CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Saya, Adik Saya Yang Komen" - Erul Samah

9-2-2021 09:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14444| Komen: 67

Description: Penyanyi dan pelakon, Erul Samah berdepan kecaman dan sindiran netizen apabila dilihat kerap kali meninggalkan komen di Instagram ramai selebriti termasuk Instagram RAP Harian Metro, @myhmrap.
Penyanyi dan pelakon, Erul Samah berdepan kecaman dan sindiran netizen apabila dilihat kerap kali meninggalkan komen di Instagram ramai selebriti termasuk Instagram RAP Harian Metro, @myhmrap.

Erul ketika dihubungi berkata, akaun Instagram miliknya itu dikendalikan dia bersama adiknya. Namun, dia tidak menyangka adiknya akan melakukan tindakan agresif dengan meninggalkan komen di pelbagai Instagram milik orang lain.


Kredit foto: IG Erul

"Jadi, orang ingat saya yang menulis komen itu. Sebenarnya bukan saya, tapi adik saya sebab dia juga mengendalikan Instagram saya. Jadi, saya tak tahu dia menjadi agresif dengan meninggalkan komen di banyak tempat," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Erul, melihatkan situasi yang sudah berlaku, dia akan meneruskan apa yang dirasakan tepat untuk dilakukan.

"Saya akan ikut saja sebab benda pun dah jadi. Nak berhenti pun, orang dah bercakap dan kecam macam-macam. Kalau saya komen, mereka cakap macam-macam. Bila saya tak komen, ada yang cakap mereka rindukan saya pula. Jadi, saya ikut saja mana-mana yang betul dan sepatutnya," katanya yang akan melancarkan single terbaru berjudul Tak Bisa hujung bulan ini.




Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wtvmjls 9-2-2021 09:33 PM
dah lama perasan tapi kelakar la sampai ada article
Quote Normabaru 9-2-2021 09:55 PM
Komen xnmpk cerdik tp janji selamat diri ye dak
Quote blue^panther 9-2-2021 10:13 PM
lor, pelakon dan penyanyi ker??? nampak jugak bersepah komen dia kat ig....
Quote woven11 9-2-2021 10:21 PM
Si mamat ni mmg merata tinggalkan comment. Heols selalu jadi terawal yg comment pulak tu. Mcm 24hours dgn socmed je. Haha ni mo nak upkan diri sendiri ke
Quote stinger.baik 9-2-2021 10:27 PM
apa yg dia komen?

komen2 dia bernas cam komen aku tak?

haaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote YomiuriLandMae 9-2-2021 10:30 PM
dkt IG mstaronline dah kena bahan dah dia ni..
Quote biozipstar 9-2-2021 10:48 PM
hahahaa mana muka adik kau? hahahhahahahhaa
Quote Mulotkoyak 9-2-2021 10:51 PM
Xknl...hrp ke lombong
Quote Ninjamommy 9-2-2021 10:52 PM
Lawak pulak {:run
Quote Mawar91 9-2-2021 10:57 PM
Edited by Mawar91 at 9-2-2021 11:01 PM

Penyanyi & pelakon? Sumpah x tau drama ape berlakon,lagu ape die nyanyi.Bekas pelajar AF je kan tpi bio kat IG macam2.Ke meols yg tertinggal train die ade kuar produk?Lantak ko la labu.Ingt meols sorg je notice pasal ni rupenye ramai lagi.
Quote bondeh 9-2-2021 10:58 PM
Heolls bekas artis tak menjadi ke.. memula masuk mentor jadi protege si Jac.. pastu masuk AF pun ke laut dalam juaaaaaa
Quote clara_nur 9-2-2021 11:04 PM

meolss punya menyampah tgk asek nama dia jer komen kt semua iG2 news ni..
last2 meolls block terus nama diaaa..
Quote anilanil 9-2-2021 11:08 PM
Adik ko boring giler kot pkp ni sampai phone berjahit di tangan..
Quote pipinky 9-2-2021 11:33 PM
komen pun jadi berita ke?
Quote jajamis 9-2-2021 11:38 PM
Hahahha mmg mana-mana ada je komen dia
Quote EncikRhoma 9-2-2021 11:39 PM
"ada yang cakap mereka rindukan saya pula"
Bapok mana yg rindukan kau tu?
Quote no_el 9-2-2021 11:40 PM
Apa nickname dia
Quote awenda507 9-2-2021 11:41 PM
Adui aku lgsg x knl sape ni
Quote babycc 9-2-2021 11:41 PM
Ape je die komen? Contoh?

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.103075 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top