CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sebaiknya Janna 'Hilangkan Diri' Sementara Waktu, Refleksi Diri" - Naim Daniel

23-2-2021 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10812| Komen: 59

Description: Pernah melalui pengalaman serupa dikecam peminat Kpop, penyanyi Naim Daniel menasihatkan pelakon Janna Nick agar 'menghilangkan' diri daripada media sosial buat seketika sehingga keadaan kembali reda.
Pernah melalui pengalaman serupa dikecam peminat Kpop, penyanyi Naim Daniel menasihatkan pelakon Janna Nick agar 'menghilangkan' diri daripada media sosial buat seketika sehingga keadaan kembali reda.



Kredit foto: IG Naim, Janna

Menurut Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, langkah itu adalah yang terbaik kerana ia boleh memberikan masa untuk Janna menenangkan diri selepas terlibat dalam konflik dengan peminat Kpop.

"Saya pernah lalui situasi sama, dapat berpuluh ribu komen tapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri sahaja. Jangan pula apabila ada api, kita balas dengan minyak... sebaiknya simbah dengan air.

"Sebenarnya orang nak tengok kita melatah, kalau kita melatah memang orang tepuk tangan. Perkara itu akan makan diri kita balik.

"Jadi saya rasa ia adalah tindakan yang baik Janna ambil masa ini untuk cool down daripada media sosial buat sementara waktu untuk reflek balik, itu yang paling penting," katanya kepada mStar.



Peminat Kpop lancar gerakan 'report' akaun Instagram dan Twitter Janna Nick sehingga aktres itu tidak boleh lagi mengakses laman sosialnya.

Nama Janna sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila dikatakan mencetuskan kontroversi hingga mengundang kemarahan peminat Kpop.

Ia gara-gara video Janna yang dikatakan mempersendakan kematian ahli kumpulan Shinee, Kim Jong-hyun pada 2017 serta didakwa menghina anggota kumpulan Blackpink, Lisa Manoban.

Janna bagaimanapun tampil membuat laporan polis bagi mempertahankan diri pada tengah malam Ahad kerana mendakwa difitnah.

Dalam pada itu penyanyi lagu Sembah ini juga bagaimanapun mengingatkan semua pihak khususnya golongan selebriti agar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama sekali apabila melibatkan hal kematian atau perbuatan mempersendakan nama seseorang.

"Apabila salah penggunaan nama dan isu kematian dibuat main, bagi saya itu adalah isu yang berat.

"Sebagai pemain industri (anak seni) kita perlu ada common sense dalam memberikan pandangan atau untuk jayakan sesuatu sebab ia adalah periuk nasi kita juga.

"Kita perlu tahu setiap apa yang kita buat pasti akan ada kesannya, sama ada ia menaikkan kredibiliti kita atau menjunamkan lagi karier di kemudian hari," katanya.

Naim juga berharap insiden ini dapat memberi pengajaran kepada semua agar sentiasa berfikir sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengguris perasaan mana-mana pihak.

"Apabila dah jadi perkara macam ini, ia bagi satu pengajaran yang besar untuk semua orang, bukan untuk Janna sahaja... saya cakap secara menyeluruh.


Naim Daniel pernah dikecam peminat Kpop gara-gara dia mengedit gambarnya bersama Rose Blackpink.

"Kita tak tahu kata-kata yang kita ucapkan boleh memberikan kesan kepada orang, oleh itu kalau tiada benda baik yang nak dicakap, lebih baik kita diam sahaja.

"Saya juga harap semua urusan Janna dipermudahkan. Saya tahu tiada orang yang sempurna dalam dunia ini, begitu juga dengan artis. Kami tidak sempurna, kami pun ada cela masing-masing cuma janganlah kita sendiri yang membuka pekung itu," ujarnya lagi.

Naim sebelum ini pernah dikecam peminat Blackpink yang digelar Blink gara-gara menyunting foto dia bersama salah seorang anggota kumpulan itu, Rose di Instagram.

Tindakannya itu dikecam Blink sehinggakan dia pernah menerima pelbagai mesej peribadi berbaur ugutan di laman sosial.


Sumber: mStar


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 23-2-2021 11:50 AM
Bab kematian org lain, tak kira bangsa apa atau agama, mmg iols setujulah. Jgnlah dipersendakan. Nama seseorg pun jgnlah juga dibawa gurau. Tp rakyat iols ni mmg sungguhan ye mempertahankan kpops!?
Quote MadameOnion 23-2-2021 11:55 AM
janna ni hilang terus dari industri hiburan pun takpa...bakat so so je pun..takda yg istimewa...ramai lagi berbakat...letih dah tengok retis malaysia yg bimbo tapi acah2 educated and outspoken...result spm tu boleh simpan dlm peti besi la...
Quote tomatome 23-2-2021 11:57 AM
Berambus teruss la ko janna oiiii...

Acah2 tak terkesan dgn netizen siap menghanjing skali sblm ni selayaknyalah...
Cyst hanya melihat dr jauh smbil senyum sinis
Quote nordin84 23-2-2021 12:01 PM
da kenapa edit gambar pun xblh.. taksub bebeno da
Quote airmineral 23-2-2021 12:07 PM
moga lenyap forever
Quote bakingsoda 23-2-2021 12:07 PM
Zazama replied at 23-2-2021 11:50 AM
Bab kematian org lain, tak kira bangsa apa atau agama, mmg iols setujulah. Jgnlah dipersendakan. Nam ...


blackpig tu bukan nama orang dan lisa tu pon bukan nama sebenar lisa. nama dia zaman berkerak sebelum renovate muka panpriya, bloink je gigih mcm la tak penah kutuk kumpulan lain dgn panggilan jelik. dan ape sangat panggilan jelik dgn perbuatan bermatian menyokong kumpulan takde moral lol. yg jonghyun tu kira biadap la gelak orang dah mati
Quote mieymiey 23-2-2021 12:10 PM
Janna bagaimanapun tampil membuat laporan polis bagi mempertahankan diri pada tengah malam Ahad kerana mendakwa difitnah.


Sheols difitnah apa tu chuols??
Quote irvene 23-2-2021 12:11 PM
bakingsoda replied at 23-2-2021 12:07 PM
blackpig tu bukan nama orang dan lisa tu pon bukan nama sebenar lisa. nama dia zaman berkerak se ...

ada gambar muka asal lisa tak?
Quote electricopop 23-2-2021 12:15 PM
MadameOnion replied at 23-2-2021 11:55 AM
janna ni hilang terus dari industri hiburan pun takpa...bakat so so je pun..takda yg istimewa...rama ...

Kan... tah apa yg depa suka sgt tgk dia host, nyanyi and berlakon ni.Biasa je...
Quote msdummy.2018 23-2-2021 12:19 PM
Peminat Kpop lancar gerakan 'report' akaun Instagram dan Twitter Janna Nick sehingga aktres itu tidak boleh lagi mengakses laman sosialnya.



Aku fhm dah kenapa cyst rejct dia
Quote YomiuriLandMae 23-2-2021 12:22 PM
rileks je la janna.. dah kau sndri carik pasal kan.. ntah2 melodi ahad ni pun kau xde.. ye la takkan nak tebal muka plak kan..
Quote bakingsoda 23-2-2021 12:23 PM
irvene replied at 23-2-2021 12:11 PM
ada gambar muka asal lisa tak?





jennie tu pon dulu muka anak melayu pprt time maghrib tak reti2 nak balik rumah lagi
Quote doubleA 23-2-2021 12:29 PM
Pengajaran utk retis lain. susah nak bina nama, bila dikemuncak, dek sombong dan angkuh makan diri balik. Mek jannah ni banyak kontroversi cuma sebelum ni tak sedasyat penangan kpopers. Buat video minta maaf pun masih sombong, buat sebab terpaksa. Rasa la penangan pentaksub kpopers.
Quote merrissa 23-2-2021 12:37 PM
Edited by merrissa at 23-2-2021 02:12 PM
bakingsoda replied at 23-2-2021 12:23 PM
jennie tu pon dulu muka anak melayu pprt time maghrib tak reti2 nak balik rumah lagi

alahai bese la zaman xde duit, xde mekap, muke bese2

retis msia pon sama, .berkerak habis...bila kaya raya..ok je

janna nick tak tahu la..maybe dari kecik dah kaya...so muke x berkerak la kot

done back up
Quote mamajawie 23-2-2021 12:44 PM
bakingsoda replied at 23-2-2021 12:23 PM
jennie tu pon dulu muka anak melayu pprt time maghrib tak reti2 nak balik rumah lagi

sapo nihhhhh????????

Quote enot_sibudak 23-2-2021 12:47 PM
bakingsoda replied at 23-2-2021 12:23 PM
jennie tu pon dulu muka anak melayu pprt time maghrib tak reti2 nak balik rumah lagi

Muka Lisa sebelum renovate mmg muka siam hat juai so tam kt danok.. Bkn ala2 siam patani hat lawa gila tu..
Quote cikpuanviolet 23-2-2021 01:14 PM
bakingsoda replied at 23-2-2021 12:23 PM
jennie tu pon dulu muka anak melayu pprt time maghrib tak reti2 nak balik rumah lagi

Tu pun blonk kata lisa muka original, takde ps uols. Hahahahaha
Quote September14 23-2-2021 01:15 PM
Janna kau senyap je dulu jgn di layan fanataik tu sume...
Quote irvene 23-2-2021 01:29 PM
bakingsoda replied at 23-2-2021 12:23 PM
jennie tu pon dulu muka anak melayu pprt time maghrib tak reti2 nak balik rumah lagi

tq. ok nak gambar jennie plak. hahaha

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062202 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top