CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Masak' Duit Dalam Periuk Nasi, Biar Virus Covid-19 Mati

23-2-2021 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1912| Komen: 4

Description: Seorang peniaga di Atambua, Nusa Tenggara Timur menggunakan periuk nasi elektrik untuk ‘menyahkuman’ pada duit kertas sebagai langkah pencegahan Covid-19.
Seorang peniaga di Atambua, Nusa Tenggara Timur menggunakan periuk nasi elektrik untuk ‘menyahkuman’ pada duit kertas sebagai langkah pencegahan Covid-19.

Lapor Tribunnews, anak peniaga tersebut, Aldi Natanael Tandjung berkata, kaedah itu sering digunakan ibu dan bapanya yang mengusahakan penjualan alat ganti motosikal setiap kali menerima duit daripada pelanggan.




“Awalnya saya berasa pelik mengapa ibu dan bapa membawa periuk nasi itu ke kedai dan rupanya mereka menggunakan alat memasak tersebut bagi menyahkuman pada duit kertas.

“Mereka percaya dengan cara itu, virus Covid-19 yang mungkin terdapat pada permukaan duit kertas akan mati akibat haba panas,” katanya.

Aldi kemudiannya memuat naik gambar periuk nasi tersebut dalam media sosial dan mendapat pelbagai reaksi pengguna.

Antaranya mencadangkan supaya Aldi membelikan alat sinar ultra ungu yang kini mudah di dapati dalam pasaran untuk mematikan kuman pada permukaan objek termasuk duit kertas.


Mereka berpendapat penggunaan alat sinar ultra ungu adalah lebih selamat berbanding periuk nasi.

Kebanyakannya melahirkan kebimbangan jika duit itu terbakar dan keluarga tersebut akan mengalami kerugian.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 23-2-2021 01:06 PM
Macam-macam hal mereka ni
Quote epuepy 23-2-2021 01:36 PM
Bebal kuasa 20.  
Quote LadyCarefree 23-2-2021 01:57 PM
Baiklah ko buat bleach mixture dan sembur. Murah dn senang.
Quote ahi_mason313 9-3-2021 12:28 PM
pergh...biar betul

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.045811 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top