CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Ada Banyak Wang Simpanan, Shiha Zikir syukur Dengar Nasihat Arwah Sharifah Aini

24-12-2020 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8453| Komen: 38

Description: Bersyukur kerana mendengar nasihat daripada seniwati Allahyarham Sharifah Aini, penyanyi Shiha Zikir mendedahkan kehidupannya tidak terjejas dalam musim pandemik Covid-19 disebabkan ada simpanan.
Bersyukur kerana mendengar nasihat daripada seniwati Allahyarham Sharifah Aini, penyanyi Shiha Zikir mendedahkan kehidupannya tidak terjejas dalam musim pandemik Covid-19 disebabkan ada simpanan.


Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, biarpun tiada lagi tawaran menyanyi seperti sebelum ini namun kehidupan hariannya tidak terjejas.


Foto: IG

"Alhamdulillah... walaupun dalam keadaan pandemik ini, kehidupan saya tidak la terganggu sangat. Sebab saya suka menyimpan seperti mana yang dipesan arwah Sharifah Aini.

"Arwah berpesan, setiap kali dapat bayaran kena beringat untuk simpan dalam 50 peratus duit bayaran yang kita dapat. Mula-mula itu memang agak berat nak buat tapi sekarang baru nampak kebaikan itu.


"Waktu sekarang ini memang susah nak dapat tawaran menyanyi, kalau sebelum ini boleh kata setiap minggu ada tawaran show luar. Jadi, simpanan saya buat selama ini sangat membantu.


"Tambahan pula dengan pihak TV dan produksi yang banyak panggil saya untuk berlakon. Alhamdulillah, perjalanan seni saya masih berjalan dengan lancar," kata Shiha kepada mStar.

Penyanyi berusia 33 tahun ini juga bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-38 pada Februari tahun hadapan menerusi lagu 7 Nasihat menggantikan penyanyi asal iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, Shiha mengakui tiada tawaran nyanyian telah membuka peluang untuk dia aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraan.


Melihat keadaan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir, pelakon telefilem Matilah Nak Pontianak ini mahu memberi tumpuan kepada bidang seni yang lain.

"Sekarang memang saya makin aktif dalam lakonan sebab sebelum ini saya dapat tawaran berlakon tapi tak dapat nak buat sebab jadual bertindih dengan show nyanyian. Sebenarnya saya suka menyanyi, berlakon dan mengacara.


"Tapi disebabkan pandemik, kurang tawaran nyanyian dan tak boleh nak ada aktiviti berkumpul ramai-ramai. Jadi, saya terima saya watak dan jalan cerita yang best. Macam mana pun, nyanyian tetap nombor satu.

"Cuma kedaaan sekarang, saya akan fokus kepada rezeki yang mana datang seperti berlakon dan mengacara. Saya banyak dapat tawaran watak komedi tapi teringin juga dapat watak antagonis, mudah-mudahan ada rezeki," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 24-12-2020 10:32 AM
Sengau dia dengan sengau ani enjut enjut bas, mana lagi teruk?
Quote Themilo 24-12-2020 10:36 AM
sorry dekk, akak belum nampak x factor kau lagi, dari zaman AF sampai  ke Mentor. bagus la pandai menyimpan tu..
Quote September14 24-12-2020 10:37 AM
Muka dia smkin rossa
Quote ashilalat 24-12-2020 10:40 AM
drivethru replied at 24-12-2020 10:32 AM
Sengau dia dengan sengau ani enjut enjut bas, mana lagi teruk?

Bagi aku sengau die ni ada merdu jugak. Sengau nek ani enjut tu sengau keras dan meneran. Tak merdu lgsung.
Quote rayna_raynes 24-12-2020 10:40 AM
Dia ni cantik, tapi tak menyerlah entah kenapa. Padahal suara sedap. lagu dia yg VC perempuan meroyan nak bunuh diri tu pun sedap
Quote Sagiez85 24-12-2020 10:43 AM
drivethru replied at 24-12-2020 10:32 AM
Sengau dia dengan sengau ani enjut enjut bas, mana lagi teruk?

Mana boleh compare? Shiha ni sengau dia baru level 2, nek ani dah tahap super saiyan..samalah konfiden level suara dialah yg terpaling merdu, satu-satunya anak seni yg memartabatkan irama malaysia pon tahap super saiyan gak..
Quote mamajawie 24-12-2020 10:46 AM
drivethru replied at 24-12-2020 10:32 AM
Sengau dia dengan sengau ani enjut enjut bas, mana lagi teruk?

sengau dia masih boleh diterima lagi..sengau nek enjut aku stres sbab xsemua lagu nek enjut bas leh bawak

Quote sweetgirl 24-12-2020 10:51 AM
Sagiez85 replied at 24-12-2020 10:43 AM
Mana boleh compare? Shiha ni sengau dia baru level 2, nek ani dah tahap super saiyan..samalah konf ...

hahahaha aduiii lawak la... super saiyan.... hahahahahaha hadui.....


tapi confident nek ani tu xde sape boleh lawan tau... super saiyan pun kalah hahahahahaha


Quote wookiehoney 24-12-2020 10:53 AM
sheols ni boleh nyanyi tp x-factor yillek.
tp oklah nampak la meniaga la berlakon lah. kalau flex pun tak heran sebab nampak la dia rajin.
bagus menyimpan ni, orang bukan bidang seni pun bnyk terjejas.. ape tah lg yg hidup bdasarkan buat show
Quote makneng 24-12-2020 10:55 AM
Jaga dek.. Kang ada scammer call uolls..
Quote Orix 24-12-2020 10:56 AM
Themilo replied at 24-12-2020 10:36 AM
sorry dekk, akak belum nampak x factor kau lagi, dari zaman AF sampai  ke Mentor. bagus la pandai me ...

eh dia pernah msuk AF jgak eh ? igt mentor sajok
Quote dino 24-12-2020 11:00 AM
Orix replied at 24-12-2020 10:56 AM
eh dia pernah msuk AF jgak eh ? igt mentor sajok

af3 tu tp tak lepas masuk pun.. interlude je haha
Quote slyfynx 24-12-2020 11:04 AM
Sorry la.
So called wartawan2 Malaysia ni susun ayat sangat x bijak.

Bersyukur kerana mendengar nasihat daripada seniwati Allahyarham Sharifah Aini, penyanyi Shiha Zikir mendedahkan kehidupannya tidak terjejas dalam musim pandemik Covid-19 disebabkan ada simpanan.


Sedangkan ayat Shiha

Alhamdulillah... walaupun dalam keadaan pandemik ini, kehidupan saya tidak la terganggu sangat. Sebab saya suka menyimpan seperti mana yang dipesan arwah Sharifah Aini.


Tidak terjejas =/= tidak terganggu sangat. Dari ayat wartawan nampak mcm die berlagak sbb ade byk duit simpanan.
Cuba gantikan dengan frasa "terkesan tapi masih mampu bertahan".

First impression mase mule2 baca artikel td aku terus cop berlagaknye perempuan ni.
Quote Tinot7 24-12-2020 11:27 AM
Baper byk wang simpanan sampai nak habaq kat org ni?
Quote missHaidiD 24-12-2020 11:43 AM
Sagiez85 replied at 24-12-2020 10:43 AM
Mana boleh compare? Shiha ni sengau dia baru level 2, nek ani dah tahap super saiyan..samalah konf ...

Wey sakit perut aku gelak baca komen ko
Quote cmf_premierleag 24-12-2020 11:47 AM
bagus sheols folo nasihat arwah
dulu2 ms kak nita br blk dr vegas, ada kuar urtv
dia ckp stp duit yg dia dpt,dia akan simpan 30%
so iols folo style kak nita
and lps tu ada baca gak yg ning baizura pun ikut nasihat kak nita....ni ms ning mcm tehegeh2 nk folo kak nita pi vegas sana.around early year 2000 sebegitu
Quote Mamason 24-12-2020 11:49 AM
Pelik nengok bibior nyer...memang rope itu yek ... terjuih rope itu..
Quote anony-mous 24-12-2020 11:51 AM
drivethru replied at 24-12-2020 10:32 AM
Sengau dia dengan sengau ani enjut enjut bas, mana lagi teruk?

Hah sengau. Baru iols tau knape i rasa suara dia xsedap tp pemenat dia puji melambung ckp dia underrated
Quote husna_amal 24-12-2020 12:12 PM
Bagus la ada saving. Nanti bila dah tak laku takde lah merempat macam sesetengah artis.

Lihat semua komen(38)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-1-2022 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.193973 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top