CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

WHO Tegur Negara Kaya Jejas Usaha Negara Miskin Dapatkan Vaksin

23-2-2021 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1609| Komen: 2

Description: Ketua Pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan tindakan itu berkemungkinan menjejaskan usaha negara miskin mendapatkan vaksin.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO menegur tindakan sesetengah negara kaya memesan vaksin COVID-19 tambahan. 

Ketua Pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan tindakan itu berkemungkinan menjejaskan usaha negara miskin mendapatkan vaksin.


Katanya, beliau bimbang sikap negara kaya menjejaskan inisiatif vaksin diusahakan WHO , Covax.



"Saya telah menjelaskan kepada Presiden mengenai tindakan negara kaya yang membuat perjanjian dengan pengeluar untuk membeli vaksin tambahan.

"Tindakan ini menjejaskan inisiatif Covax dan jumlah vaksin yang diperuntukkan kepada Covax boleh berkurangan kerana tindakan ini," ujarnya.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama negara kaya yang bertindak sedemikian.

Ketika ini negara yang disifatkan berkemampuan memesan beberapa bilion dos vaksin, namun ada sesetengah negara membangun tidak mampu membeli vaksin.


Negara Eropah sebelum ini menyumbangkan dana kepada inisiatif Covax. 

Mereka juga menyatakan kesediaan memberi dos yang dibeli kepada negara tidak berkemampuan. 


Sumber: Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 23-2-2021 10:43 AM
bagus WHO ni
Quote Tinot7 23-2-2021 10:43 AM
Beli sampai billion dos apo ke jadah wehh?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.045135 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top