CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Punyalah Kaya, Siap Sewa Heli Untuk Tabur Duit Pada Tetamu

16-3-2021 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3603| Komen: 23

Description: Lahore: Untuk menyambut majlis perkahwinan ahli keluarga dengan penuh gaya, empat beradik lelaki di Pakistan sanggup menyewa helikopter untuk menaburkan wang dari udara.
Lahore: Untuk menyambut majlis perkahwinan ahli keluarga dengan penuh gaya, empat beradik lelaki di Pakistan sanggup menyewa helikopter untuk menaburkan wang dari udara.

Majlis itu menjadi perbualan penduduk bukan saja di Punjab, malah menarik perhatian media arus perdana di negara itu, lapor Gulf News.

Difahamkan, keluarga Rana tinggal di Itali sejak 20 tahun lalu dan menjalankan perniagaan di sana.


Foto: Youtube

Bagaimanapun, adik bongsu mereka, Rana Ibrar Hussain tinggal di Pakistan dan menjaga rumah serta tanah milik keluarga.

Minggu lalu, abang Rana kembali ke Pakistan untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya itu.


Dalam usaha untuk menjadikannya majlis itu sebagai acara dikenang seumur hidup, mereka menyewa helikopter dengan harga 1.8 juta Rupee Pakistan (kira-kira RM47,160).

Ia bertujuan untuk menaburkan bunga ros dari udara ketika acara perarakan pengantin.

Namun, apa yang paling mengejutkan tetamu turut 'dihujani' wang kertas bernilai 2 juta Rupee Pakistan (kira-kira RM52,400).

Wang itu dalam bentuk mata wang asing termasuk euro ditaburkan di sepanjang laluan dilalui rombongan pengantin lelaki.

Ia dari rumah lelaki berkenaan sehingga ke dewan yang menjadi lokasi majlis perkahwinan.

Rakaman video yang tular menunjukkan majlis perkahwinan itu meriah dengan kehadiran tetamu.

Kelihatan sebuah helikopter berlegar-legar di lokasi majlis perkahwinan itu.

Tidak lama kemudian kawasan itu dihujani dengan wang yang 'ditabur' seseorang dari helikopter berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 16-3-2021 09:39 AM
Perghh.....nik mat dunia
Quote airfilterkotor 16-3-2021 09:41 AM
Berita Lahore lagi.
Quote CARI-MRO 16-3-2021 09:54 AM
Lahore: Untuk menyambut majlis perkahwinan ahli keluarga dengan penuh gaya, empat beradik lelaki di Pakistan sanggup menyewa helikopter untuk menaburkan wang dari udara.


Majlis itu menjadi perbualan penduduk bukan saja di Punjab, malah menarik perhatian media arus perdana di negara itu, lapor Gulf News.


Difahamkan, keluarga Rana tinggal di Itali sejak 20 tahun lalu dan menjalankan perniagaan di sana.




Foto: Youtube




Bagaimanapun, adik bongsu mereka, Rana Ibrar Hussain tinggal di Pakistan dan menjaga rumah serta tanah milik keluarga.


Minggu lalu, abang Rana kembali ke Pakistan untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya itu.


Dalam usaha untuk menjadikannya majlis itu sebagai acara dikenang seumur hidup, mereka menyewa helikopter dengan harga 1.8 juta Rupee Pakistan (kira-kira RM47,160).


Ia bertujuan untuk menaburkan bunga ros dari udara ketika acara perarakan pengantin.


Namun, apa yang paling mengejutkan tetamu turut 'dihujani' wang kertas bernilai 2 juta Rupee Pakistan (kira-kira RM52,400).


Wang itu dalam bentuk mata wang asing termasuk euro ditaburkan di sepanjang laluan dilalui rombongan pengantin lelaki.


Ia dari rumah lelaki berkenaan sehingga ke dewan yang menjadi lokasi majlis perkahwinan.


Rakaman video yang tular menunjukkan majlis perkahwinan itu meriah dengan kehadiran tetamu.


Kelihatan sebuah helikopter berlegar-legar di lokasi majlis perkahwinan itu.


Tidak lama kemudian kawasan itu dihujani dengan wang yang 'ditabur' seseorang dari helikopter berkenaan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote Scheherazade 16-3-2021 10:44 AM
Untungla sapa yg dpt sambut duit yg ditabur tu. Klu dpt byk dlm euro, p tukaq lg untung depa. Mmg kiranya achieved objektif nk jdkn the wedding unforgettable la.
Quote ally9970 16-3-2021 11:26 AM
Tak cukup kaya lah sbb sewa heli, patutnya beli heli
Quote rajamoney 16-3-2021 11:26 AM
pemurahnya org pakistan

ini baka neelofa la ni

Quote dudaberhias 16-3-2021 11:30 AM
rajamoney replied at 16-3-2021 11:26 AM
pemurahnya org pakistan

ini baka neelofa la ni

A'ah citer pasal lopak punya keturunan abe king... Iols ada tengok video melayu+paki siam kahwin bulan lepas, memang jenis tabur2 duit jugak macamni. Terkejut sebab iols tak pernah tengok culture sebegitu siap tembak2 duit. Nanti kalau rajin iols tepek video. Keluarga paki+melayu siam ni memang ala2 popular macam keluarga lopa di selatan siam tu.
Quote rajamoney 16-3-2021 11:32 AM
dudaberhias replied at 16-3-2021 11:30 AM
A'ah citer pasal lopak punya keturunan abe king... Iols ada tengok video melayu+paki siam kahwin b ...

abe king pulok doh

hok aloh demo


Quote dudaberhias 16-3-2021 11:34 AM
ni contoh wedding paki mix melayu siam... or takde mix melayu either way lah gittew macam little miss pakistan pun tak ngaku melayu walaupun gigih kecek kelate jugak...
memang budaya pakistan ni tabur2 duit dalam acara perkahwinan...

minit ke 9:40

[youtube]jqvA2NY6gKg[/youtube]

minit ke 7:20

[youtube]rtXnUyPjkaM[/youtube]







Quote dudaberhias 16-3-2021 11:35 AM
rajamoney replied at 16-3-2021 11:32 AM
abe king pulok doh

hok aloh demo

muahaha mana2 je
Quote notM 16-3-2021 11:36 AM
Tapi gambar pprt
Quote R2D2 16-3-2021 11:37 AM
dah ada
https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1242488
Quote Artemesiaa 16-3-2021 11:40 AM
Untunglah ada abang kaya
Quote BeskotCekelat 16-3-2021 12:04 PM
Tak salah aku Bangsa Johor pun time bersanding main tabur2 duit.

Tapi duit siling je la...
Quote haryatie 16-3-2021 12:59 PM
fuhhhhh... byk duit
Quote FanTasyCreaTioN 16-3-2021 01:30 PM
R2D2 replied at 16-3-2021 11:37 AM
dah ada
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1242488
Tunggu Admin6 atau @CARI-MRO merge

Quote Supersirap 17-3-2021 01:46 PM
Bagusnya jika ada individu sebegini di Malaysia, kongsikan kegembiraan dengan orang ramai
Quote icemochalatte 17-3-2021 04:44 PM
Byknyaaa duitt
Quote budakLuiTimur 19-3-2021 01:22 AM
takde ke orang mesia nak buat mcm niiii

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.074903 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top