CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hati-Hati, Pembeli Boleh Didenda RM2000 Jika Beli Jualan Di Lampu Isyarat

16-3-2021 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5669| Komen: 43

Description: Bukan sahaja penjual tetapi pembeli juga berdepan saman sehingga RM2,000 jika didapati bersalah membeli dan menjual produk di persekitaran lampu isyarat.
Bukan sahaja penjual tetapi pembeli juga berdepan saman sehingga RM2,000 jika didapati bersalah membeli dan menjual  produk di persekitaran  lampu isyarat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti perniagaan itu adalah satu kesalahan kerana ia bukan sahaja membahayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya.

Menurut beliau, sehubungan itu pihaknya menasihati peniaga agar mencari lokasi perniagaan  lebih bersesuaian manakala pembeli jangan merisikokan diri membeli produk dijual di persimpangan lampu isyarat.


Foto: Kosmo

“Menerusi Ops Kesedaran, polis Johor mengenalpasti ada 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di persimpangan lampu isyarat di seluruh Johor.


“Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi  pembeli juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengikuti Op Khas – Ekzos Bising di Taman Kota Masai di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah JAS Johor, Dr. Famey Yusof.

Antara lokasi `perniagaan’ dikenal pasti di negeri ini termasuklah di lampu isyarat pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall, lampu isyarat Kempas Baru-Pasir Gudang, lampu isyarat Taman Cempaka dan lampu isyarat Jalan Kulai-Kota Tinggi.

Tambah beliau, peniaga dinasihatkan mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut undang-undang negara.

Ayob Khan bagaimanapun memberitahu, setakat ini pihaknya belum menerima laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat.

Aktiviti jualan di persimpangan lampu isyarat semakin popular bukan sahaja di Johor malah di Lembah Klang.

Antara yang banyak dijual di persimpangan lampu isyarat ialah mangga asam boi dan pelbagai jenis minuman. –CARI

Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 15-3-2021 08:21 PM
Jual-beli di lampu isyarat boleh disaman

https://www.utusan.com.my/nasion ... arat-boleh-disaman/

Oleh KHAIRUL MOHD ALI
15 Mac 2021, 7:56 pm


AYOB KHAN MYDIN PITCHAY

PASIR GUDANG: Bukan sahaja penjual tetapi pembeli juga berdepan saman sehingga RM2,000 jika didapati bersalah membeli dan menjual  produk di persekitaran  lampu isyarat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti perniagaan itu adalah satu kesalahan kerana ia bukan sahaja membahayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya.

Menurut beliau, sehubungan itu pihaknya menasihati peniaga agar mencari lokasi perniagaan  lebih bersesuaian manakala pembeli jangan merisikokan diri membeli produk dijual di persimpangan lampu isyarat.

“Menerusi Ops Kesedaran, polis Johor mengenalpasti ada 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di persimpangan lampu isyarat di seluruh Johor.

“Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi  pembeli juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengikuti Op Khas – Ekzos Bising di Taman Kota Masai di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah JAS Johor, Dr. Famey Yusof.

Antara lokasi `perniagaan’ dikenal pasti di negeri ini termasuklah di lampu isyarat pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall, lampu isyarat Kempas Baru-Pasir Gudang, lampu isyarat Taman Cempaka dan lampu isyarat Jalan Kulai-Kota Tinggi.

Tambah beliau, peniaga dinasihatkan mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut undang-undang negara.

Ayob Khan bagaimanapun memberitahu, setakat ini pihaknya belum menerima laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat.

Aktiviti jualan di persimpangan lampu isyarat semakin popular bukan sahaja di Johor malah di Lembah Klang.

Antara yang banyak dijual di persimpangan lampu isyarat ialah mangga asam boi dan pelbagai jenis minuman. – UTUSAN
Quote Belibis 15-3-2021 09:11 PM
Wow...makin hebat denda sekarang.dah takde rate ratus .main riban2 terus.caya laaa.
Quote Suchi 15-3-2021 09:17 PM
Penah beli sekali je dulu2 tp tak suka la sbb manis iols suka makan pelam tu wat cicah colek je.
Bila wat jeruk jd manis sbb pelam epal kan tak masam.

So maaflaa ye kepada penjual jeruk kami tak bawak cash berpuluh ribu sehari semata2 nak kena saman jaaa
Saman tak patuh sop pun dah cukup menggerunkan.
Quote rajamoney 15-3-2021 09:36 PM
ksian la

org tkde duit

watpe nk denda2

ish ish ish
Quote cariplease 15-3-2021 09:39 PM
Hmm kesian. Tu je boleh cakap
Quote PEPPERMAN 15-3-2021 09:47 PM
kenapa tak jual kepada orang lalu lalang di kaki lima? atau mana2 yang selain daripada simpang lampu isyarat?
Quote umbut 15-3-2021 10:55 PM
Tak pernah beli.. rasa was was kebersihan.. sekali yg jual pati pki mask
Quote abangbikerz 15-3-2021 11:15 PM
PEPPERMAN replied at 15-3-2021 09:47 PM
kenapa tak jual kepada orang lalu lalang di kaki lima? atau mana2 yang selain daripada simpang lampu ...

Sbb xboleh ketuk rm10 sebalang dan xde elemen kesian
Quote me12345 15-3-2021 11:15 PM
Baguslah menganggu lalu lintas..tp nape tak saman penjual jua...kdg2 depa jln jln time lampu merah sampai motor nk terlanggar. If kt traffic lite area shah alam kebykan warga asing yg jual jeruk dan makanan....bila berckp mmg indon or bangla etc. Nk beli pun was was
Quote ultra78 15-3-2021 11:43 PM
Kesalahan ni patut didenda RM10,000

Quote mdhelmi 16-3-2021 08:17 AM
kalo kat traffic light tu jula tau foo fa gula merah mungkin aku beli
Quote tukul 16-3-2021 08:29 AM
PEPPERMAN replied at 15-3-2021 09:47 PM
kenapa tak jual kepada orang lalu lalang di kaki lima? atau mana2 yang selain daripada simpang lampu ...

Betul...byk lg cara dan tempat yg x mengundang bahaya...i awal2 dulu pun ada beli jeruk tu sbb kesian tp skrg ni makin ramai dan makin byk mende di jual...so mmg xleh support ni... atas jln bkn tempat jual beli
Quote mysterio 16-3-2021 08:33 AM
sale diorang ni bole cecah 1k sehari.
hati mana tak sakit...
Quote dodolgemok 16-3-2021 08:40 AM
Yg ni mmg patut lah, membahayakan keselamatan diri dan org lain. Siap ada gang2 lagi jaga tempat itu ini.
Quote eyansss 16-3-2021 08:43 AM
umbut replied at 15-3-2021 10:55 PM
Tak pernah beli.. rasa was was kebersihan.. sekali yg jual pati pki mask

kat area rumah aku ni dah kena conquered by pati pun...  hahahaha...
Quote blue_blur 16-3-2021 08:45 AM
betul...
jangan bagi sedekah pada peminta sedekah bagaikan salesman kejar target sales harian sesuka hati kat traffic light..
kena saman rm2000 naya..
Quote CARI-MRO 16-3-2021 09:19 AM
Bukan sahaja penjual tetapi pembeli juga berdepan saman sehingga RM2,000 jika didapati bersalah membeli dan menjual  produk di persekitaran  lampu isyarat.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti perniagaan itu adalah satu kesalahan kerana ia bukan sahaja membahayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya.


Menurut beliau, sehubungan itu pihaknya menasihati peniaga agar mencari lokasi perniagaan  lebih bersesuaian manakala pembeli jangan merisikokan diri membeli produk dijual di persimpangan lampu isyarat.




Foto: Kosmo




“Menerusi Ops Kesedaran, polis Johor mengenalpasti ada 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di persimpangan lampu isyarat di seluruh Johor.


“Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi  pembeli juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengikuti Op Khas – Ekzos Bising di Taman Kota Masai di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah JAS Johor, Dr. Famey Yusof.


Antara lokasi `perniagaan’ dikenal pasti di negeri ini termasuklah di lampu isyarat pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall, lampu isyarat Kempas Baru-Pasir Gudang, lampu isyarat Taman Cempaka dan lampu isyarat Jalan Kulai-Kota Tinggi.


Tambah beliau, peniaga dinasihatkan mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut undang-undang negara.


Ayob Khan bagaimanapun memberitahu, setakat ini pihaknya belum menerima laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat.


Aktiviti jualan di persimpangan lampu isyarat semakin popular bukan sahaja di Johor malah di Lembah Klang.


Antara yang banyak dijual di persimpangan lampu isyarat ialah mangga asam boi dan pelbagai jenis minuman. –CARI


Sumber: Utusan
Quote Boomibulat 16-3-2021 09:21 AM
Baik,saya akan hati2 mulai hari ni..
Quote skinsandstars 16-3-2021 09:26 AM
Elok pun. Now di mana-mana dah ada, macam sindiket pun ya.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.066472 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top