CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Sangka Ada Rezeki Lepas Prank Kawan Dengan Kad Kahwin, Tapi Terpaksa Tolak

16-3-2021 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5626| Komen: 24

Description: Persahabatan pastinya lebih manis apabila disulami dengan gurau senda dan gelak tawa.
Persahabatan pastinya lebih manis apabila disulami dengan gurau senda dan gelak tawa.

Malah, ada yang bertindak ekstrem sehingga membuat prank kepada rakan-rakan sendiri.

Terbaharu, tular video di TikTok apabila remaja perempuan membuat prank kad undangan perkahwinan kepada rakan-rakan baiknya.



Kredit foto: IG Melisa

Menurut Balqis Nurlisa Noor Adzrin, 16, idea itu datang dengan sendiri dan dia tidak menyangka bakal menerima reaksi berbeza-beza.

"Saya sekadar edit menggunakan aplikasi dalam telefon. Kemudian saya hantar kepada kawan-kawan.

"Ada yang tak percaya, ada juga percaya yang kononnya saya akan berkahwin. Mereka kata ia nampak realistik. Yang gelak pun ramai.

"Selain itu, saya turut kongsikan video tutorial edit kad kahwin tu ke TikTok," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Melisa yang menetap di Seremban, dia mengakui terkejut video berkenaan meraih lebih 300,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.


"Saya terkejut sebab tak sangka. Dalam 20 minit dah 12,000 tontonan. Kemudian dah lebih 300,000 sekarang.

"Keluarga pun dah tahu, saya ada maklumkan kepada mereka. Semua OK je, masing-masing terhibur.

"Tapi saya pun tak terfikir andai kata kawan dah tak percaya gara-gara prank ini. OK je rasanya, semua terhibur," kata Melisa lagi.


Kredit foto: TikTok

Malah katanya, dia juga tidak menerima sebarang komen negatif di platform video popular itu.

Di sebalik prank tular itu, siapa sangka ia turut membuka pintu rezeki buat gadis ini.

Namun katanya, dia bukalah menolak rezeki, sebaliknya belum bersedia untuk menerima sebarang permintaan dan tempahan.

"Selepas viral, ada wanita-wanita yang juga bakal pengantin yang menghubungi saya.

"Mereka kata ternampak video saya di TikTok dan mahu tempah kad kahwin dengan saya. Nak minta saya design.

"Saya rasa gembira, kagum, bersyukur. Selepas dia mesej, saya terfikir... bagus juga idea tu sebenarnya.

"Ia bagaikan pembakar semangat untuk saya. Tapi saya tolak tempahan itu secara baik, saya belum bersedia.

"Mungkin suatu masa nanti saya boleh gunakan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan. Sekarang saya belum yakin, masih baru lagi," ujarnya.




Sumber: mStar

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vee_zara 16-3-2021 02:11 PM
Gatal Bij gini la
Quote Boomibulat 16-3-2021 02:13 PM
Dlm gambar belah kanan bawah tu telur aym ke..
Quote rajamoney 16-3-2021 02:26 PM

kndungan DHA yg terlampau bnyk sngt dlm mknan mmbuatkn biji mereka cepat gatal

Quote rajamoney 16-3-2021 02:27 PM
Boomibulat replied at 16-3-2021 02:13 PM
Dlm gambar belah kanan bawah tu telur aym ke..

ye la tu

ayam kn suka bertelur bawah rumah
Quote cariplease 16-3-2021 02:43 PM
Ok.................
Quote hazzium 16-3-2021 02:49 PM
Prank aka menipu guna kalimah Bismillah..tak rasa bersalah ke dik?
Quote kechikchomel 16-3-2021 02:58 PM
kawan iolss prank kawan baik dia. bagitau nak kawin 30 Februari kot. pastu kawan baik dia reply. tak marah pun. cuma rasa annoyed je dengan lawak bodoh ni
nasib baik la kawan iolss tu ok je. kalau tak, maunya putus kawan
Quote Nana_Man 16-3-2021 04:12 PM
Lawak bodoh.... layan je lah..
Quote anony-mous 16-3-2021 04:34 PM
Mak pak dia moden ye? Kalau mak pak i mmg kena sebat malukan mak ayah sbb nampak sgt gatal bijik baru 16 thn dah berangan nk kahwin
Quote Miumiu01 16-3-2021 04:50 PM
Kalau aku buat mmg kena ignore dah dgn kawan aku hahaha
Quote white_musk 16-3-2021 06:02 PM
Banyak sungguh masa rakyat Malaysia menonton tik tok lagha
Hujung2 minta bantuan kerajaan
Quote 3480 16-3-2021 09:50 PM
Bbnu mmg sepaten ekk
Quote Cece1234 16-3-2021 11:40 PM
Apo miang sgt budak zaman skrg ni..
Quote Gomea 17-3-2021 12:22 AM
Umo2 cam gini mmg tgh gatal merenyam yang benau. Ari2 berangan nak kawen.
Quote codenamedream 17-3-2021 12:28 AM
Yang pelik bakal2 pengantin contact dia untuk design kad kahwin?  
Kad kahwin yg dia buat tu basic sgt design nya.  Tak cantik pun.  Pelik plak ada org nak tempah.  
Quote Jorja 17-3-2021 06:07 AM
Budak sekarang pandai melawa melaram
Quote rosasen 17-3-2021 08:44 AM
nama pasangan betul ke tu?
Quote yssej16 17-3-2021 08:55 AM
bbnu
Quote LadyCarefree 17-3-2021 09:27 AM
Kad kahwin macam tu pon ada nk tempah? Template je pon edit in text. Ramai meleis bodoh giler sebab tu la ponder timbang kilo semua jutawan. Heran iols.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.057966 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top