CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

AJL35 Merepek, Sudah Hilang Aura - Azrinaz Mazhar Hakim

16-3-2021 12:36 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 18283| Komen: 123|Original author: Oleh: natrahn

Description: Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Nampaknya, cakap-cakap mengenai Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung pada malam Ahad lalu masih hangat diperkatakan.



Rumah dah siap, pahat masih berbunyi.  Nampaknya, cakap-cakap mengenai Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung pada malam Ahad lalu masih hangat diperkatakan.

Terbaru, bekas personaliti televisyen iaitu Azrinaz Mazhar Hakim turut mempertikaikan kualiti program tahunan tersebut. 



Menurutnya, anugerah berkenaan kelihatan hambar tak ubah seperti rancangan menjual barangan dan sudah kehilangan auranya. 




Menurut Azrinaz lagi, sepatutnya segmen penaja tidak dilakukan secara berlebihan. Malah, pemakaian hos turut dikritik.




Azrinaz turut membandingkan cara penyampai di AJL dengan cara penyampai di anugerah Oscar dan anugerah Grammy.




Selain itu, Azrinaz turut berkongsi pernah terlibat dalam produksi Muzik-Muzik dan Juara Lagu semasa berkhidmat dengan Media Prima dulu. Menurutnya, kriteria pilihan artis pada masa itu turut berbeza.




Secara keseluruhannya, Azrinaz menyifatkan, AJL35 ini sudah hilang auranya.



Azrinaz berhak menyuarakan pandangannya. Namun, yang pasti produksi AJL35 sudah membuat yang terbaik untuk menjayakan program tahunan ini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 16-3-2021 01:01 PM
mmg merepek pun

jemu nengok si sherry tu

Quote nadmal19 16-3-2021 01:20 PM
agreed.......pentas kusam, mengantok.. segmen penaja melebih2...
Quote ninja boy 16-3-2021 01:22 PM
Baju lawa2 lah ajl ni,  Pentas ok, bebanyakan penyanyi nyanyi live dgn bagus kecuali nr, still ok berbanding zaman ku puteh2 ke hulu hilir,  fremasson chess floor dan robot teknologi tahun bila tu. Dan lagu zaman skrg pendek2 3 minit
Quote kiah_mai_pulak 16-3-2021 01:24 PM
sangat2 merepekkk., dgn 3 ekor host yg entah apa2... sherry mmg patut co-host dgn alif je. baru nmpk pesona host dia tu..
Quote Parit.Hilton 16-3-2021 01:24 PM
aduhh azrinaz. kalau hang jadi sponsor pun hang mesti nak shout brand hangmentang2 la hang tak pakai sabella ni, sesedap je nak kutuk


zaman covid ni, mana yg sudi nak sponsor, sebat je la.
jangan banyak bunyi, jangan berlagak.
amik saja.

iols ok lagi sponsor yg kacau luar set persembahan.
jangan sampai menyelit masuk time artis tgh perform je la.

kalau set luar tak kisah lagi. lantak la nak letak branding sebesar alam sekalipun.

zaman sebelum covid, iols tak ingat AJL tahun bila
tapi masa tu Pantene jadi sponsor utama.

sama jugak tahap annoying nya. kejap2 keluar iklan,
pengacara pun asyik sebut pantene pantene pantene

siap ada award utk rambut tercantik kalau tak silap


Quote Thunderclouds 16-3-2021 01:25 PM
Ya. Dh hilang taring. Dh mcm show kt fun fair. Abih org perform aku cepat2 alih tv len. Kejar sponsor smpi rancangan setahun sekali mcm ni dh xde kualiti.
Quote ashilalat 16-3-2021 01:27 PM
Memang setuju sangat2...AJL makin hilang aura. Retis bertanding satu hal. Pembawaan acara dari host, skrip, pentas, muzik hampir semuanya GAGAL! AJL zaman 80an, 90an sehingga awal 2000an mmg rasa aura dan suasananya. Retis top, lagu top zaman tu. Mmg lain rasanya.
Quote Indahnya 16-3-2021 01:27 PM
biasa lah tu..zaman covid pulak ni kan ko nak expect apa sgt...
Quote Masukkeluar 16-3-2021 01:30 PM
salah kan tv3 la..penaja tak salah sbb dia yg nak menaja harus dia nk pulun semua sekali promote produk dia. tv3 tu la kena buat guideline utk penaja.


ikut telunjuk penaja sapa suruh?? nampak sgt takde bajet sbb tu sanggup je terima penaja nak buat apa. lol!!!
Quote Adrif 16-3-2021 01:34 PM
geng yang tak tengok tv, tak follow award ni semua, meh duduk sama-sama, amik popcorn
Quote pinkzara 16-3-2021 01:35 PM
event yg hilang fokus.
Kalau nak fokus lagu n melodi..fokus yg tu dah le.
tak payah la nak merapu ke fesyen rambut terbaik ke apa..kah3
Quote anony-mous 16-3-2021 01:37 PM
Baju tu mmg yesteryear sgt!! Lg2 baju yg putih tu (xingat nama sheol)
Quote rain2169 16-3-2021 01:39 PM
it's true.... memang bosan punnnn...
I menyesal tengok....
1.  pengacara tak best
2. Kebanyakan persembahan artis (bukan semua) macam rasa tengok dalam muzik video je..
3.  sangat-sangat too much dalam pengiklanan... like said macam kat wow shop.

sorry... ini pendapat I jeeee...
Quote MakcikLaksa 16-3-2021 01:41 PM
Paling xleh bla siap ada lagu penaja yg si ft nyanyi. Like tiberrrr... Acik ingtkn tu lagu baru ft mula2 tengok.. Sekali lagu penaja da... Kahkah
Quote nashrudean 16-3-2021 01:43 PM
faktor xde penonton pon penyebab ye...so smlm i tgk Grammy Awards pon gah tp tahun ni nmpak x best sbb sama..xde crowd...ibarat nonton video klip pre record..x nmpak mcm live langsung
Quote Xaveria 16-3-2021 01:43 PM
Ajl x mcm dulu.. x minat nak tgk
Quote lattehazelnut 16-3-2021 01:47 PM
Zaman sekarang kalau buat teruk, viral..
More view, more revenues, senang dpt sponsor..
Tgk je contoh dlm ni, pememang punya coverage byk mne.. nr punye coverage bole kalahkan kk punye coverage minggu ni..
Quote masmn 16-3-2021 01:50 PM
MakcikLaksa replied at 16-3-2021 01:41 PM
Paling xleh bla siap ada lagu penaja yg si ft nyanyi. Like tiberrrr... Acik ingtkn tu lagu baru ft m ...

Aah, betul.. ingat FT ada lagu baru, sekali tu dgr dia nyanyi sebut sabella.. hmmmm.
Quote aemon 16-3-2021 01:51 PM
memang.aku pon confuse ni lazada 9/9 ke atau juara lagu?kemain promote model baju bagai.

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.054378 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top