CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 Tahun Tunggu, Anak Diberi Nama 'Alhamdulillah Rejeki Hari Ini'

9-2-2021 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4013| Komen: 24

Description: Pasangan dari Yogyakarta memberi nama unik untuk bayi mereka iaitu 'Alhamdulillah Rejeki Hari Ini'.
Pasangan dari Yogyakarta memberi nama unik untuk bayi mereka iaitu 'Alhamdulillah Rejeki Hari Ini'.

Memetik laporan Detik News, Didit Saputro, 39, dan isterinya Meidiana, 35, dari Bantul memberi nama itu bagi meluahkan rasa syukur selepas tujuh tahun mencuba mendapatkan zuriat.




"Kami tunggu tujuh tahun sejak pernikahan pada 2012, tetap Alhamdulillah kami diberi rezeki bayi lelaki pada 7 September 2019," katanya.

Didit yang merupakan jurufoto profesional berkata, isterinya menjalani kaedah rawatan kesuburan di hospital termasuk rawatan alternatif seperti perubatan tradisional.

"Semasa dalam usaha mendapatkan anak, isteri ditimpa kemalangan motosikal pada 2018 hingga mengalami patah kaki.

"Kerana isteri enggan menjalani pembedahan, kami memilih rawatan tradisional di Borobudur. Tukang urut memberitahu isteri mengalami masalah saraf dan sukar untuk hamil.


"Isteri perlu menjalani rawatan hingga November 2018 dan akhirnya pada Februari 2019, kami mendapat berita gembira apabila isteri disahkan hamil dua bulan.

"Ya, saya benar-benar tidak menyangkakannya. Semua yang berlaku kerana izin daripada Allah SWT," katanya.


Kredit foto: antaranusa.com

Sebelum ini, kunikan nama bayi itu menjadi bualan hangat masyarakat termasuk warga maya selepas kad pengenalan diri bayi tersebut tular.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Punat_button 9-2-2021 01:04 PM
Nanti IC budak ni boleh bawa masuk jamban tak?


Quote zuuu 9-2-2021 01:06 PM
Kesian pulak kat ko baby,mesti kena sakat ngan kawan2 bila masuk sekolah nanti...dh besar nanti ko wat permohonan tukar nama ye
Quote stinger.baik 9-2-2021 01:06 PM
anak dia lantak dia la nak letak nama apa

dah tua esok panggilan dia om mas pak kang juga

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Artemesiaa 9-2-2021 01:11 PM
Dah minat dia orang suka bagi nama yang bukan biasa2.  Btw Bantul cantik areanya ni ada Hutan Pinus.
Quote Decaffeinated 9-2-2021 01:39 PM
Kalau di Thailand nama IC ni guna atas kertas ja. Kawan2 ofis pun kdg2 tak tau nama rasmi. 99% wajib ada nick name.

Aku saspek budak ni pun wajib ada nama jawa dia.
Quote lavendernovella 9-2-2021 02:14 PM
Happy baby with happy father...  cerah dunia.
Quote whadda 9-2-2021 05:47 PM
Boleh la bagi nickname rizq.. tak pon ari.. tak pon dulil

Ape le mak bapaknye tak pikir masa depan anak.. budak2 kan suka mengejek time sekolah
Quote jiwasemangat 9-2-2021 05:52 PM
Comel bangat.. baby nya..
Quote farhani87 9-2-2021 05:55 PM
Kelakar juga eh. Main letak jer nama mcm tu.
Quote darkness 9-2-2021 05:55 PM
Alhamdulillah...
Quote Punat_button 9-2-2021 05:57 PM
sudah sampai masanya indon memperkenalkan undang2 melarang nama yang mengada2 contohnya berbentuk ayat sepanjang karangan seperti 'Aduh! Sakitnya tuh di sini dong...' dll


Quote salmon-suki 9-2-2021 06:48 PM
Bulat comel je baby nye... Alhamdulillah~ohhh Alhamdulillah~
Quote xLillyx 9-2-2021 06:59 PM
Haha comel apa
Quote Skuau 9-2-2021 07:16 PM
Gimana kalau namanya....Si Buta Dari Gua Hantu....pak???......
Quote MontanaHannah 9-2-2021 07:18 PM
Kalau sudah bodoh mesti tempias ke anak jua.
Quote misc 9-2-2021 07:24 PM
Kesian budak ni masa nak tulis nama kat buku latihan sekolah nanti.
Aku agak budak ni bila besar org panggil dia Jack saja. Urban sikit.
Quote LadyCarefree 9-2-2021 08:16 PM
Harap bukan anak bomoh
Quote clarizsa 9-2-2021 08:22 PM
Biarlah dia
Bukan semua org berkenan dgn nama dlm bhsa arab pun

Kalau di translate pun nama2 arab kelakar juga

Contoh nya Saif = pedang
Saifudin = pedang agama

Banyak lagi kelakar je kalau ditranslate
Quote clarizsa 9-2-2021 08:24 PM
zuuu replied at 9-2-2021 01:06 PM
Kesian pulak kat ko baby,mesti kena sakat ngan kawan2 bila masuk sekolah nanti...dh besar nanti ko w ...

Kat sana ada ke perangai sakat nama org macam kat tanah air tercinta msia kita ni

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054915 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top