CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19 Menular Ke 22 Wilayah Thailand

24-12-2020 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2743| Komen: 13

Description: Wabak Covid-19 di Thailand sudah menular ke sekurang-kurangnya 22 wilayah di negara itu dengan lebih 1,200 kes dikaitkan dengan pasar makanan laut di wilayah barat daya Samut Sakhon dilaporkan sehingg ...
Wabak Covid-19 di Thailand sudah menular ke sekurang-kurangnya 22 wilayah di negara itu dengan lebih 1,200 kes dikaitkan dengan pasar makanan laut di wilayah barat daya Samut Sakhon dilaporkan sehingga kini.


Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Sophon Iamsirithaworn berkata, lebih 6,300 saringan Covid-19 sudah dijalankan susulan jangkitan terbaharu di pasar makanan laut berkenaan.

"Hampir satu daripada lima ujian didapati positif Covid-19," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Dr Sophon berkata, sebanyak 65 kes dilaporkan di 22 wilayah di negara itu termasuk 16 kes di Bangkok diikuti Nakhon Pathom (10), Chachoengsai (enam), Samut Prakan dan Saraburi (masing-masing lima) dan Pathum Thani (tiga).

Foto: EPA


Kes indeks di pasar makanan laut dipercayai seorang penjual udang berusia 67 tahun yang didapati positif Covid-19 minggu lalu. Kebanyakan pesakit tidak bergejala.

Berikutan peningkatan kes, kerajaan Thailand mengenakan sekatan pergerakan dan perintah berkurung pada waktu malam di Samut Sakhon.

Sehingga kini, Thailand merekodkan 5,762 kes Covid-19 dengan 60 kematian.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk kes di asrama pekerja asing di Samut Sakhon, semalam,

Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) telah mengarahkan 437 sekolah dan 299 prasekolah serta tadika di dalam kawasan pentadbirannya ditutup selama 12 hari bermula esok sebagai langkah pencegahan Covid-19.

Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha, semalam mengarahkan pihak berkaitan untuk menubuhkan sebuah hospital lapangan dengan 1,000 katil di Samut Sakhon.

Prayuth yang juga Menteri Pertahanan juga mengarahkan pihak berkuasa untuk meningkatkan usaha menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara itu dan meningkatkan rondaan di sempadan negara. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 24-12-2020 10:44 AM
we love them all the same.... we love them all the same...
thailand is a land of compromise
Quote husna_amal 24-12-2020 11:55 AM
Thailand yang terkawal sebelum ni pun hadapi peningkatan kes sekarang ni.
Quote Denco 24-12-2020 11:59 AM
dan2 dia terus buat sekatan utk elak mnular
Quote Artemesiaa 24-12-2020 12:45 PM
Risiko bila mula buka sempadan terus kes mencanak naik
Quote badaksumbu 24-12-2020 12:53 PM
5762 kes je thailand?

malaysia dah 100k+-

omg

Quote rosasen 24-12-2020 02:16 PM
bagus la thailand..kes baru rendah pn terus lockdown
Quote Boomibulat 24-12-2020 02:54 PM
Raja diorang kena lari ke Jerman lg la pasni..sambil dikawal gundik2 Diraja..
Quote RatuDunia94 25-12-2020 10:06 PM
Thai aritu aman2 je siap buat Miss Thailand mcm xde apa2.. belah2 sana dgn vietnam kes rendah je.. ke propa?
Quote najib888 25-12-2020 10:09 PM
rosasen replied at 24-12-2020 02:16 PM
bagus la thailand..kes baru rendah pn terus lockdown

Sana tak dak blastoff versi kap kun kap.. ada kalu, berjabu dia semboq. Kes sikit, galak nak lockdown..
Quote ina_na 25-12-2020 10:10 PM
Kalo Thai pun dah kn.. Kita ni ape tah lg.. Dgn skt pak menteri yg kejap mcm tu kejap mcm ni. Rakyat lak ramai dah x ambik kisah bab covid ni.. Janji dpt p holiday.. Enjoy sana sini.. Serius seram
Quote awanearisu 26-12-2020 12:14 AM
Bila semakin meningkat bilangan saringan, akan semakin meningkat kes positif yang baru dikesan.
Selamat berjuang semula barisan hadapan negara jiran, Thailand.
Quote darkness 26-12-2020 01:43 AM
Denco replied at 24-12-2020 11:59 AM
dan2 dia terus buat sekatan utk elak mnular

Malaysia xbleh lockdown, netizen bising..katanya lockdown xberkesan. Haha
Quote farhani87 26-12-2020 06:20 PM
Rindunyaa nak pi hatyai. Makan2.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.046260 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top