CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak Masuk Unico World Records Masak 46 Hidangan Dalam 58 Minit

23-12-2020 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3964| Komen: 21

Description: Mampu memasak 46 hidangan dalam tempoh 58 minit. Itulah kelebihan istimewa dimiliki seorang kanak-kanak perempuan di India.
Mampu memasak 46 hidangan dalam tempoh 58 minit. Itulah kelebihan istimewa dimiliki seorang kanak-kanak perempuan di India.

SN Lakshmi Sai Sri berkata, minatnya dalam bidang masakan didorong selepas mendapat latihan daripada ibunya sendiri.


"Saya belajar memasak daripada ibu saya. Saya sangat gembira kerana berjaya mencapai kejayaan ini," katanya yang mendapat pengiktirafan UNICO World Records.


Kredit foto: Indian Express/ANI/Twitter

Sementara itu, ibunya N Kalaimagal berkata, bakat anaknya dalam bidang memasak dicungkil ketika perintah berkurung dilaksanakan di India.

Katanya, segalanya bermula selepas suaminya, mencadangkan anak mereka mencipta rekod dunia itu sebaik melihat kemampuannya memasak dengan baik.

"Saya memasak pelbagai masakan tradisional Tamil Nadu. Ketika perintah berkurung, anak perempuan saya menghabiskan masa bersama saya di dapur.


"Ketika saya membincangkan minat anak kami memasak dengan suami, dia mencadangkan Lakshmi mencuba rekod dunia dalam kulinari," katanya dalam portal Gulf News.

Menurutnya, suaminya mula membuat penyelidikan dan menemui seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Saanvi dari Kerala yang pernah mencatat rekod dunia kerana memasak 30 hidangan.


Kredit foto: Indian Express/ANI/Twitter

"Jadi, dia tekad mahu anaknya memecahkan rekod Saanvi itu," katanya.


Sumber: Harian Metro

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 23-12-2020 09:26 AM
Tahniah adik..
Tapi jagung rebus tu dianggap sbg satu masakan ke?
Quote lattehazelnut 23-12-2020 09:47 AM
Ke mcm kuih raya.. bentuk or jenis kuih jual berpuluh jenis.. tp rasa sama je sbb pakai base same..
Quote awanearisu 23-12-2020 09:48 AM
2 jenis roti sanwic dah dikira 2 hidangan. Apa pun teruskan minat yang positif
Quote husna_amal 23-12-2020 10:08 AM
Yang penting kualiti masakan tu. Buat banyak2 tapi rasa tak ok pun buat apa.
Quote Cumikucingku 23-12-2020 10:18 AM
Ok la tu...

Xkesah la masak simple ke ape..

Lebih ok dr dia bergelek kat tiktok mcm anak retis.
Quote mamajawie 23-12-2020 10:39 AM
yakin ke makanan tu xmentah lagi kalu masak kejap sgt?yg aku yakin cuma mi maggi je 3 minit da msak
Quote Scheherazade 23-12-2020 11:33 AM
Mmg terer arr adik nih
Quote jlo 23-12-2020 11:35 AM
syabass dekkk
Quote Kurex 23-12-2020 11:47 AM
Tapi kaum wanita dekat negara leluhur dipandang............
Quote Artemesiaa 23-12-2020 12:29 PM
Syabas buat beliau kecik2 dah pandai masak.  Di tanah air yang dah lebih dewasa darinya pun ramai tak pandai masak selain masak air dan masak mee segera.
Quote epal21 23-12-2020 01:38 PM
Macam scammer je unico world record ni. Memang base kat India ke sebab gambar pun ramai Indians. Websitenya bila pergi kat 'meet our consultants' masuk ke iklan. Mengarutlah.
Quote TomyamPuteh 23-12-2020 01:44 PM
Tinot7 replied at 23-12-2020 09:26 AM
Tahniah adik..
Tapi jagung rebus tu dianggap sbg satu masakan ke?

Kena masak dlm air kan sis tinot. Kira sejenis masakan la tu
Quote hazfy 23-12-2020 02:31 PM
Syabas terbaik adik ni
Quote ladyzens 23-12-2020 02:50 PM
hebatnye ko dik
Quote Tinot7 23-12-2020 03:01 PM
TomyamPuteh replied at 23-12-2020 01:44 PM
Kena masak dlm air kan sis tinot. Kira sejenis masakan la tu

Kalau cenggitu, kalau nak kalahkan adik ni, voley je buat byk2 masakan rebus dan megi.. hahaha... tak lupa buat sandwich pelbagai inti... hahahah

Tapi baguih la adik ni, kecik2 dah pandai masak.. senang famili dia nnt
Quote rangerx 23-12-2020 09:23 PM
telur dadar masak kicap
telur dadar goreng crispy
telur dadar masak kunyit
telur dadar salut cheese
telur dadar ala2 amerika..

wah da 5 hidangan...hahah
Quote RatuDunia94 25-12-2020 11:14 PM
rangerx replied at 23-12-2020 09:23 PM
telur dadar masak kicap
telur dadar goreng crispy
telur dadar masak kunyit

Susah tu..

Telur goreng
Telur rebus
Telur separuh masak
Telur mentah
Telur mata lembu
Telur dadar
Scramble egg

Taraaa 7 hidangan..
Quote Purplehag 6-2-2021 11:25 PM
Surrender dik.. Akk pun tak boleh buat macam. Goreng telur je dah berapa minit
Quote any42 6-2-2021 11:47 PM
gila la. klau bkak kdai mkn ni bru je order makanan kt waiter pstu nk order air ttiba mkanan dah smpai

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.055530 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top