CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Polis Dipecat Lepas Dua Tahanan Lolos Lokap Guna Senduk

23-2-2021 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2187| Komen: 7

Description: Ketua Polis Pontianak Utara, Hery Purnomo dipecat selepas dua tahanan meloloskan diri dari lokap dengan menggunakan senduk.
Ketua Polis Pontianak Utara, Hery Purnomo dipecat selepas dua tahanan meloloskan diri dari lokap dengan menggunakan senduk.

Lapor Kompas.com, jurucakap polis, Leo Joko memaklumkan, dua tahanan tersebut yang dikenali sebagai Faisal dan Meki ditahan dalam lokap di Balai Polis Pontianak Utara.

Katanya, kedua-dua tahanan tersebut meloloskan diri dengan mengorek dinding lokap menggunakan senduk yang sudah ditajamkan.


ANGGOTA polis menunjukkan lubang yang dibuat oleh dua tahanan menggunakan senduk bagi melarikan diri di Pontianak Utara, Kalimantan Tengah, Indonesia. - AGENSI


Namun, polis tidak menyatakan jenis senduk yang digunakan oleh kedua-dua tahanan tersebut bagi melarikan diri.

“Seorang daripada tahanan berpura-pura mengaji untuk mengaburi mata anggota polis yang berkawal, manakala seorang lagi mula mengorek dinding lokap.

“Selepas dinding berlubang, kedua-dua tahanan meloloskan diri. Lubangnya tidak cukup besar, namun mereka masih dapat melarikan diri,” katanya.

Leo turut mengakui bahawa bangunan balai polis tersebut sudah usang, namun masih selamat digunakan.

Namun, selepas 12 jam melarikan diri, kedua-dua tahanan tersebut berjaya dikesan dan ditangkap semula.

Jelas Leo, mereka di tangkap di dua lokasi berbeza iaitu Faisal ditahan ketika dalam perjalanan ke Sambas, manakala Meki ditahan di rumah keluarganya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orion_pax 23-2-2021 11:33 AM
Shawshank redemption punya style..
Quote MissVixen 23-2-2021 11:34 AM
Dah macam filem.
Quote user.name 23-2-2021 03:08 PM
Quote tagas 23-2-2021 08:09 PM
Escape from alcatraz
Quote Punat_button 23-2-2021 08:51 PM
jangan lupa indon panggil sudu tu senduk ya

Quote notM 23-2-2021 09:02 PM
Lari pergi jumpa keluarga...dah kenapa.
Quote kluangman 24-2-2021 10:43 AM
Yang patut kena cari kontraktor bangunan tu sebab buat dinding tak berkualiti bukannya ketua balai. Tapi nak cari macam mana sebab bangunan dah lama.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.052845 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top