View: 12024|Reply: 94
|
Cabul Anak Sendiri Lebih 10 Tahun, Siapa Datuk Seri Tu?
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Lelaki bergelar Datuk Seri akan didakwa atas pertuduhan mencabul anak kandungnya selama lebih 10 tahun.
Perbuatan jijik lelaki berusia 50 tahun itu terbongkar apabila anak perempuannya yang berusia 20 tahun nekad membuat laporan polis pada 14 Januari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, bertindak atas laporan itu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) segera menjalankan siasatan.
Bagaimanapun, menurutnya siasatan mengambil masa untuk dilengkapkan berikutan kejadian cabul berlaku dalam jangka masa yang panjang.
Gambar Hiasan
"Hasil siasatan dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk pandangan dan nasihat. TPR memberi arahan kepada polis untuk mengambil beberapa tindakan bagi melengkapkan siasatan.
"ada 25 Februari lalu, kertas siasatan itu dirujuk semula kepada TPR selepas mengambil tindakan diarahkan.
"Semalam, polis menerima arahan untuk pertuduhan oleh Jabatan Peguam Negara mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Saiful berkata, suspek akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada 23 Mac ini memandangkan keadaan kesihatan suspek yang tidak mengizinkan.
Justeru, katanya, laporan sebuah media yang mengatakan pihak pendakwaan dan polis mengambil masa lama untuk menuduh suspek adalah tidak tepat.
Beliau berkata, kertas siasatan kes itu perlu dirujuk kepada TPR beberapa kali memandangkan kes berlaku sejak 10 tahun lalu.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan memohon Perintah Perlindungan (PO) selepas pertuduhan dilaksanakan bagi melindungi mangsa dan adik-beradik lain daripada sebarang gangguan oleh suspek.
"Sebelum ini, mangsa menolak untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) kerana ia hanya untuk dirinya saja tapi dia mahukan adik-beradik juga dilindungi," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lorrrrrrrrrr sape pulak ni |
|
|
|
|
|
|
|
X sihat plak.. Alasan cliche nya. Masa buat tu bertenaga pulak.. Dasar x guna |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul mcm dlm artikel ni, budak ni dah menginjak umur dewasa memberanikan diri buat report demi melindungi adik beradik lain juga. Bukan mudah utk dia dapat keberanian tu. She's a real hero. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian adik ni..
Sure trauma bertahun2
Kena ugut la.tu
Gila.la bapak.dia
Apa kata oencabul dan perogol anak sendiri ni diberi kepada binatang karnivor seluruh malaysia?
Sure kenyang karnivor2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
watymuchaz replied at 18-3-2021 09:13 AM
X sihat plak.. Alasan cliche nya. Masa buat tu bertenaga pulak.. Dasar x guna
Dan dan je kan..
Time tu la rasa nak mereput |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by watymuchaz at 18-3-2021 08:19 PM
Harap keadilan dpt ditegakkan utk anknya. Al maklumlah tiang seri2 ni lain mcm cablenya.
|
|
|
|
|
|
|
|
10 tahun duk ongoing
Giler ah
Datin seri x terdetik ape langsung ke
Xkan xde signs langsung or anak tu xde perubahan
10 tahun tu bkn 10 bln
Giler ah
Moga hidup anak2 tu lebih baik lepas ni
And so called father tu makin terseksaa |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 18-3-2021 09:22 AM
Kesian adik ni..
Sure trauma bertahun2
Kena ugut la.tu
Kan. Memandangkan zoo pun tak cukup duit belanja beli makanan |
|
|
|
|
|
|
|
jalan kn kerja warga forum. pastu share
clue ; banyak franchise convenience store dekat sentul guysss.
mak masihh xdpt tangkap spe.. |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh punya orang tua..
duit banyak pasang je la pompuan simpanan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Hoi tergamaknya bapak sendiri buat macam ni. Anak kucing pun aku sayang, kenapa anak sendiri ko nak balun? Pedo ni...kalau tak dia Boleh je beli service |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk seri bodoh gile keji
duit banyak pergi lah cari sugar baby
nafsu syaitan
ya Allah tolong lah beri hukuman setimpal
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasa keluarga incest ni, sorang kena semua kena
Sebabtu sulung pi report
|
|
|
|
|
|
|
|
lamanyaaa anak sulung menanggung beban...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Kejinya bapak yang sanggup rosakkan anak sendiri selama bertahun-tahun. Sial! |
|
|
|
|
|
|
|
datin sri dah ninggal kan... tapi masa hidup pun anaknyer penah gtau kat datin, tapi di krik2nyer..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|