CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Sarah Didakwa ‘Acah’ Baik Dan Menunjuk-Nunjuk,

4-3-2021 02:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8439| Komen: 39|Original author: piao

Description: Siti Sarah Didakwa ‘Acah’ Baik Dan Menunjuk-Nunjuk, Penyanyi dan kini usahawan, Siti Sarah Raisuddin meluahkan perasaan kesal apabila niatnya memberi sumbangan dan berkongsi rezeki bersama petug ...
Siti Sarah Didakwa ‘Acah’ Baik Dan Menunjuk-Nunjuk,

Penyanyi dan kini usahawan, Siti Sarah Raisuddin meluahkan perasaan kesal apabila niatnya memberi sumbangan dan berkongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan disalah erti oleh sesetengah netizen.



Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak Shuib ada memuat naik tangkap layar mesej yang dikirim seorang individu tidak dikenali yang mengatakan dia dan suami suka menunjuk baik.


“Tak payah acah baik boleh tak? kalau nak bagi, bagi je lah. Ko dengan laki ko memang suka menunjuk ek?” tulis individu tersebut.

Tidak melatah dengan kritikan sedemikian, Sarah mengakui dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak dalam setiap tindakan yang dilakukannya.

Sarah juga memberitahu bahawa keikhlasan dalam setiap perbuatan biar Allah S.W.T saja yang menilainya, bukan manusia.




“Dalam kehidupan kita ini, kita tidak dapat puaskan hati semua orang. Buat baik pun orang pandang serong, apa lagi kalau kita terbuat salah, lagi teruk jadinya. Yang nak marah sangat tu kenapa? Kita bagi benda haram ke sampai sakit sangat hati tu? Sarah ni bagi dadah ke? Bagi air todi yang mabuk-mabuk ke?”

Tambahnya lagi, dia hanya ingin berkongsi sedikit rezeki yang didapatinya menerusi perniagaan yang diusahakannya kini, sekadar untuk membuatkan para petugas barisan hadapan berasa gembira pada hari tersebut.



Dalam pada itu, Sarah juga sempat menitipkan doa kebaikan buat ‘frontliners’ yang sering menyokong segala tindakan dan memberi kata semangat buatnya di media sosial.

SUMBER : Instagram Siti Sarah


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piao 3-3-2021 12:59 PM
aku pun rasa artis skng suka menunjuk2... pastu acah2 humble.
Quote Redmyvi 3-3-2021 01:04 PM
aku rasa la kalau guna duit sndiri utk bg sumbangan buat jer secara diam2 supaya tak menimbulkan fitnah tapi kalau mcm duit tu hasil dri sumbangan org ramai dan kita plak jadi org tengah utk smpaikan sumbangan tu aku rasa takda masalah nk tnjuk kt org ramai.. supaya org tahu duit depa digunakan utk apa..

Quote irish_ieka 3-3-2021 01:06 PM
aah mmg rse mcm perlu ke nk tunjuk kt org kalau pakai duit sendiri? huhu mcm ebit lew tu lain. die mmg pakai duit sumbangan org kene la tunjuk bukti.
Quote rajamoney 3-3-2021 01:11 PM
mesti forumer yg dm tu
Quote sleepandream 3-3-2021 01:54 PM
lebih baik org mengata kau menunjuk2 buat baik daripada orang mengata kau bangga2 buat kejahatan... gituhh
Quote gadis_mateen 3-3-2021 02:20 PM
kene setepek! hahahaaaaaa
Quote mieymiey 3-3-2021 02:58 PM
Belum baca porem lagi, menangis agaknya sheols
Quote piao 3-3-2021 03:00 PM
nsib la....
Quote MadameOnion 3-3-2021 03:01 PM
memang menunjuk pun...laki bini ni aku terpalingg menyampah
Quote Bumbu 3-3-2021 03:15 PM
Laki bini acah2....
Quote jargon 3-3-2021 03:17 PM
Elokla lakibini busuk hanceng ni dah brkawan2 dgn kapel keks tu..persatuan laki obses bini sedunia..herot jereen tu jd president
Quote makadek 3-3-2021 03:23 PM
piao replied at 3-3-2021 12:59 PM
aku pun rasa artis skng suka menunjuk2... pastu acah2 humble.

Apa beza dgn ebit...bapak segala saya2
Quote makadek 3-3-2021 03:25 PM
Tunjuk jer caki..
Kang tk tunjuk diorg kata ko tk pernah sedekoh
Selagi bole tayang ko tayang bia sama naik dgn ebit...

Ebit zmn dia claim duit saya duit saya ...tu tk kira nunjuk ke nyahhhh
Quote AshkieLa 3-3-2021 03:40 PM
haha.. dia pregnant eh?
Quote tagas 3-3-2021 03:44 PM
Edited by tagas at 3-3-2021 03:46 PM

Dah sedekad dah mmg dah jadik budaya tunjuk menunjuk
perlumbaan hidup

sejak ade socmed fb wasap bagaih nih


Quote dudaberhias 3-3-2021 03:55 PM
Memang deorang suka menunjuk pun, tu kan MO untuk promot bisnes deorang jugak. Kenapa perlu nafikan kita menunjuk? Menunjuk dan riak adalah dua perkara berbeza. Menunjuk tak perlu malu pun sebab benda simple macam kita makan chicken chop lepastu snap gambar up kat ig pun kira menunjuk. Cuma samada positid dan negatif je pandangan masyarakat terhadap benda kita pos tu.
Quote sugarlovebutter 3-3-2021 04:01 PM
Lari topik...nk tye, air bubble bee depa sdp ke? Iols bc kt fb ramai dah yg ckp xsdp, lpstuh mahal lagi...tp xkurang jgk yg suka pn ramai...
Quote laksmanabentan 3-3-2021 04:05 PM
hahahaha.... bila nak pamer weeeiii...
pamer jangan tak pamer...
kalau tak nanti, orang ingat kita ni xde sedekah pun...

go sarah go... pamer lagi semua... biar nitizen terdiam semua...
hahahahhaa....
go shuib go... upload lagi gambar2 korang derma tu...
hahahhaa...
Quote Bholatchomel 3-3-2021 04:23 PM
Entahlah  dulu ustaz aku selalu pesan kalo kita sedekah guna duit kita sendiri kalo boleh tangan kiri kita sendiri pun tak tahu.. maknanya jgn tayang atau tunjuk pada org takut nnt lama - lama jadi takbur, riak dan seangkatan dengannya.  tapi sekarang banyak yang humble brag.

kalo guna duit org ramai memanglah kena war2kan supaya org yang sama menderma tahu
kemana duit itu digunakan supaya tidak timbul fitnah makan duit.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.206744 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top