CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sorok Dalam Selimut, Kekasih Dalam Almari-Buat Maksiat Dalam Rumah Nenek

16-3-2021 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9718| Komen: 77

Description: Alor Setar: Seorang lelaki sanggup membawa teman wanitanya masuk ke rumah neneknya di Pokok Sena, dekat sini, untuk berdua-duaan dalam sebuah bilik.
Alor Setar: Seorang lelaki sanggup membawa teman wanitanya masuk ke rumah neneknya di Pokok Sena, dekat sini, untuk berdua-duaan dalam sebuah bilik.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 21 tahun itu mengundang padah apabila dia dan pasangannya dicekup kerana disyaki berkhalwat dalam serbuan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) awal pagi tadi.

Ketika dicekup, lelaki itu ditemui sedang berselimut manakala pasangannya berusia 19 tahun itu pula menyorok dalam almari.

Foto: Harian Metro

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya melakukan serbuan itu pada jam 2.45 pagi tadi selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat pasangan itu.


Beliau berkata, sepasukan anggota penguat kuasa JAIK yang diketuai Mohd Tarmizi Abdul Karim terpaksa memecah pintu bilik di rumah berkenaan selepas pasangan itu enggan memberi kerjasama.

"Hasil pemeriksaan mendapati pasangan itu bukan suami isteri atau mahram dan wanita itu masih bujang menetap di Perlis.

"Lelaki itu pula bekerja di sini dan berasal dari Pulau Pinang selain menetap di rumah neneknya di sini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzi berkata, wanita itu memberi alasan menumpang di situ kerana mempunyai urusan untuk mendaftar kursus perkahwinan mereka di Pokok Sena, hari ini.

Beliau berkata, pasangan itu ditahan dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Cikleha11

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 16-3-2021 12:59 PM
Edited by jazaa100 at 16-3-2021 04:47 PM

Kedah lagiiii.....

Aku habaq dah.....
kedah ni juara khalwat......
Quote Boomibulat 16-3-2021 12:59 PM
Edited by Boomibulat at 16-3-2021 12:59 PM

Buat onar di rumah nenek
nek.png
am@hmetro.com.my

Alor Setar: Seorang lelaki sanggup membawa teman wanitanya masuk ke rumah neneknya di Pokok Sena, dekat sini, untuk berdua-duaan dalam sebuah bilik.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 21 tahun itu mengundang padah apabila dia dan pasangannya dicekup kerana disyaki berkhalwat dalam serbuan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) awal pagi tadi.

Ketika dicekup, lelaki itu ditemui sedang berselimut manakala pasangannya berusia 19 tahun itu pula menyorok dalam almari.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya melakukan serbuan itu pada jam 2.45 pagi tadi selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat pasangan itu.

Beliau berkata, sepasukan anggota penguat kuasa JAIK yang diketuai Mohd Tarmizi Abdul Karim terpaksa memecah pintu bilik di rumah berkenaan selepas pasangan itu enggan memberi kerjasama.

"Hasil pemeriksaan mendapati pasangan itu bukan suami isteri atau mahram dan wanita itu masih bujang menetap di Perlis.

"Lelaki itu pula bekerja di sini dan berasal dari Pulau Pinang selain menetap di rumah neneknya di sini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzi berkata, wanita itu memberi alasan menumpang di situ kerana mempunyai urusan untuk mendaftar kursus perkahwinan mereka di Pokok Sena, hari ini.

Beliau berkata, pasangan itu ditahan dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd
Quote white_musk 16-3-2021 01:06 PM
jazaa100 replied at 16-3-2021 12:59 PM
Kedah lagiiii.....

kan aku habaq dah.....

Kerana itulah banyak penceramah ugama asal dari kedah...
Quote Belibis 16-3-2021 01:07 PM
jazaa100: Kedah lagiiii.....kan aku habaq dah.....kedah ni juara khalwat......

Khalwat di mana2 jer .bezanya majlis agama rajin buat serbuan atau tidak jer.
Quote sharlenetexas 16-3-2021 01:09 PM
Boleh buat gambar kenangan cite kat anak cucu bukti datuk nenek ko birah sangat dik.
Quote jazaa100 16-3-2021 01:12 PM
Belibis replied at 16-3-2021 01:07 PM
Khalwat di mana2 jer .bezanya majlis agama rajin buat serbuan atau tidak jer.

Bekap teruk.....
Quote prettyuglybabe 16-3-2021 01:12 PM
kedah ni celah hutan pun tak clear nak beromen tau dak..
Quote teen_angelJB 16-3-2021 01:12 PM
Nape dalam gambar mcm x tasty je minah dalam  lemari tu...
Ni konsep asal berboypren...tebuk pun tebuk la ea...
Quote Decaffeinated 16-3-2021 01:13 PM
Jangan keluar almari dulu dik, nak amik gambar kasi viral.

- camera man
Quote Kurex 16-3-2021 01:16 PM
Aku ingat laki tu khalwat dgn nenek
Quote biskutraya 16-3-2021 01:24 PM
Aweknye pun.. macam x cukup makan je.. huhu..
Quote rajamoney 16-3-2021 01:25 PM


itu lucu
Quote Trumpettt 16-3-2021 01:29 PM
Ye ke awek tu...
Quote Boomibulat 16-3-2021 01:30 PM

Ye la..kan ke pakai tudung tu..
Quote saviour_09 16-3-2021 01:31 PM
runtuh lemari tu satgi aih
Quote Trumpettt 16-3-2021 01:31 PM
Boomibulat replied at 16-3-2021 01:30 PM
Ye la..kan ke pakai tudung tu..

Mcm sorokkan rohingya....
Quote Adrif 16-3-2021 01:36 PM
takut aku dengan budak2 zaman sekarang.
boleh diorang kata, "Ala, normal la orang zaman sekarang "main". Tapi jangan jadi bodo la kena tangkap. Pakai protection."

tua, muda, semua sama naik. zina berleluasa. dah tak nampak dosa, halal & haram
moga dijauhkan. doa ler anak-anak kita, sedara mara kita tak kena macam ni
Quote Miss_LoveLeen 16-3-2021 01:37 PM
Belibis: Khalwat di mana2 jer .bezanya majlis agama rajin buat serbuan atau tidak jer.
setuju.. mgkin byk berita tentang maksiat kt kedah sbb majlis agama sana aktif buat serbuan & dpt liputan dlm media. Bg meolss bagus la, tanda depa rajin buat keje & dduk tersengih di opis pejabat agama saja
Quote Miss_LoveLeen 16-3-2021 01:40 PM
[quote]Miss_LoveLeen: setuju.. mgkin byk berita tentang maksiat kt kedah sbb majlis agama sana aktif buat serbuan & dpt liputan dlm media. Bg meolss bagus la, tanda depa buat keje & tak dduk tersengih di opis saja

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.080646 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top