CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cradle Fund - Kesan Tembusan Pada Kepala, Leher, Muka, Dada Nazrin

23-12-2020 12:37 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 7232| Komen: 22|Original author: Oleh: kp5x

Description: Cradle Fund - Kesan Tembusan Pada Kepala, Leher, Muka, Dada NazrinSaksi pendakwaan ke-33, Sarjan Abdul Rahim Taha, 59 ketika membacakan pernyataan saksi di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman berka ...

Kredit foto : Sinar Harian, NST
Saksi pendakwaan ke-33, Sarjan Abdul Rahim Taha, 59 ketika membacakan pernyataan saksi di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata tiada sebarang kesan pergelutan atau mempertahankan diri pada mayat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, semasa bedah siasat kali pertama dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Selain daripada itu terdapat kesan tembusan pada bahagian kepala, muka, leher dan dada serta kesan kebakaran pada bahagian muka, dada, perut dan kedua-dua tangan mayat mangsa itu. Terdapat juga kesan tembusan pada tengkorak kepala bahagian kiri dan kecederaan tisu otak dan paru-paru si mati 'collapse' akibat letupan.

Memetik Bernama, maklumat tersebut diperolehi ketika mengambil keterangan Pakar Perubatan Forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng yang melakukan bedah siasat terhadap mayat Nazrin.


Dr Siew turut memaklumkan ketika bedah siasat dijalankan, pihaknya tidak menemui sebarang benda asing pada badan mangsa seperti serpihan besi atau peluru dan menyimpulkan kematiannya berpunca daripada 'complication from a blast injury'.
Kredit foto : coconut.co
"Pada 14 Jun 2018, saya diarahkan oleh Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Insp Anesstassia Chin Fat untuk membawa mayat mangsa kebakaran (Nazrin) ke HKL untuk bedah siasat, dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut terlebih dahulu.

Kira-kira jam 8 malam selepas bedah siasat selesai, saya diarahkan mengambil keterangan Dr Siew, pegawai perubatan yang melakukan bedah siasat terhadap mayat mangsa yang mati dalam kebakaran berkenaan.

Saya kemudian menyerahkan laporan keterangan berkenaan kepada ketua saya, Asisten Superintendan Mohd Iqbal Mohammad dan beliau mengarahkan agar kertas siasatan dibuka di bawah kes mati mengejut," katanya yang telah bertugas di Balai Polis Damansara, Petaling sejak 1999.

Pada 12 Mac 2019, Samirah Muzaffar, 45, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, membunuh mangsa.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018. -CARI
Kredit foto : Sinar Harian


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 23-12-2020 01:12 PM
Kalau mayat dah terbakar macam mana nk tahu mangsa pernah bergelit ke tidak sebelum mati? Or mayat tu tbakar half je.. menarik kes ni.. rasa mcm dah lama berlalu rupanya baru 2 tahun  
Quote mamajawie 23-12-2020 01:43 PM
muka arwah time xpkai spek nampak ensem yachh..tapi tu la mati terseksa dek tamak si janda ni..buat malu je jadi anak orang kenamaan tapi sanggup membunuh suami sndiri..
Quote becir 23-12-2020 01:58 PM
punya la lama kes ni..kesian family arwah
Quote supernaturalee 23-12-2020 02:07 PM
key point yg menimbulkan keraguan adalh dr mn dtgnya petrol tu klu takat fon meletop

moga keadilan baut allahyarham
soft spoken orgnya
not to mention how handsome he was

Quote ninja9 23-12-2020 02:47 PM
klu bini dia yang buat, apa motif? ... tamak duit? .. tapi kenapa sampai nak bunuh pasangan? duit suami tu pun boleh enjoy bersama kalau masih hidup kan...kenapa nak bunuh klu setakat tak bahagia sebab boleh ceraikan.... nak bunuh orang ni tanpa ada jejak bukan senang, tu belum masuk dosa, belum masuk kesan saikologi..
Quote ladyzens 23-12-2020 02:48 PM
bilalah nak berkesudahan kes ni
Quote cik_kuntum36 23-12-2020 02:56 PM
bole la update kes ni selepas ni...nak tahu jugak kesudahan kes... perbicaraan mst mkn mse yg lama ni... pe la yang terjadi sebenarnya ye... somi isteri sama cantek sama padan boleh berakhir ngn kes pembunuhan..
Quote husna_amal 23-12-2020 03:19 PM
Semoga cepat selesai kes ni. Sejak tahun 2018 lagi tak terungkai lagi siasatan.
Quote me12345 23-12-2020 06:51 PM
Lama sgt dh x terfollow...btw skrg wife dia di tahan dlm penjara atau bebas berkeliaran?
Quote amerald 23-12-2020 08:56 PM
yg pastinya tiada yg mengaku..
yg membunuh krik krik je bebas
Quote syamzana 23-12-2020 09:58 PM
me12345 replied at 23-12-2020 06:51 PM
Lama sgt dh x terfollow...btw skrg wife dia di tahan dlm penjara atau bebas berkeliaran?

last news dijamin dgn 500k kot. rasanya aman2 je mengharungi covid macam kite semua diluar ni ha.
Quote gigahertz 24-12-2020 12:44 PM
ninja9: klu bini dia yang buat, apa motif? ... tamak duit? .. tapi kenapa sampai nak bunuh pasangan? duit suami tu pun boleh enjoy bersama kalau masih hidup k ...

Mungkin suami penjimat. Bini kaki boros.
Dah bosan hari2 kena leter bunuh je la
Quote beta_carotene 24-12-2020 01:35 PM
meols tetap dgn teori bahawa pembunuhan bermotifkan cover up

si ibu nk protect anak2nya yg dh bunuh bapa tiri mereka menggunakan busur panah
Quote tupaiterbang 24-12-2020 01:40 PM
beta_carotene replied at 24-12-2020 01:35 PM
meols tetap dgn teori bahawa pembunuhan bermotifkan cover up

si ibu nk protect anak2nya yg dh bun ...

ya btul, anak2 kelly ng yg berdendam dgn arwah
Quote crossline 25-12-2020 09:00 AM
Konfirm ke bibik tu masih bebas? Ke "sesuatu berlaku" kat bibik tu jugak? Pict bibik xde ke?
Quote jazaa100 25-12-2020 09:05 AM
muka dorang seiras.....

org otg tua kata, klu muka seiras, jodoh still jannah......


Quote monsterwife 25-12-2020 09:15 AM
Pengajaran buat lelaki2 lain berhati2 kalau nak kwin dgn keturunan DKK.Bakar membakar adalah perkara boasa bg depa
Quote maju_chetah 26-12-2020 01:32 AM
mamajawie replied at 23-12-2020 01:43 PM
muka arwah time xpkai spek nampak ensem yachh..tapi tu la mati terseksa dek tamak si janda ni..buat  ...

Janda langsung tak tuntut insurans. Janda lagi berduit daripada si suami. Jadi mana motif duit?
Quote maju_chetah 26-12-2020 01:33 AM
ninja9 replied at 23-12-2020 02:47 PM
klu bini dia yang buat, apa motif? ... tamak duit? .. tapi kenapa sampai nak bunuh pasangan? duit su ...

Sampai sekarang langsung tak ada motif. Mmg pelik bin ajaib

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.300891 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top