Mampu memasak 46 hidangan dalam tempoh 58 minit. Itulah kelebihan istimewa dimiliki seorang kanak-kanak perempuan di India.
SN Lakshmi Sai Sri berkata, minatnya dalam bidang masakan didorong selepas mendapat latihan daripada ibunya sendiri.
"Saya belajar memasak daripada ibu saya. Saya sangat gembira kerana berjaya mencapai kejayaan ini," katanya yang mendapat pengiktirafan UNICO World Records.
Kredit foto: Indian Express/ANI/Twitter
Sementara itu, ibunya N Kalaimagal berkata, bakat anaknya dalam bidang memasak dicungkil ketika perintah berkurung dilaksanakan di India.
Katanya, segalanya bermula selepas suaminya, mencadangkan anak mereka mencipta rekod dunia itu sebaik melihat kemampuannya memasak dengan baik.
"Saya memasak pelbagai masakan tradisional Tamil Nadu. Ketika perintah berkurung, anak perempuan saya menghabiskan masa bersama saya di dapur.
"Ketika saya membincangkan minat anak kami memasak dengan suami, dia mencadangkan Lakshmi mencuba rekod dunia dalam kulinari," katanya dalam portal Gulf News.
Menurutnya, suaminya mula membuat penyelidikan dan menemui seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Saanvi dari Kerala yang pernah mencatat rekod dunia kerana memasak 30 hidangan.
Kredit foto: Indian Express/ANI/Twitter
"Jadi, dia tekad mahu anaknya memecahkan rekod Saanvi itu," katanya.
Sumber: Harian Metro |