CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pelajar Bantu Guru Yang Kini Jadi Gelandangan

16-3-2021 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4451| Komen: 24

Description: Seorang guru ganti yang juga gelandangan menerima hadiah hari lahir daripada pelajarnya, cek berjumlah AS$27,000 (RM111,200).
Seorang guru ganti yang juga gelandangan menerima hadiah hari lahir daripada pelajarnya, cek berjumlah AS$27,000 (RM111,200).

Menerusi laporan NBC Los Angeles, Jose Villarruel, 77, tinggal di dalam kereta sejak Mei tahun lalu setelah hilang pekerjaan, rumah, akibat pandemik Covid-19 dan berkhidmat sebagai guru ganti sejak puluhan tahun lalu.


Bekas pelajarnya, Steven Nava, 21, memutuskan untuk mengadakan sambutan hari lahir dan kejutan untuk Villarruel yang dikenali sebagai Mr V.

Nava menjumpai Villarruel pada minggu lalu apabila melihat saban hari lelaki berkenaan tinggal di dalam keretanya di sebuah parkir.


Foto: NBC Los Angeles

"Saya selalu nampak dia dan itu yang membuatkan saya terfikir untuk mengetahui keadaannya sekarang.


"Selepas beberapa hari, saya mendapati lelaki itu adalah guru ganti semasa saya bersekolah menengah di Fontana Unified School District. Dia tidak mempunyai pekerjaan lagi kerana Covid-19," katanya.

Sedih melihat keadaan gurunya itu, Nava kemudiannya telah memberikan Villarruel AS$300 (RM1,235) dan bertindak membantunya dengan mencari dana melalui GoFundMe.

Nava juga berkongsi kisah itu di semua platform laman sosial termasuk di Twitter hingga tular dan meraih perhatian warga maya.

Dalam tempoh 24 jam, Nava terkejut memperolehi AS$5,000 (RM20,577) dan meningkat kepada AS$27,000 (RM111,200).

Nava telah melakukan kejutan hari jadi untuk Villarruel sempena usianya ke 77 tahun dengan dihiasi belon dan menyanyikan lagu ulang tahun secara beramai-ramai bersama bekas pelajar dan komuniti.

"Ini adalah pengalaman hidup saya yang akan dikenang sepanjang hayat saya. Saya akan sematnya di dalam hati," kata Villaruel. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lvstar 16-3-2021 01:06 PM
Pelajar yg mengenang budi guru
Quote dudaberhias 16-3-2021 01:13 PM
Mesti cikgu ni baik sangat2 zaman dia mengajar dulu. Iols ada kenal sorang cikgu, kira bad attitude juga la cikgunya, mulut takde insurans, suka panggil nama anak murid nama bapak, dan kadang2 saja tanya nama bapak murid untuk tahu nama bapak orang tu dan panggil budak tu dengan nama ittew kemudiannya. Bila nak denda orang dia suka denda satu kelas terus walaupun sorang je buat salah. Dulu check facebook dia ada orang tag kat wajah gambar dia caption "muka babi" & "perangai babi". Siap ada la fake account komen "manusia hati busuk" dan macam2. Murid2 lama dia ler tu sape lagi koh koh koh. Mujur orangnya dah bersara, cikgu ni kerap kena tukar sekolah pulak tu, mesti bermasalah.
Quote Artemesiaa 16-3-2021 01:21 PM
Mesti beliau seorang guru yang baik sampai sentiasa dikenang dan akhirnya dibantu oleh bekas pelajarnya
Quote hazzium 16-3-2021 01:28 PM
alhamdulillah rezeki guru berbudi dan berbakti mendidik anak murid
Quote Kurex 16-3-2021 01:33 PM
Ingatkan dekat malaysia sebab ada logo petronas dekat jacket dia
Quote rajamoney 16-3-2021 01:57 PM
msti cikgu tu baik dulu
Quote rajamoney 16-3-2021 01:58 PM
dudaberhias replied at 16-3-2021 01:13 PM
Mesti cikgu ni baik sangat2 zaman dia mengajar dulu. Iols ada kenal sorang cikgu, kira bad attitude  ...

ntah2 ko pun sama skali mngutuk cikgu tu kn?

ngaku je la
Quote dudaberhias 16-3-2021 02:02 PM
rajamoney replied at 16-3-2021 01:58 PM
ntah2 ko pun sama skali mngutuk cikgu tu kn?

ngaku je la

Muahaha tak, sebab dia tak pernah ajar iols. Tapi memang terkejut sebab tak sangka ada orang buat gitu kat fb dia. Kira memang lama dah berdendam la tu anak2 murid dia sebab dia dah bersara dah pun.
Quote rajamoney 16-3-2021 02:06 PM
dudaberhias replied at 16-3-2021 02:02 PM
Muahaha tak, sebab dia tak pernah ajar iols. Tapi memang terkejut sebab tak sangka ada orang buat  ...

jadi pengajaran kpd kita semua

sntiasa buat baik pada orang

sbb benda tk baik tanpa sebb yg baik yg kita buat kt orang

mungkin boleh menghantui kita pd masa hadapan

org akn bedendam ngn kita dn sbagainya

mcm forumer2 etis liberal gila dlm forum ni la duda

suma tu tk habis2 bedendam ngn aku


Quote tikusmontok 16-3-2021 02:13 PM
dudaberhias replied at 16-3-2021 01:13 PM
Mesti cikgu ni baik sangat2 zaman dia mengajar dulu. Iols ada kenal sorang cikgu, kira bad attitude  ...

...Siap ada la fake account komen "manusia hati busuk" dan macam2.




ke sis yang bukak acc tu?
Quote dudaberhias 16-3-2021 02:17 PM
tikusmontok replied at 16-3-2021 02:13 PM
...Siap ada la fake account komen "manusia hati busuk" dan macam2.



Hahaha tak lerr, cikgu ni tak ajar iols. Tapi attitude cikgu ni memang ramai tak suka di sekolah. Kalau dia cikgu iols, harus lerr iols teruih baling telur atau lontar kek mamasabariah yang dah keras kejung jah kat rumah heolss.. motip nak komen2 kat fb orang tua... Kesian pulak sampai harini dia tak reti remove komen dan orang tag dekat gambar fb dia tu.
Quote TravellingBear 16-3-2021 02:30 PM
Kurex replied at 16-3-2021 01:33 PM
Ingatkan dekat malaysia sebab ada logo petronas dekat jacket dia

wow. femes malaysia
Quote jahcomel 16-3-2021 02:46 PM
dudaberhias replied at 16-3-2021 01:13 PM
Mesti cikgu ni baik sangat2 zaman dia mengajar dulu. Iols ada kenal sorang cikgu, kira bad attitude  ...

kak duda...kt sekolah sy dlu ade sorang cikgu nih mmg garang nk mampus smpaikn anak murid bg gelaran 'setan kuning' sempena nama pnjahat dlm pilem pendekar...pantang jupe budak tau nk pnyepak tp dia nasib baik sbb dia ngajar pd zaman tu sbb ank2 murid takut nk report kt mak bapak...kalu zmn skrg xtau lh...takut bila ingat zaman setan kuning mendonia
Quote gideoncross 16-3-2021 04:53 PM
Klau ex cikgu computing & geo aku dlu, xde nya aku nak tolong.
Quote annehuda 16-3-2021 05:05 PM
Edited by annehuda at 16-3-2021 07:21 PM

aku baru tau, kt us ni cikgu ni bkn full government mcm kt malaysia. gaji pun ikut negeri, takde yang standard.  pastu boleh dibuang sesuka ati. mcm kes kt florida, cikgu diwajibkan pakai fitbit, kalau setahun tu tak capai kpi tahap kesihatan yang memuaskan, akan dibuang. kesian jugak cikgu kt us tu, tolak sana sini tup tup layak dapat token bantuan makanan
Quote Lvstar 16-3-2021 06:17 PM
rajamoney replied at 16-3-2021 02:06 PM
jadi pengajaran kpd kita semua

sntiasa buat baik pada orang

Sokong sis!
Quote Lvstar 16-3-2021 06:19 PM
annehuda replied at 16-3-2021 05:05 PM
aku baru tau, kt us ni cikgu ni bkn full government mcm kt malaysia. gaji pun ikut negeri, takde yan ...

Macam tu pulak yea..syukur kat malaysia ni kerja cikgu boleh kira terjamin juga la
Quote kam3n 16-3-2021 06:22 PM
annehuda replied at 16-3-2021 05:05 PM
aku baru tau, kt us ni cikgu ni bkn full government mcm kt malaysia. gaji pun ikut negeri, takde yan ...

Inilah yang segelintir orang kat sini nak kot.
Tak habis2 meratib ke sana ke sini dengki ke cikgu
Quote rajamoney 16-3-2021 06:34 PM

sis tengkorak ko

aku jantan la


Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.374936 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top