CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ubahsuai Bunyi Dan Nombor Pendaftaran Fancy- Polis Pun Kena Saman Di Pintu Masuk IPK

16-3-2021 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3181| Komen: 18

Description: Alor Setar: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melakukan pemeriksaan mengejut ...
Alor Setar: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melakukan pemeriksaan mengejut di pintu masuk IPK Kedah hari ini.


Operasi Khas Bunyi Bising & Ubahsuai selama satu jam bermula 7.30 pagi itu dilakukan membabitkan pemeriksaan dokumen sulit, kenderaan dan pas keselamatan.

Operasi disertai dua pegawai dan enam anggota JSPT IPK Kedah, tiga pegawai dan tujuh anggota Cawangan Khas IPK Kedah dan dua pegawai serta seorang anggota JIPS IPK.

Foto: Harian Metro

Dalam operasi itu, JSPT melakukan pemeriksaan terhadap 128 kenderaan dan 116 motosikal manakala Cawangan Khas memeriksa 160 kenderaan dan 99 motosikal.


Manakala JIPS IPK pula melakukan pemeriksaan terhadap 22 orang.

Selain itu, beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam IPK Kedah disaman kerana melanggar undang-undang jalan raya seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanudin Hassan berkata, pemeriksaan dilakukan untuk memastikan anggota dan pegawainya di IPK Kedah mematuhi peraturan.

Beliau berkata, pemeriksaan itu kerap dilakukan dan ia dilakukan secara berkala.

"Tumpuan pemeriksaan terhadap kenderaan yang memasuki IPK yang melakukan kesalahan ubahsuai bunyi dan nombor pendaftaran fancy.

"Tindakan tetap diambil sekiranya ada anggota dan pegawai kita didapati melakukan kesalahan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 15-3-2021 08:04 PM
Dah kena spot check.
Quote rajamoney 15-3-2021 08:06 PM
polis smn polis

itu lucu
Quote sukacactus 15-3-2021 10:35 PM
Bagus la!
Aku br tau jiran kat dpn umah mak aku, xpernah ada lesen moto sampai la dia pencen wajib polis
Selama ni kat mana2 roadblock, pakai the power of hand aje, just angkat tgn, settled!
Quote tumpanglalu74 15-3-2021 10:42 PM
Macam wayang je..
Quote haruslah 15-3-2021 10:47 PM
sukacactus replied at 15-3-2021 10:35 PM
Bagus la!
Aku br tau jiran kat dpn umah mak aku, xpernah ada lesen moto sampai la dia pencen wajib  ...

Rasa polis x perlu lesen mcm marhaen
Diorg ade driving lesen khas
Pencen nanti kena convert ke lesen mcm kita2 jer
I mcm penah dgr org cerita....
Quote bangcak 16-3-2021 12:29 AM
makin hari makin kalut pengkhianat desak penguasa kita cari duit.
lepas saman org tak pakai mask waktu makan kat restoran
hari nih polis saman polis.

itu blom kira penebar roti canai yg kena saman sbb
tak pakai hand sanitizer kat melaka.



Quote jazaa100 16-3-2021 09:49 AM
bagus.....

yg aku dgr, polis org sabah dia tegas.....dia tak kira kau polis ke tak, tak de lesen dia saman.....


Quote CARI-MRO 16-3-2021 09:57 AM
Alor Setar: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melakukan pemeriksaan mengejut di pintu masuk IPK Kedah hari ini.


Operasi Khas Bunyi Bising & Ubahsuai selama satu jam bermula 7.30 pagi itu dilakukan membabitkan pemeriksaan dokumen sulit, kenderaan dan pas keselamatan.


Operasi disertai dua pegawai dan enam anggota JSPT IPK Kedah, tiga pegawai dan tujuh anggota Cawangan Khas IPK Kedah dan dua pegawai serta seorang anggota JIPS IPK.


Foto: Harian Metro




Dalam operasi itu, JSPT melakukan pemeriksaan terhadap 128 kenderaan dan 116 motosikal manakala Cawangan Khas memeriksa 160 kenderaan dan 99 motosikal.


Manakala JIPS IPK pula melakukan pemeriksaan terhadap 22 orang.


Selain itu, beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam IPK Kedah disaman kerana melanggar undang-undang jalan raya seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.


Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanudin Hassan berkata, pemeriksaan dilakukan untuk memastikan anggota dan pegawainya di IPK Kedah mematuhi peraturan.


Beliau berkata, pemeriksaan itu kerap dilakukan dan ia dilakukan secara berkala.


"Tumpuan pemeriksaan terhadap kenderaan yang memasuki IPK yang melakukan kesalahan ubahsuai bunyi dan nombor pendaftaran fancy.


"Tindakan tetap diambil sekiranya ada anggota dan pegawai kita didapati melakukan kesalahan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote n3ar 16-3-2021 10:33 AM
sembang kari jer ni...


sedangkan saman orang awam pun dulu ada sindiket diskaun murah, orang dalam yg ejas pastu makan komisyen..

apatah lagi saman polis sama polis
Quote qicki 16-3-2021 10:57 AM
kat selangor xde ke.....kat belakang rumah aku ni...dorg bnyk berkumpul kat jalan...bising yang amat....pagi petang siang malam...
Quote toynme 16-3-2021 11:54 AM
haruslah replied at 15-3-2021 10:47 PM
Rasa polis x perlu lesen mcm marhaen
Diorg ade driving lesen khas
Pencen nanti kena convert ke l ...

mcm lesen tentera ke?...tak silap aku mcm ada

tapi pakcik aku tu ada lesen kereta kebal....tapi mcm ko ckp tu aku pernah dengar la...

Quote Belibis 16-3-2021 12:35 PM
Memang la saman,tapi bayar tak sama dengan marhaen.jangan pikir rakyat semua vongok.
Quote ToungeSoup 16-3-2021 01:09 PM

kan..ala2 drama slot akasia ni...
Quote FanTasyCreaTioN 16-3-2021 01:39 PM
Thread dah ada
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1242438


Tunggu Admin6 atau @CARI-MRO  merge


Quote Gomea 16-3-2021 04:36 PM
Wayanggggg.....
Quote donashikun 16-3-2021 08:39 PM
Ni mmg ada kan..aku tau pn akak ni laki dia polis. Diorg mmg  buat kat kuarters semua. Diorg tgk lesen, kete semua. Awl2 pagi sblum p kerja diorg dah tggu depan pagar.
Quote ReginaGeorge 17-3-2021 05:19 AM
Uuuuuuu malunya. {:hooray
Quote Ain_h 17-3-2021 11:25 AM
Hahahaha.. Kenderaan pon ada

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.148209 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top