CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cabul Anak Sendiri Lebih 10 Tahun, Siapa Datuk Seri Tu?

18-3-2021 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13062| Komen: 94

Description: Kuala Lumpur: Lelaki bergelar Datuk Seri akan didakwa atas pertuduhan mencabul anak kandungnya selama lebih 10 tahun.
Kuala Lumpur: Lelaki bergelar Datuk Seri akan didakwa atas pertuduhan mencabul anak kandungnya selama lebih 10 tahun.

Perbuatan jijik lelaki berusia 50 tahun itu terbongkar apabila anak perempuannya yang berusia 20 tahun nekad membuat laporan polis pada 14 Januari lalu.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, bertindak atas laporan itu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) segera menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, menurutnya siasatan mengambil masa untuk dilengkapkan berikutan kejadian cabul berlaku dalam jangka masa yang panjang.


Gambar Hiasan

"Hasil siasatan dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk pandangan dan nasihat. TPR memberi arahan kepada polis untuk mengambil beberapa tindakan bagi melengkapkan siasatan.


"Pada 25 Februari lalu, kertas siasatan itu dirujuk semula kepada TPR selepas mengambil tindakan diarahkan.

"Semalam, polis menerima arahan untuk pertuduhan oleh Jabatan Peguam Negara mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Saiful berkata, suspek akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada 23 Mac ini memandangkan keadaan kesihatan suspek yang tidak mengizinkan.

Justeru, katanya, laporan sebuah media yang mengatakan pihak pendakwaan dan polis mengambil masa lama untuk menuduh suspek adalah tidak tepat.

Beliau berkata, kertas siasatan kes itu perlu dirujuk kepada TPR beberapa kali memandangkan kes berlaku sejak 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan memohon Perintah Perlindungan (PO) selepas pertuduhan dilaksanakan bagi melindungi mangsa dan adik-beradik lain daripada sebarang gangguan oleh suspek.

"Sebelum ini, mangsa menolak untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) kerana ia hanya untuk dirinya saja tapi dia mahukan adik-beradik juga dilindungi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 18-3-2021 08:42 AM
lorrrrrrrrrr sape pulak ni
Quote cikja 18-3-2021 08:52 AM
Gilernya..keji!!!
Quote sarah82 18-3-2021 09:02 AM
Haramjadahhhhhhh.. Kamjad la.. Buang dalam sungai hat penuh badak ayaq.. Biar mampus kena serang dgn badak ayaq
Quote watymuchaz 18-3-2021 09:13 AM
X sihat plak.. Alasan cliche nya. Masa buat tu bertenaga pulak.. Dasar x guna
Quote cmf_almondpecan 18-3-2021 09:17 AM
Kalau betul mcm dlm artikel ni, budak ni dah menginjak umur dewasa memberanikan diri buat report demi melindungi adik beradik lain juga. Bukan mudah utk dia dapat keberanian tu. She's a real hero.
Quote shernazz 18-3-2021 09:22 AM
Kesian adik ni..
Sure trauma bertahun2
Kena ugut la.tu
Gila.la bapak.dia
Apa kata oencabul dan perogol anak sendiri ni diberi kepada binatang karnivor seluruh malaysia?
Sure kenyang karnivor2 ni
Quote shernazz 18-3-2021 09:23 AM
watymuchaz replied at 18-3-2021 09:13 AM
X sihat plak.. Alasan cliche nya. Masa buat tu bertenaga pulak.. Dasar x guna

Dan dan je kan..
Time tu la rasa nak mereput
Quote watymuchaz 18-3-2021 09:26 AM
Edited by watymuchaz at 18-3-2021 08:19 PM
shernazz replied at 18-3-2021 09:23 AM
Dan dan je kan..
Time tu la rasa nak mereput


Harap keadilan dpt ditegakkan utk anknya. Al maklumlah tiang seri2 ni lain mcm cablenya.
Quote mrsbale 18-3-2021 09:27 AM
10 tahun duk ongoing
Giler ah
Datin seri x terdetik ape langsung ke
Xkan xde signs langsung or anak tu xde perubahan
10 tahun tu bkn 10 bln
Giler ah
Moga hidup anak2 tu lebih baik lepas ni
And so called father tu makin terseksaa
Quote bedahmenjuyah 18-3-2021 09:28 AM
shernazz replied at 18-3-2021 09:22 AM
Kesian adik ni..
Sure trauma bertahun2
Kena ugut la.tu

Kan. Memandangkan zoo pun tak cukup duit belanja beli makanan
Quote kualibesi 18-3-2021 09:31 AM
jalan kn kerja warga forum. pastu share

clue ; banyak franchise convenience store dekat sentul guysss.

mak masihh xdpt tangkap spe..
Quote prettyuglybabe 18-3-2021 10:13 AM
bodoh punya orang tua..
duit banyak pasang je la pompuan simpanan..
Quote Raman 18-3-2021 10:35 AM
Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Hoi tergamaknya bapak sendiri buat macam ni. Anak kucing pun aku sayang, kenapa anak sendiri ko nak balun? Pedo ni...kalau tak dia Boleh je beli service
Quote Rara77 18-3-2021 10:36 AM
Datuk seri bodoh gile keji
duit banyak pergi lah cari sugar baby
nafsu syaitan
ya Allah tolong lah beri hukuman setimpal
Quote KIM.K 18-3-2021 10:44 AM
Biasa keluarga incest ni, sorang kena semua kena
Sebabtu sulung pi report

Quote zamnie 18-3-2021 10:50 AM
Kejam punyak bapakkk
Quote rosasen 18-3-2021 10:52 AM
lamanyaaa anak sulung menanggung beban...huhu
Quote mieymiey 18-3-2021 11:00 AM
Kejinya bapak yang sanggup rosakkan anak sendiri selama bertahun-tahun. Sial!
Quote maharani_gebu 18-3-2021 11:38 AM
mrsbale replied at 18-3-2021 09:27 AM
10 tahun duk ongoing
Giler ah
Datin seri x terdetik ape langsung ke

datin sri dah ninggal kan... tapi masa hidup pun anaknyer penah gtau kat datin, tapi di krik2nyer.....

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.055775 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top