CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuk Dan Isteri Dah Berbaik! Hantar Rombongan Meminang Nak Pujuk Semula Sera

9-2-2021 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19803| Komen: 127

Description: Selepas tiga minggu berantakan, pelawak Shuk Sahar akhirnya berjaya memujuk isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah kembali berbaik pada malam Isnin.
Selepas tiga minggu berantakan, pelawak Shuk Sahar akhirnya berjaya memujuk isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah kembali berbaik pada malam Isnin.

Menurut Shuk, 35, mereka juga sudah kembali tinggal sebumbung di Puncak Alam, Selangor.

"Sebelum ini saya balik kampung melawat mak ayah saya di Pulau Pinang dan malam semalam (Isnin), saya betul-betul pujuk Sera (isteri) dan jelaskan semua benda pada dia.

"Kalau kita berani buat salah, kita jangan takut mengaku kesalahan dan cari penyelesaiannya.

"Sekarang saya akan buat apa sahaja yang terbaik sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak saya," katanya ketika dihubungi mStar.


Foto: mStar Online


Rumah tangga Shuk dan isteri dilanda kemelut apabila pelawak itu dikatakan curang dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Terdahulu, penyampai radio Hot FM ini membuat kejutan apabila melakukan live Instagram menghantar rombongan meminang isterinya sekali lagi pada malam Isnin.

Menerusi video itu, Shuk juga mengambil kesempatan memujuk isterinya agar kembali berbaik.

Dalam pada itu mengulas mengenai dakwaan netizen bahawa Shuk sengaja menjadikan konflik rumah tangganya sebagai gimik untuk sebuah produk kecantikan yang dijual isterinya, Shuk meminta orang ramai tidak membuat sebarang andaian.

"Semalam (Isnin) memang saya nak ambil kesempatan itu nak berbaik dengan isteri, sebab saya rasa ia masa yang sesuai dan ini juga merupakan idea pengasas produk tersebut, Joe.

"Pada saya, kita tak boleh nak betulkan semua orang (tanggapan orang).

"Takkanlah saya nak gunakan isu rumah tangga sendiri sebagai gimik," katanya.

Sementara itu, Shuk juga turut meluahkan rasa sedih kerana masih belum mendapat maklum balas dari pihak pengurusan Hot FM berkaitan penggantungannya.

Shuk digantung tugas bermula 25 Januari lalu sejak isu mengenai rumah tangganya kembali hangat diperkatakan dua hari sebelum itu.

"Sampai sekarang tiada feedback daripada Hot FM lepas saya dah beri surat balas kepada mereka.

"Sebenarnya, saya rasa tergantung juga la sebab tak tahu sampai bila status saya macam ini (tidak boleh bersiaran).

"Saya rindu sangat nak kembali on-air sebab saya dah empat tahun dengan Hot FM dan itu memang kerjaya utama saya," katanya.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimy yang berusia dua tahun. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 9-2-2021 02:16 PM
see u di labour room hujung tahun ni
Quote pearl.silver 9-2-2021 02:18 PM
Nmpk mcm yg kecoh2 aritu pun saja gimik nk naikkn bisnes bini ye..
Quote kawahapi 9-2-2021 02:21 PM
Jijik betul. Yang bini nye tu dok hadap lagi jantan macam ni why?
Quote stinger.baik 9-2-2021 02:22 PM
bagi je la kawin

syuk mampu

semua siaran tv muka dia

tahape yg lawak sngt tah

haaaaaaaaaaaaa
Quote lattehazelnut 9-2-2021 02:29 PM
Ok bella 2.0.. kau meroyan lg nanti mmg kena maki je la.. we will read ya to filth..
Quote slyfynx 9-2-2021 02:31 PM
Leh gi mam ye korang sefamily
Quote ceria611 9-2-2021 02:37 PM
geli aku. both attention seeker
Quote mamajawie 9-2-2021 02:45 PM
lantak ler mengkome..ujung2 si laki buang benih ngan betina garit tu si serai ni xpayah nk merentan lagi hokeyhh
Quote bluebutter 9-2-2021 02:47 PM
One word.

Geli!!!!!
Quote MissVixen 9-2-2021 02:49 PM
Sampah dua ekor ni.
Quote xLillyx 9-2-2021 02:51 PM
Couple menggelikan
Quote outcast 9-2-2021 02:52 PM
Hahaha kesian  porumers yg tolong menghanjingkan si syuk .
Quote helicornia 9-2-2021 03:02 PM
awanysss replied at 9-2-2021 02:16 PM
see u di labour room hujung tahun ni

yezzza
gaduh2 hujung2 kena pujuk raya, kena seround dua terus redha...
ujung2 pregnant
Quote rayray28 9-2-2021 03:09 PM
pearl.silver replied at 9-2-2021 02:18 PM
Nmpk mcm yg kecoh2 aritu pun saja gimik nk naikkn bisnes bini ye..

you got point...rasa2 kalau gini ghope mmg iye laa tu
Quote opie5662 9-2-2021 03:11 PM
Semoga si laki menggatal lagi pas ni supaya si bini leh viral.. Lpas tu buat review.... Bye felicia
Quote captainQUE 9-2-2021 03:12 PM
Sedap sangat kut syuk ni kat ranjang Tu yang wife Sanggup maaf kan biarpun berkali2 Dah curang...
Scandal pun tetap hadap...
Quote Normabaru 9-2-2021 03:19 PM
Ko pujuk pon sbb netz maki hari tu smpi xcukup tanah ko nk lari kan..

Bkn heran sgt ko dgn bini ko.. Klu x.. Xde la ko biar dia cari ko kt rumah betina lain mcm cari kucing tengah malam..

History will repeat itself again

So baikla postmortem baik2 klu nk hub kekal else, pisah baik2 cara matang..

Si syuk ni pada kaka level kaki je.. Blh cari better...
Quote jalfa 9-2-2021 03:26 PM
Sbb tu kalo laki bini gaduh tengok jah..x payah side mana mana pehak...sbb kalo kita masuk campor bg nasehat ujung ujung bila diaorg berbaik kita yg salah sebab cerca toklaki depa
Quote caprut 9-2-2021 03:26 PM
kawahapi replied at 9-2-2021 02:21 PM
Jijik betul. Yang bini nye tu dok hadap lagi jantan macam ni why?

Jgn kan bini syuk. Bersepah je perempuan melayu mcm dia ni. Laki pemalas, biawak, ngesex tak kisah janta betina. Dapat tau marah jantan tu, marah perempuan or pondan tu. Then hidp mcm biasa balik.

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.244600 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top