Pukau adalah jampi serapah atau ilmu sihir bertujuan memabukkan atau membuat orang tidur. Akibat dipukau, mangsa boleh mengalami trauma dan bingung kerana tidak mengingati apa yang berlaku.
Pukau boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah melalui hembusan asap rokok, renungan mata, senyuman, minuman, telefon (percakapan atau mesej), bersalaman, angin, tepukan dibelakang, serta membuang najis, telur busuk, atau pakaian buruk dihadapan rumah mangsa.
Kredit foto: Google
Penulis lagu dan ahli perniagaan Caprice, berkongsi kisah cubaan pukau melalui telefon oleh seorang bomoh di laman Instagram milik beliau.
Menulis di ruangan kapsyen, Caprice bomoh berkenaan cuba memperdayakannya dengan membuat cerita terlebih dahulu sebelum cubaan memukau atau menyihirnya.
Menerusi video itu, Caprice ditemani kenalan beliau yang merupakan seorang ustaz. Bomoh berkenaan dilihat enggan mengucapkan kalimah syahadah dan mengucap apabila disuruh oleh ustaz tersebut.
Malah, bomoh berkenaan dilihat berang dengan pertanyaan-pertanyaan yang diberikan oleh Ustaz tersebut.
Dalam pada itu, Caprice turut mendedahkan bahawa selepas membuat panggilan berkenaan, dia asyik menerima panggilan dari bomoh yang sama tidak henti-henti dan memohon Polis Diraja Malaysia untuk menyemak perkara ini.
Watak jahat ada di mana-mana dan sentiasa mencari cara untuk memperdayakan orang lain demi kepentingan mereka. Jadi, kita hendaklah sentiasa berhati-hati. Jika alpa kita akan menjadi mangsa. - CARI
|