CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Guna Kelebihan Buat Kek Bantu Orang Susah" - Zara Zya

9-2-2021 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7819| Komen: 38

Description: Pelakon dan usahawan, Zara Zya tampil melakukan inisiatif tersendiri di dalam usaha membantu golongan yang memerlukan dengan menjual kek pisang hasil air tangan sendiri.


Pelakon dan usahawan, Zara Zya tampil melakukan inisiatif tersendiri di dalam usaha membantu golongan yang memerlukan dengan menjual kek pisang hasil air tangan sendiri.

Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin,35, kek pisang yang dijual dengan harga RM10 sebiji itu menggunakan modal sendiri dan hasil jualan akan disumbangkan kepada mereka yang layak menerimanya.



“Sepanjang tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dikuat kuasakan ketika ini, penggambaran ditangguhkan dan pergerakan menjadi terhad. Jadi, selain menguruskan restoran, saya mencari masa dengan membuat kek pisang dan dijual kepada orang ramai secara dalam talian.

“Kiranya mereka yang membeli kek ini sekaligus melakukan kerja amal. Hasil jualan akan disalurkan ke dalam dana Zara Prihatin dan akan diberikan kepada golongan susah yang terkesan akibat pandemik.

“Misalnya para pelajar yang terkandas di semenanjung, mereka yang kehilangan pendapatan selain petugas barisan hadapan. Pembeli boleh beli atau membuat tempahan menerusi Instagram.

“Agihan bantuan pula saya agihkan secara berperingkat dan mengikut sasaran,” kata pemilik ZaraZyaCooks ini.

Mahu menyumbangkan sesuatu kepada golongan yang terjejas, bintang drama Calon Menantu Tuan Rumah ini juga menambah inilah masa untuknya melakukan sesuatu dengan apa adanya.



“Sebelum ini pun saya terfikir juga, apalah cara yang ada untuk saya bantu masyarakat yang terkesan dengan situasi sekarang. Jadi, saya gunalah kebolehan membuat kek demi mengumpul dana.

“Orang ramai bukan sahaja boleh makan kek pisang resepi saya, malah pada masa sama turut melakukan kebajikan. Harganya juga mampu milik dan harapan saya moga sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit-sebanyak mampu meringankan beban sesetengah orang, insya-Allah” katanya.


Sumber: Media Hiburan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 9-2-2021 04:50 PM
minah ni bkn buat dagu dah ke?

haaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote farhani87 9-2-2021 04:54 PM
Okey lah tu. Pandai buat kek pisang. Iolsss byk kali try mesti tak gebu. Kenapa entah. Padahal buat kek lain okey jer rasa. Kek pisang ni x pernah jadi.
Quote bondeh 9-2-2021 04:57 PM
Nak komen cantiknya sheolls now... tapi cantik nampak fake semua yachhhh
Quote mamajawie 9-2-2021 05:16 PM
bondeh replied at 9-2-2021 04:57 PM
Nak komen cantiknya sheolls now... tapi cantik nampak fake semua yachhhh

ada duit semua menjad sis..even si jehan pun leh teratur gigi dia tu..hehe

Quote minguk 9-2-2021 05:18 PM
guna termomix ke?
Quote EvieWanKenobi 9-2-2021 05:20 PM
berbaloi dengan harga..
tak la cekik darah macam kek mamasab..
Quote bondeh 9-2-2021 05:21 PM
mamajawie replied at 9-2-2021 05:16 PM
ada duit semua menjad sis..even si jehan pun leh teratur gigi dia tu..hehe

Ituler mama... jihan tuh contoh terbaik. Habis direnovate muka sheolls ahaks
Quote mamajawie 9-2-2021 06:25 PM
bondeh replied at 9-2-2021 05:21 PM
Ituler mama... jihan tuh contoh terbaik. Habis direnovate muka sheolls ahaks

2nd top list si minik soeb tu..lain btul kejadian..haha
Quote missyL 9-2-2021 07:07 PM
farhani87 replied at 9-2-2021 04:54 PM
Okey lah tu. Pandai buat kek pisang. Iolsss byk kali try mesti tak gebu. Kenapa entah. Padahal buat  ...

Ot jap.

I dulu pn xjadi sgt.
Pastu i try ikut btol2 sukatan pisang tu. Haha. Baru jadi..
Pengalaman iols la
Quote farhani87 9-2-2021 08:39 PM
missyL replied at 9-2-2021 07:07 PM
Ot jap.

I dulu pn xjadi sgt.

Oh yeke. Patutlah. Iols selalu derhaka resepi. Tak reti nak agak pisang saiz besar ke kecil. Jenis pisang pun x kenal.
Quote missyL 9-2-2021 10:37 PM
farhani87 replied at 9-2-2021 08:39 PM
Oh yeke. Patutlah. Iols selalu derhaka resepi. Tak reti nak agak pisang saiz besar ke kecil. Jenis ...

U ikut sukatan cawan sng..
Klo ckp satu cawan je pisang. U lenyek2 secawan.. Jgn lbih2..
Nti jadi bingka.. Haha
Quote iza_yuss 9-2-2021 10:42 PM
favorite aku kek pisang gebu gebas ni.... tiba2 lapar malam2 ni

Quote biozipstar 9-2-2021 10:49 PM
bagus banyak duit lebih walaupun PKP dan x nampak dia berlakon...
Quote fadz84 9-2-2021 10:57 PM
farhani87 replied at 9-2-2021 04:54 PM
Okey lah tu. Pandai buat kek pisang. Iolsss byk kali try mesti tak gebu. Kenapa entah. Padahal buat  ...

Try resepi ni.. I buat menjadi gebu..
4 biji pisang medium, 3 biji telur, 1 3/4 cwn tpg naik sendiri, 1/4 cwn tpg jagung, 1 cwn gula, 1 cwn minyak, 1 tsp soda bikarbonat, secubit garam.

Pukul tlr & gula smpai kmbg, masuk pisang yg dh lenyek, gaulkan. Masukkan tepung & gaul lg. Lastly masuk minyak, kaup balik hingga sebati. Bkr 45min guna api sederhana.
Quote CiliPadiSedap 9-2-2021 11:13 PM
farhani87: Okey lah tu. Pandai buat kek pisang. Iolsss byk kali try mesti tak gebu. Kenapa entah. Padahal buat kek lain okey jer rasa. Kek pisang ni x pernah jad ...

Adik pakai pisang monyet kut? Lain kali buat kek pisang guna pisang sesikat
Quote CiliPadiSedap 9-2-2021 11:17 PM
Nak masak kek pisang senang je, masa bancuh pisang tu klu nk lembut empuk buang kulit simpan balut plastik dalam peti sejuk. Tujuan nya nanti rasa pisang kekal segar dalam adunan kek. Lepas tu pastikan suhu micro oven tu 190darjah celcius. Jangan guna tupperware takut rentung tupperware tu dalam oven. Gunakan mangkuk keluli khas untuk masak kek

Esoknya bila pisang dh keluar dari peti ais, boleh lh siap2 pg kedai bakeri beli kek pisang. .

Senang je kan resipi kaka. Yang penting jimat masa jimat duit
Quote Nham22 9-2-2021 11:18 PM
bondeh replied at 9-2-2021 05:21 PM
Ituler mama... jihan tuh contoh terbaik. Habis direnovate muka sheolls ahaks

Jihan tu bukan buat gigi ja ka n suntik kasi putih... Die ade buat lain2 jua ka
Quote hotmak 9-2-2021 11:19 PM
dulu dia ada kedai makan kan, tutup dah ke? rajin dia berniaga makanan, pandai masak kan
Quote CiliPadiSedap 9-2-2021 11:19 PM
fadz84 replied at 9-2-2021 10:57 PM
Try resepi ni.. I buat menjadi gebu..
4 biji pisang medium, 3 biji telur, 1 3/4 cwn tpg naik sen ...

Garam tu nk cubit halus ke kasar? Takut masin kek pisang

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.073375 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top