CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Setiap Hari Tengok video Ustaz Ebit Lew, Tujuh Sekeluarga Peluk Islam

23-12-2020 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3381| Komen: 16

Description: Siapa yang tidak kenal dengan insan yang bernama Ustaz Ebit Lew?
Siapa yang tidak kenal dengan insan yang bernama Ustaz Ebit Lew?

Figura ini dikagumi seluruh rakyat Malaysia kerana pendekatan dakwahnya menerusi kerja-kerja kebajikan tanpa mengira kaum dan agama.


Foto: FB Ebit Lew

Justeru tidak hairanlah, Ustaz Ebit yang digelar 'wira' oleh kebanyakan orang dipilih sebagai penerima Anugerah Khas sempena Hari Belia Negara pada Ogos lalu, dan juga Anugerah Wira AME2020 (Anugerah MeleTOP) baru-baru ini.

Dikenali ramai kerana sifat dermawan dan tidak lokek menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, pendakwah bebas ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila membantu tujuh sekeluarga berbangsa Cina memeluk Islam.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ustaz Ebit memaklumkan peristiwa itu berlaku ketika dia berkunjung ke sebuah gerai buah-buahan yang terletak di Medan Gopeng, Ipoh pada Selasa.



Foto: FB Ebit Lew
"Sebak sayu ziarah sekeluarga Chinese peniaga buah di Medan Gopeng memeluk Islam. Tujuh orang semuanya mengucap syahadah. Sampai je semua anaknya rakam video saya sepanjang di situ.

"Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang," katanya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ustaz Ebit membantu mereka yang berminat untuk memeluk Islam selepas tertarik dengan kerja kebajikan yang dilakukan.

Tambah Ustaz Ebit, dia turut kagum dengan anak-anak kepada pasangan tersebut yang bukan sahaja rajin dan bijak, malah bercita-cita mahu membantu golongan memerlukan sebagaimana yang dilakukannya ketika ini.

"Anak 11 tahun kata, ustaz beri saya nasihat saya nak jadi macam ustaz. Nak jadi hero. Doakan saya ye. Nak ambil gambar dengan ustaz. Ulang kali dia mintak nak bergambar.

"Saya kagum lihat kerajinan mak ayah. Anaknya semua rajin. Yang 11 tahun. Yang tujuh tahun semua pandai kira. Saya beli buah. Semua ambil dan boleh kira congak je. Kakak bantu jaga adik-adik. Hebat mak ayah ini," tulisnya lagi.

Foto: FB Ebit Lew

Gembira dipertemukan dengan keluarga tersebut, Ustaz Ebit turut menghadiahkan basikal kepada anak-anak pasangan berkenaan yang sebelum ini berkeinginan mahu memilikinya.

"Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat. Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. Semoga kaya raya dunia akhirat," tulisnya lagi.

Sehingga kini posting Ustaz Ebit meraih 1,700 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen yang turut sama gembira di atas penghijrahan keluarga berkenaan.

"MasyaAllah Tabarakallah. Tahniah untuk mereka semua. Ya Allah, kurniakanlah segala kebaikan dan keberkatan buat keluarga ini dan Ustaz Ebit Lew," tulis seorang netizen.

"Menitik air mata tak tahu kenapa... sebak dengan pengorbanan dan usaha ustaz asbab orang bukan Islam kembali kepada fitrah," komen seorang netizen lain. -CARI

Sumber: mStar Online
3

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 23-12-2020 10:27 AM
Dari dulu bila dengar ustaz ebit bg tazkirah dia selalu cerita dia kesian dengan orang2 yang belum peluk agama islam.. orang2 kafir yang baik kat luar sana.. teringat ayat dia ‘ya allah kesian dia.. dia baik, dia selalu bagi sedekah tolong orang susah.. tapi sebab dia kafir dia tak dapat masuk syurga..’ jujur kalau orang normal takkan terfikir pon benda tu kan.. lantak kau la kan huhu sebaknya tengok ramai masuk islam sebab tgok kebaikkan islam yg ditunjukan melalui ustaz ni.. disebalik ad orang kecam2 dia show off sedekah tak bagi kredit kat orang yg derma la apa la.. apa je sumbangan korang or kebaikkan korang buat yg buat orang nampak sisi baik islam?? Belajar la utk lihat daru sudut baik2 dari nak kecam je..
Quote Nnasda53 23-12-2020 10:45 AM
Alhamdulillah..satu keluarga kembali pada islam.
Dalam berdakwah mmg pelbagai ujian datang..ada yg suka dan ada yang sebaliknya.
Semoga usaha dakwah Ustaz Ebit menarik kembali hamba2 Allah kepada agama yang sebenarnya.
Quote airmineral 23-12-2020 10:46 AM
besar pahala atas usah2 ustaz ni
semoga ustaz kekal clean dan membangun bersama ummah
Quote noor2 23-12-2020 10:49 AM
Alhamdulillah....yg kuat mengutuk ebit liew ni aku tengok orang kafir pun depa racist dan menjurangkan lagi hubungan...

Besar pahala ebit liew ni
Quote Scheherazade 23-12-2020 10:59 AM
Alhamdulillah, bertambah saudara kita. Moga Ustaz Ebit dirahmati Allah selalu
Quote johan-adx 23-12-2020 11:21 AM
ramai jgk yg bertanya knp ust ebit liew upload video bantuan sana sini..bkn ke lbh baik buat diam?
jwpnnya ada dlm artikel ni

"Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang," katanya.


Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ustaz Ebit membantu mereka yang berminat untuk memeluk Islam selepas tertarik dengan kerja kebajikan yang dilakukan.

Quote Tinot7 23-12-2020 11:24 AM
Alhamdulillah.
Quote husna_amal 23-12-2020 11:41 AM
Kalau kita tunjukkan perbuatan yang baik orang agama lain pun berminat dengan islam.
Quote Noraniza_Iblis 23-12-2020 12:06 PM
masuk awal sgt..
jp g park balik..
Quote lavendernovella 23-12-2020 12:13 PM
Kalau jumpa non muslim yg baik, mmg iol doa mereka kembali kepada fitrah, beroleh pengakhiran mulia dan dimasukan dalam syurga.
Quote Artemesiaa 23-12-2020 12:55 PM
Tahniah buat mereka sekeluarga moga dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala urusan
Quote ladyzens 23-12-2020 04:21 PM
Alhamdulillah
Tahniah ustaz
Quote djzara81 23-12-2020 05:09 PM
lavendernovella replied at 23-12-2020 12:13 PM
Kalau jumpa non muslim yg baik, mmg iol doa mereka kembali kepada fitrah, beroleh pengakhiran mulia  ...

Setuju!! Mcm uncle Kentang,,bantu org tak kira background or religion.
Quote lavendernovella 23-12-2020 06:50 PM
djzara81 replied at 23-12-2020 05:09 PM
Setuju!! Mcm uncle Kentang,,bantu org tak kira background or religion.

Betul kan, sebb kita nak dakwah2 ni tak mampu. Jadi doakan yg baik2.
Quote per706 24-12-2020 12:46 AM
Gram plak tgok buah2 tu..gemuk2..kalu aku smpi sini mmg borong laaa...hahaha
Quote dua_chzy 28-12-2020 02:11 PM
Akak harap mereka terpelihara dengan agama baru. Ngkau peluk sesuatu agama kerana terlalu memandang tinggi pada manusia yang menganut agama tu biasanya bakalan kecewa dengan sikap maknosia.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.056943 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top