CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anak Sering Sentuh Kemaluan, Adakah Normal Atau Tanda Berbahaya?

16-3-2021 12:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4175| Komen: 2|Original author: Raline

Description: Kemaluan adalah bahagian yang sensitif bagi sesiapapun dan jika si manja anda sentiasa menyentuh dirinya sendiri, ibu bapa jangan pe ...
 

Kemaluan adalah bahagian yang sensitif bagi sesiapapun dan jika si manja anda sentiasa menyentuh dirinya sendiri, ibu bapa jangan pejam mata sahaja. Ia mungkin petanda bahawa si manja mungkin mengalami gangguan seksual kanak-kanak.

Sebagai seorang ibu, kita akan lebih memahami apa yang anak perempuan kita sampaikan walaupun mereka masih tidak dapat berkomunikasi dengan lancar. Bahkan, dari gerak-geri si manja juga sudah kita dapat ketahui apa yang si manja hendak katakan.

Justeru, jika anda meneliti gerak-geri anak perempuan anda dan mendapati bahawa dia sentiasa menyentuh kemaluannya semasa dia tidak memakai lampin, anda jangan pejam mata dan fikirkan ia perkara biasa kerana ia tidak normal! Terutamanya jika dia menangis apabila melakukan perkara tersebut.

Anak anda mungkin sedang mengalami perkara yang lebih serius tanpa pengetahuan anda, iaitu gangguan seksual kanak-kanak.

Adakah Anak Anda Sedang Mengalami Gangguan Seksual Kanak-kanak?



Walaupun kita hendak berada bersama dengan anak kita dan menjaganya sendiri, tentulah amat sukar untuk dilakukan oleh sebab kekangan masa dan tanggungjawab terhadap kerjaya. Jadi, nak tak nak, terpaksalah hantar si manja ke rumah pengasuh.

Sebelum itu, kami hendak mengingatkan bahawa di luar sana tentulah ramai pengasuh yang boleh dipercayai, tetapi ada segelinintir sahaja yang memburukkan nama-nama pengasuh seraya membuat orang ramai risau hendak meninggalkan anak kepada pengasuh.

Pada akhir tahun lepas, terdapat berita bahawa suami kepada pengasuh telah direman kerana dipercayai telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia 9 tahun. Walaupun pengasuh tersebut tidak bersalah, tetapi ia tetap membuahkan rasa risau di kalangan ibu bapa.

Sekiranya ini terjadi kepada si manja yang masih tidak boleh berkomunikasi dengan lancar, anda boleh melihat tanda-tandanya.

Anak mungkin sentiasa menyentuh kemaluan kerana berasa tidak selesa pada bahagian tersebut. Walaupun mereka mungkin tidak berasa sakit, tetapi ketidakselesaan tersebut boleh berpunca dari STI (Sexually Transmitted Infection) atau UTI (urinary tract infection), jangkitan yang menyerang saluran kencing seseorang.

Jika si manja anda menangis tanpa sebab apabila berjumpa dengan orang baru, si manja mungkin sedang mengalami trauma yang hebat. Jika anda perasan si manja sering ketakutan dengan berjumpa orang baru, jangan memaksa mereka. Sebaliknya, anda pujuklah mereka dan syorkan pada si manja bahawa anda akan sentiasa berada bersama mereka.

Anak anda mungkin akan sentiasa terjaga ketika waktu tidur oleh sebab bermimpi buruk tentang apa yang telah dialami. Jika si manja asyik terjaga pada waktu malam dan menangis seakan-akan tidak boleh dipujuk, anda perlulah mencari puncanya.

Walau bagaimanapun, si manja mungkin tidak mengalami gangguan seksual dan merasakan ketidakselesaan pada bahagian kemaluan disebabkan isu-isu lain.

Simptom-simptom Lain Bayi Berasa Tidak Selesa

Thrush atau kandida ini ialah jangkitan fungus yang berpunca dari pertumbuhan berlebihan yis yang seringkali dijumpai pada kulit atau perut. Yis ini, pada bilangan yang kecil, tidak merbahaya tetapi jika ia bertambah dengan terlalu banyak, ia akan menyebabkan ketidakselesaan dan selalunya, kegatalan.

Untuk mengetahui jika anak anda mengalami jangkitan ini, anda boleh melihat cecair putih keluar dari kemaluan si manja, dan bayi sentiasa berasa gatal atau menyengat ketika mereka membuang air kecil.

Mengapa ini boleh berlaku? Selalunya, ia disebabkan oleh cara si ibu membersihkan bayi. Jika anda mengelap kemaluan si bayi dari belakang ke depan, ia akan menyebarkan fungus ini, atau ibu telah menggunakan sabun pada bahagian kemaluan si manja.

Tetapi, jangan risau! Jika anda dapati si manja menghidapi jangkitan ini, anda boleh segera membeli krim yang berkenaan dan sapukan kepada kulit bayi yang terjangkiti.

Lazimnya, perempuan lebih mudah dijangkiti UTI ini kerana saluran kencing kaum Hawa lebih pendek berbanding lelaki. Simptom-simptom UTI adalah si manja boleh mendapat demam, serta berasa sakit ketika membuang air kecil. Kadang kala, terdapat juga kes di mana muntah adalah salah satu simptom UTI.

Jika anda mengesyaki anak anda menghidapi UTI, segeralah berjumpa doktor kerana jika anda tidak mendapatkan rawatan, jangkitan ini boleh menyerang buah pinggang si manja anda.

Seperti yang kita tahu, bayi memang mudah mendapat ruam dari lampin yang dipakai. Ruam lampin akan menyebabkan kemerah-merahan pada bahagian berdekatan kemaluan si manja  yang nampak seakan-akan menyakitkan dan berasa panas ketika disentuh.

Punca biasa bagi ruam lampin ialah si manja telah menggunakan lampin tersebut dalam jangka masa yang lama tanpa menukar ke lampin yang baharu. Lampin yang basah dan kotor dari najis si manja akan mengandungi kuman, dan kuman-kuman ini bertanggunjawab untuk membuatkan si manja anda mengalami ketidakselesaan.

Jadi, cara rawatannya senang sahaja! Kerap-keraplah tukar lampin bayi anda apabila mereka membuang air. Jangan lengah-lengahkan penukaran lampin, kerana ia amatlah tidak selesa bagi anak anda.

Cacing yang biasa didapati oleh kanak-kanak ialah cacing benang atau juga dikenali sebagai cacing kremi. Cacing-cacing ini akan keluar dari punggung si manja untuk bertelur, dan bagi kanak-kanak perempuan, cacing ini juga boleh masuk ke dalam kemaluan si manja dan membuatkan si manja berasa teramat gatal dan tidak selesa.

Bukan sahaja mereka menyebabkan ketidakselesaan, tetapi mereka juga membuatkan cahaya mata anda hilang selera makan dan menganggu waktu tidur si manja oleh sebab kegatalan tersebut. Cacing ini merebak dengan sangat cepat dan mudah, jadi ibu bapa haruslah memberi anak ubat cacing sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Ibu bapa juga perlu mengambil ubat cacing oleh sebab ia sangat mudah untuk berjangkit!

Jadi, akhir kata dari kami, ibu (dan ayah!), fahamilah gerak-geri dan cara komunikasi tuan puteri anda supaya anda dapat mengelakkan perkara yang lebih teruk untuk berlaku. Ketahuilah cara-cara yang betul untuk membersihkan kemaluan si manja untuk mencegah apa-apa penyakit.

Good luck and happy parenting!

Sumber : https://ohsemput.com

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote m.a.n.a.kautau 15-3-2021 10:58 PM
Specimen @green~teh ada buat perakuan bahawa bahagia baginya adalah ORGASM.

Adakah ini juga merupakan ciri ciri yg ada pada mangsa seksual abused or sexually deprived specimen????



Quote Boboyottt 16-3-2021 10:28 AM
Semoga allah lindungi keluarga ku

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.078413 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top