CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Isu Baling, Kotak Pesanan Kurier Pula Disarung Seluar Dalam

9-2-2021 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7749| Komen: 40

Description: Kecewa terima kotak pesanan kurier disarung seluar dalam KOTAK pesanan dari Station 18, Ipoh yang diterima seorang wanita yang disarung seluar dalam yang tular dalam media sosial hari ini. - MEDI ...
Semakin banyak kisah tidak enak menyelubungi perkhidmatan kurier sejak kebelakangan ini.

Selepas kisah staf kurier mencampak barang pelanggan, timbul pula cerita kotak pesanan bersarung seluar dalam oleh syarikat sama.


Kisah itu dikongsi pengguna Facebook Mamaayu Admia Ayunormaslinda, 32, tular sejak kelmarin.



Katanya, kotak barang yang dipesan dari Station 18 di Ipoh itu diterima suaminya sekitar jam 7 malam dalam keadaan kemek, terbuka dan tidak dibungkus serta disarung seluar dalam berwarna merah jambu.

“Pada mulanya suami tidak sedar yang itu adalah seluar dalam sebaliknya menyangkakan ia adalah stokin.

“Dia sempat bertanya kepada pekerja syarikat berkenaan, mengapa kotak pesanan itu dalam keadaan sedemikian namun mereka mendakwa tidak tahu sebaliknya ia memang diterima dalam keadaan itu,” katanya kepada Utusan.

Menurutnya, dia ada berhubung dengan penjual di Station 18 berhubung perkara itu yang mana mereka memberitahu telah menghantar pesanan berkenaan ke Melaka dalam keadaan baik dan berbungkus.

Katanya, dia juga ada merujuk mengenai perkara itu di pejabat syarikat penghantaran tersebut di Batu Berendam dan mereka memaklumkan akan menyiasat insiden berkenaan.

“Sebagai pembeli, saya kecewa apabila menerima bungkusan yang dipesan dalam keadaan rosak tambahan lagi ia turut disarungkan dengan seluar dalam.

“Sehingga sekarang saya tidak faham mengapa pekerja syarikat itu tidak menanggalkan terlebih dahulu seluar dalam itu sebelum menghantar pesanan kepada kami? Tindakan mereka sangat keterlaluan,” katanya.


Sumber: UTUSAN ONLINE


Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 8-2-2021 09:07 PM
jin dan tonik

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote putericahaya999 8-2-2021 09:17 PM
Jay and teeee lagi keee
Quote hasniey 8-2-2021 09:26 PM
Complaint nnt merintih "korang xpaham sakitnya keje courier.kami ditindas.hanya yg prnah keje je paham perasaan kami"
Abes tu brg org yg rosak sapa nk ganti?ko pikir ko je xcukup gaji.ko pikir keje ko je yg susah.
Entah2 brg dlm tu org kumpul duit brbulan2 bru dpt beli.kalau dr shopee boleh jgk claim refund.kalau jenis yg beli dr fb ke ig ni?kalau brg tu makcik2 pakcik2 punya?mne diorg tau sgt nk refund2 ni

Dr nak kesian naik meluat dgn diorg ni.suh g pejabat buruh xnak.xpercaya.tp dh pergi ke belum?ke dgr2 ckp org je?
Kwn ai boss xbyr ot brbulan2.g pjbt buruh buat kes,dpt balik duit dia.mmg la kene buang keje.
Kalau korg brenti ramai2 lagi brkesan.pastu buat la gofund me ke apa.rakyat malaysia ramai kot yg pemurah
Quote depresio 8-2-2021 09:33 PM
Orang baru nak kagum n kesian dgn geng rider geng jnt bikin hancus semua

Jangan lepas ni org benci ngan geng2 rider dahla  korg punya pasal dahla geng food panda pon skrg da byk komplen bila makin ramai yg terdesak buat keje sbb terdesak tu la jadinya
Bukan sbb ikhlas
Quote Cyempaka 8-2-2021 10:42 PM
Kena siasat jgk ni. Takut fake je. Ramai je acik2 attention seeker gigih buat cerita sekarang ni. Sebab nampak xlogik sangat.
Sekarang ada grup j&t buat hal apa hari ni. Dapat dilihat ramai jgk yang jenis attention seeker je. Benda xde apa sangat pun nak upload acah2 marah. Konsep sama macam grup masak xjadi apa benda tu.. bila lama2 banyak yang fake dan lapar like je
Quote SepupuBen10 8-2-2021 10:55 PM
Susah handle drebar dan rider ni..sbb mentaliti diorg lain mcm sikit
Quote notM 8-2-2021 11:00 PM
SepupuBen10 replied at 8-2-2021 10:55 PM
Susah handle drebar dan rider ni..sbb mentaliti diorg lain mcm sikit

Mim lam alif waw ya punya mentaliti.
Quote Cari-Mod 8-2-2021 11:00 PM
Quote Cari-Mod 8-2-2021 11:01 PM
Quote Cari-Mod 8-2-2021 11:01 PM
Quote Cari-Mod 8-2-2021 11:02 PM
Quote wikedsaikel 8-2-2021 11:15 PM
Tahan je hati dari bersangka buruk yg ni kerja pekerja yg masa sekoloh sekoloh dulu budak kelas yg degil dan angkuh dengan cikgu cikgu.
Dah kerja pun sambung buat perangai.
Ni mujur musim covid tau, kau dapatla kerja. Kalau tak dah lama mereka bawa masuk bangla ke myanmar.
Dapat apa macam ni.
Tak nak pergi pejabat buruh sebab apa?
Yg cerdik cerdik tu tolong lapor supaya tak berterusan macam ni.
Quote R2D2 8-2-2021 11:16 PM
dekat gudang ada CCTV
boleh check balik
Quote stinger.baik 8-2-2021 11:18 PM
hasniey replied at 8-2-2021 09:26 PM
Complaint nnt merintih "korang xpaham sakitnya keje courier.kami ditindas.hanya yg prnah keje je pah ...

betul keje kurier ni susah

kena ada phd baru leh jadi keje kurier ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote stinger.baik 8-2-2021 11:18 PM
sbb tu jngn beli ngn shopee

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote SepupuBen10 9-2-2021 09:06 AM
notM replied at 8-2-2021 11:00 PM
Mim lam alif waw ya punya mentaliti.

Salah ejaaaa
Quote Rogue98 9-2-2021 09:14 AM
Pelik husband dia ingat tu stokin....
Quote notM 9-2-2021 09:55 AM
SepupuBen10 replied at 9-2-2021 09:06 AM
Salah ejaaaa

Mim lam alif ya waw punya mentaliti
Quote notM 9-2-2021 09:56 AM
Rogue98 replied at 9-2-2021 09:14 AM
Pelik husband dia ingat tu stokin....

Sebab Tak sangka benda tu spende.

Cuba utk husnuzon

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.052355 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top