CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Nak Lah Muka Senget" - Adibah Noor Dah 3 Minggu Hidap Bell's Palsy

23-12-2020 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12732| Komen: 56

Description: Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor disahkan mengalami masalah saraf iaitu Bell's Palsy yang menyerang bahagian muka sebelah kiri sejak tiga minggu lalu.
Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor disahkan mengalami masalah saraf iaitu Bell's Palsy yang menyerang bahagian muka sebelah kiri sejak tiga minggu lalu.

Adibah ketika dihubungi berkata, buat masa sekarang dia menjalani rawatan fisioterapi sebanyak 12 sesi.




"Sebenarnya, perkara ini sudah berlaku tiga minggu lalu. Ketika itu saya perasan ketika berkumur sewaktu gosok gigi. Secara tiba-tiba air terpancut keluar dari mulut dan macam bocor. Jadi saya pun pergi 'shooting ' dan dapati bibir tidak dapat nak mengucapkan kata-kata seperti biasa. Ia macam senget sikit.

"Saya punya huruf T pun menjadi macam terlalu rapat dan huruf S pun bunyi lain. Memandangkan ia berlaku pada hujung minggu dan saya masih 'shooting', jadi saya tak dapat pergi hospital. Pada keesokan harinya saya pergi jumpa doktor dan dia terus panggil doktor pakar. 

"Selepas buat pemeriksaan, doktor sahkan saya alami Bell's Palsy. Ia keadaan yang menyerang saraf pada bahagian muka sebelah kiri. Jadi, sejak tiga minggu lalu, setiap hari saya buat fisioterapi untuk cepat baik sebab saya nak kerja dengan normal. Sebab Alhamdulillah, adalah juga orang panggil 'shooting'. Saya tak nak lah muka senget," katanya.



Kredit foto: IG Adibah

Adibah berkata, selepas menjalani 10 sesi rawatan terdapat banyak perubahan dan berharap keadaanya segera pulih seperti  biasa.

"Selepas tiga minggu ada perubahan ketara. Sebelum ini kalau senyum bibir tak naik langsung. Sekarang okeylah sikit. Cuma, macam hari ini saya dapati ketika bercakap bibir tak senormal sebelum ini. Walaupun ada banyak perubahan. 

"Apa boleh dikatakan, saya hampir sembuh dan semakin pulih. Perkara ini tak perlu masuk wad pun. Saya cuma datang hospital setiap hari buat fisioterapi di wajah.



"Ikutkan ada dua sesi lagi. Sebab saya ambil 12 sesi. Kalau selepas ini saya rasa masih perlukan rawatan saya akan teruskan. Tapi, insya Allah mungkin selepas ini dalam lima ke enam kali lagi okey dah. Insya Allah," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 23-12-2020 09:06 AM
Ohh aku ingatkan org pregnant yg ada risiko ni.. rupanya boleh jd gak kat sesapa.. anyway semoga cepat sembuh kak adibah.. aamin
Quote buragazz 23-12-2020 09:11 AM
Mak aku dulu lepas bersalin adik aku no.2 dia kene penyakit ni.. memang sebelah badan dari mata bibir jari
Quote apedehal 23-12-2020 09:12 AM
Da mcm bmusim plak bell palsy ni ye..lately aku dgr ramai sgt kena..kazen iols kena lpas habis pantang..n kwn pd my sil pun ada kena
Quote Themilo 23-12-2020 09:18 AM
apedehal replied at 23-12-2020 01:12 AM
Da mcm bmusim plak bell palsy ni ye..lately aku dgr ramai sgt kena..kazen iols kena lpas habis panta ...

ya, isteri kawan meols pun baru jaa kena..

semoga kak deeb terus istiqomah yaa..
Quote apedehal 23-12-2020 09:23 AM
Themilo replied at 23-12-2020 09:18 AM
ya, isteri kawan meols pun baru jaa kena..

semoga kak deeb terus istiqomah yaa..

& i pun ada tbaca haritu kwn2 australian duk nak boikot dr ambil covid vaccine nnt sbb katanya boleh lead tu bell palsy
Quote Tinot7 23-12-2020 09:31 AM
Get well soon
Quote cap_ayam 23-12-2020 09:31 AM
Semoga cepat sembuh seperti biasa..
Quote husna_amal 23-12-2020 09:32 AM
Bende yang sama jadi kat faye kusairi kan...
Quote Nnasda53 23-12-2020 09:38 AM
Syafakillah buat Adibah Nor.
Quote Fafaaisa 23-12-2020 09:46 AM
Semoga cepat sembuh kak dib
Quote sarah82 23-12-2020 09:49 AM
Kat opis lama aku dulu... Ada engineer ni isteri dia kena yg sama... Dia bawa isteri dia ke sensei yg pandai akupuntur... Dan selepas bbrp rawatan.. Isteri dia pulih.. Siap masuk dalam suratkhabar cina lagi
Quote Cumikucingku 23-12-2020 10:37 AM
Allah tegur tu... sila muhasabah.
Quote Levespa 23-12-2020 10:41 AM
dua org member pernah kena..masa diorang kena memang orang lain yg tegur dulu..diorang memang tak perasan..  bila kelip mata, nampak jelas sebelah mata je tertutup, sebelah lagi terbukak..lepas kawan2 tegur baru pergi hospital.. tapi lepas tu ok pulih sepenuhnya
Quote rogayahtop 23-12-2020 10:41 AM
semoga cepat sembuh.

pelik org2 anti vax ni, bell"s palsy ni bukannya ada risk jadi arwah pun, tak menjangkit kat org. kalau kena covid tu berapa ramai pulak yg terjangkit.

patutlah kena pulau je yg anti vax ni membahyakan org lain. tu yg jenis tak kisah anak berkutu pegi taska, kutu je katanya tau2 mak bapak pun ada kitu sekali.
Quote mamajawie 23-12-2020 10:46 AM
aku jadi seram sbab member aku baru lpas bersalin muka da senget sebelah smpai skang..end up laki cari cikki lain sbab muka mmber aku da senget..ksian lak..hmm..yg aku lak ni asal bangun pagi je tangan aku belah kanan kebas smpai xleh gerak jari2 ni..aku tkut gangren lak..Ya Allah, minta dijauhkan la
Quote doubleA 23-12-2020 11:35 AM
Adoi common pula rasa bell palsy ni sekarang. Dah macam strok sampai lumpuh otot, mujur seketika. Tapi bila dah jadi, benda tak sama juga. Bertabahlah dan semoga cepat sembuh
Quote md_nana 23-12-2020 11:44 AM
rogayahtop replied at 23-12-2020 10:41 AM
semoga cepat sembuh.

pelik org2 anti vax ni, bell"s palsy ni bukannya ada risk jadi arwah pun, t ...

Adoi sebut kutu ni kitorg laki Bini berkutu sbb anak bawak balik Dr rumah pengasuh jangkit dgn anak pengasuh. X pasal2 dah tua berkutu
Quote prettyuglybabe 23-12-2020 12:24 PM
kasihannya.. takziah buat beliau..
semoga cepat sembuh..
menakutkan macam-macam penyakit sekarang..
i pun kadang ada rasa macam berdenyut sebelah muka..
risaunya la..
Quote AshkieLa 23-12-2020 12:30 PM
syafakillah...

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.284108 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top