CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jijik, Lelaki Ludah Adunan Roti Sebelum Dibakar Dan Diberi Pada Tetamu

23-2-2021 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2510| Komen: 4

Description: New Delhi: Tindakan seorang lelaki meludah di dalam adunan roti mengundang padah apabila dia ditahan polis di Meerut, Uttar Pradesh, Ahad lalu.
New Delhi: Tindakan seorang lelaki meludah di dalam adunan roti mengundang padah apabila dia ditahan polis di Meerut, Uttar Pradesh, Ahad lalu.

Gulf News melaporkan, lelaki itu ditahan selepas video perbuatannya itu tersebar di internet yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

Rakaman berkenaan menunjukkan Sohail meludah ke dalam adunan roti yang siap diuli sebelum dibakar dan dihidangkan di sebuah majlis perkahwinan.

Kejadian itu dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di media sosial.



Menurut Ketua Hindu Jagran Manch, Sachin Sirohi, Sohail ditahan pihak berkuasa dan dituduh menyebarkan koronavirus.

Jurucakap polis berkata, dia akan menjalani ujian Covid-19 dan tindakan lanjut akan diambil selepas laporan penuh diperoleh.

Di dalam video yang tular, Sohail dilihat akan meludah setiap roti yang siap diuli sebelum diletakkan di dalam pembakar.

Selepas itu dia akan menghantarnya sebagai hidangan kepada tetamu.

Video itu mengundang reaksi marah netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar dan pelakunya perlu dikenakan tindakan tegas.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 23-2-2021 11:17 AM
Harapnya.. Aritu bangsa tuuut dok ludah ke dorian... Ni diikuti bangsa tuuuuuuut dok ludah ke roti. Harapnya jgnlah bangsa kita mengikut pulak. Tak berkat..
Quote Belibis 23-2-2021 11:35 AM
Sohai ..sohai..apa nak jadii..{:cryrun
Quote CapitalE 20-3-2021 12:04 AM
Eyuwww so disgusting
Quote mclaren 19-5-2021 07:06 PM
Zazama: Harapnya.. Aritu bangsa tuuut dok ludah ke dorian... Ni diikuti bangsa tuuuuuuut dok ludah ke roti. Harapnya jgnlah bangsa kita mengikut pulak. Tak be ...


Tak main lah ludah2. Santau terus.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.067319 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top