CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Terima Kasih Bagi I Tidur Lama" - Pengorbanan Suami Kaka Azraff Demi AJL35

16-3-2021 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5114| Komen: 18

Description: Penyanyi Kaka Azraff menitipkan dedikasi teristimewa buat suaminya, Adam Azriff yang banyak berkorban bagi dirinya.
Penyanyi Kaka Azraff menitipkan dedikasi teristimewa buat suaminya, Adam Azriff yang banyak berkorban bagi dirinya.


Kredit foto: IG Kaka


Apresiasi itu diberikan Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 32, buat Adam sejurus lagu Gila dinotbatkan sebagai juara utama di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Ahad lalu.

Kaka menjelaskan, Adam memahami dan sanggup mengambil alih tugasnya seketika demi memastikan dirinya fokus menghadapi AJL35 tempoh hari.

Kaka turut menambah kejayaan yang diraih adalah berkat doa dan semua.



“Berkat doa you semua ni InshaAllah. My no1 supporter, my bestfriend #AJLgila #GILA @helloadamazriff,” tulis Kaka lagi.

Perkongsian tersebut turut mendapat reaksi peminat dan rakan artis yang sama-sama meninggalkan ucapan tahniah atas kejayaan lagu tersebut di acara muzik tahunan itu.



Kemenangan lagu ciptaan Ezra Kong, Noki dan Loca B itu melayakkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.

Kaka dan Adam mendirikan rumah pada 14 Disember 2018 selepas dirisik oleh keluarga belah lelaki pada 27 November tahun sama.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan Adam pada 11 Oktober 2019.

Terdahulu beberapa hari sebelum AJL berlangsung, neneknya, Allahyarham Asmah Long, 92, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman di Telok Gadong, Klang.

Sementara itu, Kaka menerusi sidang media sejurus AJL35 turut akui dia terpaksa memendam rasa sedih atas pemergian nenek tersayang kerana tidak mahu emosi itu menyebabkan dirinya hilang fokus selain tidak mahu menyusahkan sesiapa atas masalah peribadinya.

“Terlalu banyak perkara yang berlaku menjelang AJL35. Selain jadual padat, Kaka hilang telefon bimbit. Tiga hari acara berlangsung, nenek pula meninggal dunia.

“Semua kesedihan itu saya sembunyikan seketika. Saya perlu fokus kepada persembahan AJL.



“Ketika arwah nenek meninggal, seharian saya menangis. Tetapi rintihan itu disimpan dahulu. Saya tidak mahu mengecewakan pasukan yang bertungkus-lumus memastikan persembahan lancar,” katanya yang turut mempunyai hubungan rapat bersama arwah.


Sumber: Media Hiburan

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 16-3-2021 11:37 AM
Congrate Kaka.. suara dia kdg2 dgr  mcm ella.. Lepas ni buat la lagu duet dgn mak menakan tu..
Quote Indahnya 16-3-2021 11:39 AM
congrats Kaka..GILA mmg deserve menang!
Quote riena3321 16-3-2021 11:46 AM
nenek dia mak ella ke
Quote tomatome 16-3-2021 11:54 AM
riena3321 replied at 16-3-2021 11:46 AM
nenek dia mak ella ke

Aah mak ella..

Makcik dia ella uolss.. tapi aku suka kaka ni xde la menempel nama makcik dia utk popular.. sama gak dengan ernie zakri.. naik atas bakat sendiri je
Quote tomatome 16-3-2021 11:54 AM
1 lg nak komen encem laki dia.. i suka badboy gini hihi..

Ex bff che puan sorang tu tak wish congrats ke kaka??
Quote rajamoney 16-3-2021 12:18 PM
baru mnang skali trus citer psl pengorbanan laki

Quote chaos_sweetly 16-3-2021 12:18 PM
tomatome replied at 16-3-2021 11:54 AM
1 lg nak komen encem laki dia.. i suka badboy gini hihi..

Ex bff che puan sorang tu tak wish con ...

Knp dia gaduh dgn che puan tu ya??? Mcm tetiba gaduh.
Quote noorazurams 16-3-2021 12:24 PM
Baiknya suami Kaka
Quote Thunderclouds 16-3-2021 12:42 PM
Tgk baju dorg pki ni reminds me of filem Matrix. Main cast suma sarung leather hitam bkilat.
Quote tomatome 16-3-2021 12:50 PM
chaos_sweetly replied at 16-3-2021 12:18 PM
Knp dia gaduh dgn che puan tu ya??? Mcm tetiba gaduh.

Lama da.. xtau sangat.. since kaka kawen
Quote ayorsuam 16-3-2021 12:56 PM
Suka performance & baju depa, down to that headpiece yg Kaka pakai. Sapa yg penah melalui anxiety, depression tau la camna serabut kepala otak, as depicted by that headpiece (cuma lagi banyak kerawang rapat2 & padat2)...
Quote anony-mous 16-3-2021 01:45 PM
Lagu ni lepas masuk tp lagu Sakit yonnie boi xdpt pulak
Quote aemon 16-3-2021 01:54 PM
ehh teluk gadong ke ella tu?x salah aku ella orang telok gong.
Quote zeetot 16-3-2021 02:04 PM
Nama last name kebetulan ye dekat2?

Azraff Azriff
Quote UnaHusna86 16-3-2021 02:20 PM
First time dengar lagu gila tu memang terus tangkap kat telinga. Suka arrangement music dia. Well deserved
Quote chaos_sweetly 17-3-2021 07:32 PM
tomatome replied at 16-3-2021 12:50 PM
Lama da.. xtau sangat.. since kaka kawen

Lps tu kaka ni ada jugak gosip dgn exbf tasha shilla kan???ker i silap???
Quote Pipipau 19-3-2021 11:32 AM
Kisah... rumah hang.
Quote Sitinenas 19-3-2021 02:10 PM
Tahniah la kakaa dapat tido lmaa

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.066378 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top