamun2 tarbussss
Quote AKAZ85 18-3-2021 09:31 AM
Content je ni.. Dan2 dalam kete dah siap rakam bagai pastu acah2 terkejut... Muraheeennnnnnnn sangat
Quote Normabaru 18-3-2021 09:35 AM
Kaka rengsa btol org expect komen nais2 ni walhal motip ko haplod in the first place? Attention seeker btol

Quote RinIna 18-3-2021 09:47 AM
Dia masuk pertandingan bersyarah kot.. hahaha.. lawak2
Quote prettyuglybabe 18-3-2021 10:20 AM
jual produk? agen-agen?
sah taktik marketing murahan..
Quote nurul_akmar 18-3-2021 10:53 AM
Dia mmg drive pegang hp ke?... tambah2 nk masuk gate
Quote renko 18-3-2021 11:17 AM
demi viral
Quote ezacbee 18-3-2021 12:16 PM
Ait drive pun record bagai.
Mana JPJ saman akak ni skali sama cam akak rxz.
Quote Zaien 18-3-2021 12:16 PM
gigih secebisss content & viral.....
Quote Artemesiaa 18-3-2021 12:48 PM
Nampak macam niat viral je.  Mana ada orang suka2 umum tak lock pagar rumah, nak mengundang bahaya ke macam mana.
Quote rajamoney 18-3-2021 01:04 PM
generasi pelingkup negara
Quote Mulotkoyak 18-3-2021 01:08 PM
Hahaha.. Ak pun jenis xtutop pintu grill umah... Tgkt atas plak tu
Quote missyL 18-3-2021 11:26 PM
Harap2 x de lah pencurik bace yg die mmg x tutup pintu rmh.
Memgundang sgt nie
Quote AyaqMeloSuam 19-3-2021 06:12 AM
Dia ode apa ? Dildo ka ? Tu x repot pulisi?
Satu hal lg.. kayoss tp nk boh pagaq letrik rega 3k pn paling cikai ...
Quote mohdcrow 19-3-2021 11:39 AM
Kalau aku pencuri aku rembat jer kotak tu dulu bawak pegi tempat clear baru unbox....unbox dalam laman rumah orang?

Kikikikikiki
Quote KarinaKapur 20-3-2021 11:02 AM
barangan dalam kotak tersebut adalah barangan berharga yang dibeli secara dalam talian dan bertujuan untuk memberi ganjaran kepada ejen-ejennya

Selalunya, founder akan bg barang kemas contoh loket 916 kat agen2 atau stokis2.. ni mungkin nak kelepet stokis & agen kot  ckp barang kena curi so xdpt bg reward hihihihi
Quote mijot 20-3-2021 10:48 PM
kontent nak upkan produk...
tik tok dgn twitter memang tak percaya kandungannya...
Quote riena3321 21-3-2021 12:36 AM
nipu semata2

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.054684 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top