CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cubaan Pukau Melalui Telefon, Caprice Kongsi Kisah Bomoh Koyak Kena Tarbiah

10-2-2021 12:19 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4966| Komen: 10|Original author: Oleh: natrahn

Description: Pukau adalah jampi serapah atau ilmu sihir bertujuan memabukkan atau membuat orang tidur. Akibat dipukau, mangsa boleh mengalami trauma dan bingung kerana tidak mengingati apa yang berlaku.


Pukau adalah jampi serapah atau ilmu sihir bertujuan memabukkan atau membuat orang tidur. Akibat dipukau, mangsa boleh mengalami trauma dan bingung kerana tidak mengingati apa yang berlaku.


Pukau boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah melalui hembusan asap rokok, renungan mata, senyuman, minuman, telefon (percakapan atau mesej), bersalaman, angin, tepukan dibelakang, serta membuang najis, telur busuk, atau pakaian buruk dihadapan rumah mangsa.


Kredit foto: Google


Penulis lagu dan ahli perniagaan Caprice, berkongsi kisah cubaan pukau melalui telefon oleh seorang bomoh di laman Instagram milik beliau.


Menulis di ruangan kapsyen, Caprice bomoh berkenaan cuba memperdayakannya dengan membuat cerita terlebih dahulu sebelum cubaan memukau atau menyihirnya.



Menerusi video itu, Caprice ditemani kenalan beliau yang merupakan seorang ustaz. Bomoh berkenaan dilihat enggan mengucapkan kalimah syahadah dan mengucap apabila disuruh oleh ustaz tersebut.


Malah, bomoh berkenaan dilihat berang dengan pertanyaan-pertanyaan yang diberikan oleh Ustaz tersebut.


Dalam pada itu, Caprice turut mendedahkan bahawa selepas membuat panggilan berkenaan, dia asyik menerima panggilan dari bomoh yang sama tidak henti-henti dan memohon Polis Diraja Malaysia untuk menyemak perkara ini.



Watak jahat ada di mana-mana dan sentiasa mencari cara untuk memperdayakan orang lain demi kepentingan mereka. Jadi, kita hendaklah sentiasa berhati-hati. Jika alpa kita akan menjadi mangsa. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 10-2-2021 12:35 PM
citer dongeng dari sorang penyanyi rap

haaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Itzy 10-2-2021 01:02 PM
stinger.baik: citer dongeng dari sorang penyanyi raphaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Memang ada kes macam ni mbak. Hati2 ye mbak kalau terangkat nombor fon tak dikenali. Ada yg pukau guna gambar pun ada. Hantar kat whatsapp lepas tu boom!
Quote stinger.baik 10-2-2021 03:18 PM
Itzy replied at 10-2-2021 01:02 PM
Memang ada kes macam ni mbak. Hati2 ye mbak kalau terangkat nombor fon tak dikenali. Ada yg puka ...

ko penah kene ke?

tu la ko tk jaga solat

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote stinger.baik 10-2-2021 03:19 PM
apasal thread rapper tak laku ni tak laku?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote Ain_h 11-2-2021 09:21 AM
Hm interesting
Quote salimrock 11-2-2021 03:07 PM
stinger.baik replied at 10-2-2021 12:35 PM
citer dongeng dari sorang penyanyi rap

haaaaaaaaaaaaaaaaaaa

50cents pernah di tembak dgn pistol, peluru hidup  5 kali tidak mati,


caprice bole la wat kisah dongeng kena pukau tak lut ...


Quote salimrock 11-2-2021 03:08 PM
rapper ni selalu modern, tp rapper malaysia percaya pada tahyul pula.....


carpice jgn bela saka ye atau toyol ye
Quote dua_chzy 11-2-2021 03:13 PM
Alahai kesiannya 7 (plus 1 jadik 8) poromer ja komen tered heols ('kesian' kat Kepris, bukan TT).
Quote salimrock 11-2-2021 03:29 PM
jual minyak wangi raudhah rupoanya
Quote stinger.baik 11-2-2021 04:45 PM
salimrock replied at 11-2-2021 03:07 PM
50cents pernah di tembak dgn pistol, peluru hidup  5 kali tidak mati,

tatap peminat waris rombau most wanted yaw

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.055908 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top