CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Alahai Anak, Suruh Baca Buku Je Pun Sampai Berguling Buat Drama Air Mata!

9-2-2021 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3175| Komen: 12

Description: Kanak-kanak dan permainan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Mana tidaknya, di usia ini mereka sangat aktif dan cederung meneroka sesuatu yang baru.
Kanak-kanak dan permainan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Mana tidaknya, di usia ini mereka sangat aktif dan cederung meneroka sesuatu yang baru.

Tapi, kalau sebut saja soal belajar, pasti ramai yang mula buat perangai seperti budak lelaki ini.



Kredit foto: TikTok

Menjengah ke sebuah perkongsian pengguna TikTok  @mamisafwan, kedengaran suara seorang ibu menegur anak lelakinya untuk membaca buku.

Tak semena-mena kanak-kanak berusia lima tahun itu terus berguling menangis sambil merajuk menghadap dinding. Si ibu pula masih tidak berhenti membebel tatkala melihat anaknya yang cukup pandai 'berdrama' bila diminta membaca buku.



Tidak cukup dengan itu, budak itu memberi alasan penat apabila perlu membaca buku yang banyak sambil mata masih mencuri-curi tengok handphone.


Kredit foto: TikTok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian berkenaan. Mana tidaknya, masing-masing juga mengatakan perangai budak itu tidak ubah seperti anak mereka. Panjang akal!


Sumber: Kisah Dunia


Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 9-2-2021 02:44 PM
Sebab tu sukar untuk membuat pembelajaran atas talian dari rumah bukan semua budak tekun dan disiplin nak belajar.  Tetap untuk belajar lebih baik di sekolah terutama yang seusia tu.
Quote ceria611 9-2-2021 02:47 PM
ya allah, anak aku camni la jugak suruh baca iqra..
sabar aje laa.. doa harap2 soon dia okay
Quote bluebutter 9-2-2021 02:50 PM
One word.


Spoil brat!.

Mak dia apsal marah2. Ckp lemah lembut sure anak mahu dgr. Ini rekod sambil marah.
Quote GigaMom 9-2-2021 07:15 PM
Omaiii
Anak ai pun sama
Byk dramaaa

Dia x suka tidur petang dr kecil
Tapi bila buka buku
Boleh berdengkur2 jadinya
Quote stinger.baik 9-2-2021 08:27 PM
kecik2 paksa anak baca buku

bila ko da tua esok

anak paksa makan ubat mak bapak lak tak nak makan

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote noor2 9-2-2021 08:33 PM
Hehe...percayala...beso nanti dia rajin la baca buku... kalau betul cara didikan la...

Budak2 mmg susah nk suruh baca buku kalau dema x nak... tambah2 ada gajet atau hp...
Quote farhani87 9-2-2021 09:06 PM
Ya Allah sama mcm anak iols.  Stress wehh. Rasa mcm dah kenapa kau nak nanges. Suruh baca jer pun.
Quote makita 9-2-2021 09:28 PM
Umo 5 tahun mak kene baca kan buku kat ank. Ank umo 7 tahun baru ada readiness utk baca buku sendiri. Even ank meols umo 9 tahun pon akan baca buku kalu meols yang monitor...nak harap baca sendiri mmg tak la
Quote mizzmimi 9-2-2021 10:03 PM
Spoilt brat. Tu je nak cakap. Yang mak pon salahkan apak punya perangai menurun konon. Siyeslah perangai mak bbnu
Quote Jorja 11-2-2021 07:07 AM
Euw kecik2 dah buka aib anak.. tunjuk kt semua org anak dia pemalas
Quote iman_kasih 11-2-2021 08:32 AM
Comel je tengok dia menonggeng & ngadap dinding tu..dah serupa kene grounded. Budak umur macam ni tak perlu nak paksa2 sangat pun. Mak ayah kene duduk sekali baca sama2. Tapi bahaya jugak kalau bagi main fon lama.
Quote star_karat 12-2-2021 11:44 PM
Kat rumah mak bapak pun takda budaya baca buku dah tu nak suruh budak 5 thn main2 buku? Klu kat rumah bertindih buku, kejap2 parents baca buku, budak pun happy jer dpt buku. Lagi dia suruh beli mcm2 buku..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.047124 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top