CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Kahwin Sangat Sampai Tak Boleh Tidur Malam, Lelaki Minta Polis Carikan Calon Isteri

16-3-2021 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2755| Komen: 9

Description: New Delhi: Minta bantuan polis untuk carikan jodoh. Itu ikhtiar seorang lelaki kerdil di Shamli, Uttar Pradesh, yang buntu untuk mencari calon isteri.
New Delhi: Minta bantuan polis untuk carikan jodoh. Itu ikhtiar seorang lelaki kerdil di Shamli, Uttar Pradesh, yang buntu untuk mencari calon isteri.

Ketinggian hanya 60 sentimeter memberi masalah buat Azim Mansoori, 26, untuk merealisasikan impiannya bagi mempunyai pasangan hidup.

Bagaimanapun, dia tetap tidak berputus asa apabila cuba mendapatkan bantuan polis untuk membantu misi pencarian jodohnya itu, Selasa lalu.

India Today melaporkan usaha berkenaan bagaimanapun masih tidak berjaya.


Foto: Agensi

Jurucakap polis dari Balai Polis Shamli, Niraj Choudry berkata, pihaknya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencari calon pasangan mana-mana individu.


"Kami hanya membantu jika ada perselisihan di dalam rumah tangga, tapi bukan mencarikan jodoh untuk seseorang," katanya.

Azim bersama kakaknya mengusahakan kedai kosmetik dan keluarganya juga berusaha mencarikan pasangan untuknya.

Ahli keluarganya, Mohammad Naeem berkata, keadaan fizikal Azim yang lemah menyebabkan keluarganya mahu lelaki itu berkahwin dengan wanita yang boleh menjaganya.

"Kami berusaha melamar banyak orang termasuk seorang wanita dari Modarabad dan sedang dalam perancangan untuk berjumpa dengannya," katanya.

Azim dikatakan sudah berusaha mencari wanita untuk dijadikan isteri, sejak lebih lima tahun lalu.

Dia juga dilaporkan terpaksa berhenti sekolah sebelum ini akibat diejek dan dihina kerana keadaan fizikalnya.

"Saya tidak dapat tidur malam. Adakah saya tidak memiliki sesiapa pun untuk berkongsi hidup?" katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 16-3-2021 09:54 AM
org kerdil ni kuat seks.....

dulu ada kes org kerdil kat msia, bini sampai lari dari rumah....dah lah ada 2 bini, tu pun tak cukup....

agaknya seluruh tenaga berkumpul kat situ.....

Quote makadek 16-3-2021 10:29 AM
Ramai je kt india tu..ceruk2 kg yg mak pak tknk bg nk sekola haid pertama kawin kn je
Quote ^CUN_GILA~. 16-3-2021 10:30 AM
Dah sampai seru..
Quote qicki 16-3-2021 10:55 AM
ok la tu...ada jugak usaha dia nk cari jodoh
Quote jalfa 16-3-2021 10:58 AM
Iklan dek..buat je bunting gantung tiang lampu sepanjabg jalan
Quote bisamyhead 16-3-2021 11:00 AM
Macam2 hal lah.. demi viral ke apa..
Quote rajamoney 16-3-2021 01:31 PM
bau bawang sapa nk

cuba buang bau bawang tu

ramai la yg nk

berak pun basuh bersih2

jngn ikut prangai etis
Quote dudaberhias 16-3-2021 01:33 PM
Lonely sangat2 la tu kot lagipun dia orang kerdil, mesti kawan pun kurang jadi kesunyian lebih dari orang biasa yang sunyi.. harap2 bertemu jodoh nanti jaga elok2 dik jangan ikut perangai pari-pari.
Quote budakLuiTimur 19-3-2021 01:20 AM
bahahahahahahaha yg aneh aneh je

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054193 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top