CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Safawi Takkan Patah Semangat, Kepulangan Awal Perlu Dilihat Positif" - Cheng Hoe

23-12-2020 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3499| Komen: 17

Description: Kepulangan lebih awal bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Safawi Rasid yang dipinjamkan ke kelab profesional Portugal, Portimonense SC perlu dilihat daripada sudut positif, kata peng ...
Kepulangan lebih awal bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Safawi Rasid yang dipinjamkan ke kelab profesional Portugal, Portimonense SC perlu dilihat daripada sudut positif, kata pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe.


Mengambil maklum mengenai kecaman dilontarkan segelintir peminat, Cheng Hoe secara peribadi mengakui perkembangan itu mempunyai lebih banyak nilai positif daripada negatif terutama daripada sudut pembangunan prestasi pemain sayap berusia 23 tahun itu.


Kredit foto: IG Safawi

"Walaupun tiga bulan, beliau (Muhammad Safawi) dapat pengalaman berlatih dan bermain bersama pemain terbaik kelab tersebut. Pengalaman itu boleh menjadi panduan kepada beliau untuk bermain lebih baik selain ia dapat dikongsikan bersama rakan seperjuangan di kelab mahupun pasukan negara.

"Sedikit sebanyak tahap keyakinannya juga pasti meningkat. Kita (barisan jurulatih) memang tunggu dan nak lihat apa dipelajarinya di sana yang mungkin boleh beri impak kepada skuad kebangsaan, jadi sebagai jurulatih saya lebih pandang yang positif," katanya kepada Bernama.


Minggu lepas, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan Muhammad Safawi yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 dan 2019 sah akan kembali menyertai skuad Harimau Selatan bagi mengharungi musim 2021.

Sejak melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Portimonese SC pada Oktober lepas, Muhammad Safawi masih belum membuat penampilan pertamanya dalam kancah Liga Primeira, sebaliknya hanya kerap memanaskan bangku simpanan skuad kendalian Paulo Sergio itu.

Beliau hanya beraksi bersama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Portimonense SC sekali ketika pasukan itu tewas 1-3 kepada Sporting CP pada saingan liga peringkat umur tersebut, Oktober lepas.

"Saya percaya beliau tidak akan patah semangat kerana kita tahu mentaliti beliau memang kuat, ia dibuktikan ketika latihan dan perlawanan yang memang diakui beliau mempunyai mentaliti kental. Kegagalan kali ini bukan kegagalan seterusnya, saya harap beliau lebih bermotivasi selepas ini," jelasnya.

Muhammad Safawi telah meledak 47 gol dalam 101 penampilan bersama skuad Harimau Selatan dalam kesemua pertandingan tempatan dan antarabangsa.

Beliau menjadi pemain Malaysia kedua berhijrah ke liga utama Eropah selepas pemain muda berbakat negara Luqman Hakim Shamsuddin daripada pasukan Selangor 2 menyertai kelab liga Belgium KV Kortrijk.


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 23-12-2020 02:04 PM
Anggap jer la jalan2 makan angin. Aku pun sekarang tgh latih anak aku main bowling. Aku cakap kat dia, main pandai2. Nanti boleh wakil negara keliling dunia makan angin. Bowling sebagai batu loncatan sahaja.
Quote renko 23-12-2020 02:27 PM
dah byk sgt pakar bola fb duk menyalak kt fb kelab tu
so terus  pulang balik jela
Quote husna_amal 23-12-2020 02:50 PM
Boleh belajar banyak perkara lagi2 apa patut buat bila duduk kat bangku pemain simpanan.
Quote ajinomotonosuga 23-12-2020 02:53 PM
Blajo kire brapa bangku simpanan ada tepi padang
Quote alesandra 23-12-2020 02:54 PM
Gagal ckp la kegagalan...pusing2 positip amenda
Quote ajinomotonosuga 23-12-2020 02:55 PM
drivethru replied at 23-12-2020 02:04 PM
Anggap jer la jalan2 makan angin. Aku pun sekarang tgh latih anak aku main bowling. Aku cakap kat di ...

Ten pin bowling ke lawn bowling?

Ajo jadi pencetus ummah laaaa
Quote dudaberhias 23-12-2020 02:56 PM
ada sape2 bayar nak angkut dia ke sana ke?
ala2 sekadar nak lawan luqman hakim jer
Quote Kurex 23-12-2020 02:56 PM
Dapnye paha......
Quote drivethru 23-12-2020 02:59 PM
ajinomotonosuga replied at 23-12-2020 02:55 PM
Ten pin bowling ke lawn bowling?

Ajo jadi pencetus ummah laaaa

Ten pin bowling. Sbb aku sendiri jadi coach.
Quote ajinomotonosuga 23-12-2020 03:02 PM
drivethru replied at 23-12-2020 02:59 PM
Ten pin bowling. Sbb aku sendiri jadi coach.

Ooo nk ganti dak mayu tu ke..lupa dah nama

Elok la tuu..ayah sendiri coach..mcm william sisters..mcm stepi graf..mcm diver sabah tu aaa panda renong yer?
Quote green~tea 23-12-2020 03:12 PM
ok lah 3 bulan dapat gaji kencang... balik pun tetap kayo haa walo barang sedikit..
Quote Kerexxx 23-12-2020 06:14 PM
green~tea replied at 23-12-2020 03:12 PM
ok lah 3 bulan dapat gaji kencang... balik pun tetap kayo haa walo barang sedikit..

padahal kalua tgk safawi ni, kat malaysia dah dahsyat betul.. kira top tier sangat.... org kita nak sama level mcm dia pun, tah2 setiap 100 tahun , satu je lah...

sekali kat oversea, kat eropah tu, kat portugis tu, ada berbakul2 talent yg jauh lebih hebat dr dia berganda... sampai xde can nak masuk squad utama..


ai pernah tengok match pemain badminton level daerah lawan. itu pun dah melopong kehebatannya... lepas tgk peringkat nasional, dah berganda2 melopong...   ai tak dpt bayangkan mcm manalah level pemain terbaik dunia ..
Quote giyomi 23-12-2020 07:33 PM
drivethru replied at 23-12-2020 02:04 PM
Anggap jer la jalan2 makan angin. Aku pun sekarang tgh latih anak aku main bowling. Aku cakap kat di ...

deep sgt ayat tu
Quote axl_bach 23-12-2020 08:59 PM
Kerexxx replied at 23-12-2020 06:14 PM
padahal kalua tgk safawi ni, kat malaysia dah dahsyat betul.. kira top tier sangat.... org kita na ...

Btol, Pawi ni kat Liga M mmg level import dah.....
Quote Nokiaman 23-12-2020 09:20 PM
dudaberhias replied at 23-12-2020 02:56 PM
ada sape2 bayar nak angkut dia ke sana ke?
ala2 sekadar nak lawan luqman hakim jer

Luqman main liga eropah..
Serasi da ngan dia
Si pawi gi portugal kena saing dgn pemain latin..bab fitness habislaa tu..
Liga portugal ni main gentel gentel je hujung hujung 1-0/0-1/1-1..
Yg kuat tibai poto ,benfica,sporting lisbon je
Quote Carcosa 24-12-2020 12:07 AM
Hah dah balik ni, apa lagi si Sipah SeliparJambanBuruk Melvin? Bila nak hantar rombongan minang Pawi?
Dia kan menggelupur nak ciknek Pawi ni
Quote pyropura 24-12-2020 02:15 AM
Susah carik makanan halal, rindu sambal mak. Mulayu banget kan. Dah dijangka

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.060498 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top