CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rajin Sediakan Sarapan,"-Ain Edruce Hamil, Suami Semakin Romantik

23-12-2020 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6971| Komen: 30

Description: Lumrah setiap pasangan yang sedang meniti alam rumah tangga, masing-masing mahu memiliki zuriat bagi menyerikan keindahan mahligai yang dibina.
Lumrah setiap pasangan yang sedang meniti alam rumah tangga, masing-masing mahu memiliki zuriat bagi menyerikan keindahan mahligai yang dibina.

Pelakon dan juga pengacara tinggi lampai, Ain Edruce juga tidak terkecuali. Tiada kata dapat digambarkan olehnya saat disahkan berbadan dua.

Enggan terlalu teruja mendedahkan perkara tersebut kepada umum, Ain menunggu sehingga November lalu untuk membuka mulut kepada umum. Pada masa sama, benih zuriat dalam rahim sudah berusia empat bulan.

Foto: IG

Kata Ain, awalnya tidak percaya sedang hamil memandangkan sepanjang tempoh tersebut, dia sangat aktif dan terlibat dengan sukan lumba kereta bersama Toyota.

Pemilik nama sebenar Nurulain Edruce itu menambah, dia juga melakukan senaman berat seperti biasa kerana tidak tahu dia sedang hamil ketika itu.




“Sebenarnya apa yang membuatkan saya tergerak hati untuk membuat ujian kehamilan selepas melihat keadaan suami yang tiba-tiba mengalami muntah-muntah dan loya.

“Sebelum ini pernahlah saya terdengar tanda-tanda kehamilan itu ada yang berpindah pada suami dan alhamdulillah rupa-rupanya benar saya hamil,” katanya.

Gara-gara terlalu teruja dan tidak sabar, Ain yang mulanya merancang untuk menyembunyikan seketika berita bahagia tersebut daripada pengetahuan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa, akhirnya membuka mulut pada hari yang sama.

Tambahan pula, dia dan suami sedang dalam perancangan untuk bercuti ke Pulau Langkawi.



“Semasa beritahu suami, usia kandungan baru sahaja mencecah antara dua hingga ketiga minggu. Suami sangat gembira bila dapat tahu saya hamil.

“Apa yang paling seronok ketika hamil, suami tiba-tiba berubah menjadi seorang lelaki yang romantik dan rajin menyediakan sarapan untuk saya,” ujarnya teruja.

Adat bagi wanita mengandung apabila didatangi mengalami keinginan berbeza atau mengidam sesuatu makanan. Bagi Ain, dia pula mengidam untuk menikmati tose setiap hari selama dua minggu ketika minggu awal kehamilan.



“Setiap hari ketika sarapan saya akan makan tose. Nasib baik saya tidak mengidam benda yang pelik-pelik,” katanya.

Tidak meletakkan sebarang sasaran tentang soal jantina, Ain dan suaminya tidak kisah bayi yang bakal lahir nanti sama ada lelaki atau perempuan.

Malah, kedua-dua pasangan itu juga tidak mahu membuat ujian imbasan kehamilan bagi mengetahui jantina anak mereka yang dijangka lahir pada April tahun hadapan.


“Asalkan anak saya sihat semasa bersalin nanti, perkara itu sudah cukup membuatkan saya dan suami gembira,” kata Ain.

Ketika kandungan sudah melepas usia lima bulan, Ain mula memperlahankan rentaknya dalam bidang lakonan dan hanya melakukan kerja sebagai pengacara kerana waktunya yang lebih singkat dan santai.

Wanita yang sinonim dengan perangai ‘gila-gila’ itu mendakwa pernah diminta peminatnya untuk berubah sikap, lebih-lebih lagi dia bakal bergelar seorang ibu.

“Tidak dinafikan saya terima banyak pesanan yang menyuruh saya supaya berubah sikap selepas menjadi isteri. Perangai dah tak boleh ‘gila-gila’ lagi.

“Tetapi bagi mereka yang kenal saya, mereka akan tahu saya jenis orang yang selalu teruja,” ujarnya.


Bukan tidak pernah cuba berubah sikap, namun pelakon berusia 29 tahun itu menyedari perangainya tetap sama.

Karakter pelakon yang pernah membintangi drama Suluhkan Aku Cahaya itu seolah-oleh tidak boleh berubah.


Tidak mahu memeningkan kepala, Ain berkata tiada sebab untuk dia berubah perangai, malah isu perangainya yang ‘gila-gila’ itu bukanlah masalah besar buat diri dan keluarganya.

“Ain ialah Ain. Kalau saya dengar cakap orang mungkin sejak dulu lagi saya dah berubah perangai jadi seorang wanita yang lemah-lembut,” tutupnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladyzens 23-12-2020 04:20 PM
tetibe ternampak byk betul gigi si ain ni hehe
nasib baik cantik susunan
Quote lattehazelnut 23-12-2020 04:23 PM
Mmg suami ko je yg masak selama ni.. huhu..

Tp yg video whisper challenge tu lawak

"Helo..Sy mak buyong.sy baru mengandung."
"Saya suka menyakitkan hati laki saya."
- Quote Amirul -
Quote TerataiMelur02 23-12-2020 04:34 PM
lattehazelnut replied at 23-12-2020 04:23 PM
Mmg suami ko je yg masak selama ni.. huhu..

Tp yg video whisper challenge tu lawak

Mirul ni lawak.. Dengan muka blur lagi, jawapan spontan.. memang sakan la ain prank dia. Walaupun sheols ni bingit tapi youtube dorang masih boleh layan.

Kalau yang pemenang abpbh tu nak tengok sampai 2minit pun tak sanggup
Quote airmineral 23-12-2020 04:39 PM
reaction laki di ni mmg lawak la
Quote aemon 23-12-2020 05:04 PM
muka laki dia kalau aku tgk mesti nk tergelak..tp pape pun syg btul ain kt laki dia ni.
Quote cha-cha 23-12-2020 05:55 PM
Aku tiba2 suka tengok video ain ni sebab laki dia kelakar blur kalau dia seorang je aku tak suka, sakit kepala aku dia jerit2.
Quote awenda507 23-12-2020 06:07 PM
Kelakar reaksi laki si ain ni.kompem sllu kena prank ngn bini smpai bini ckp btl pn dia payah nk caye.bahaahahahha
Quote Carcosa 23-12-2020 09:12 PM
Ain ni lawak jugak... Kalau dia mengacara serious2 pun, ok. Tapi mcm majlis formal utk upscale company, tak boleh rasanya kot. Suara dia mcm agak childish didengar, walaupun dia brckp normal
Quote doubleA 23-12-2020 09:50 PM
Bagus la dua2 saling menyayangi. Walaupun laki dia muka kelako, asalkan bini dia suka udah la kan
Quote nordin84 23-12-2020 10:18 PM
dulu ms kawen rmi kutok usop sonto ok

bgs dia x berjadian dgn adik elbulu.. muke xpntg janji kaya dan x menyakitkan hati
Quote nordin84 23-12-2020 10:28 PM
lattehazelnut replied at 23-12-2020 04:23 PM
Mmg suami ko je yg masak selama ni.. huhu..

Tp yg video whisper challenge tu lawak


yg klako ayah pin kahkahkah
walaupun mirul ni muda 2tahun dr ain.. nmpk sepadan la



Quote hanasensei 23-12-2020 10:53 PM
TerataiMelur02 replied at 23-12-2020 04:34 PM
Mirul ni lawak.. Dengan muka blur lagi, jawapan spontan.. memang sakan la ain prank dia. Walaupun  ...

Aku x follow si ain ni. Tp hritu terlalu kat fb rumah dia.. Suka tgok id rumah dia. Yg lawak ada dia buat suprise hadiah beli piano kat suami padahal suami x reti main pun. Kira mcm dia beli utk diri sndri.
Yg amirul ni dok blurr tnya mcm mana leh bawa masuk piano yg besar tu. Xda heran pun kat piano tu.. Haha
Quote husna_amal 24-12-2020 10:13 AM
Rupa suami ain ni nampak kelakar je. Pandai buat lawak tak....
Quote Redmyvi 24-12-2020 01:23 PM
Aku tgk depa dua orang ni mcm complement each other la sebab ain jenis riuh rendah, suami dia jenis cool lawak2.. jadi rumahtangga tu tak bosan..
Quote NurAlia14 24-12-2020 04:41 PM
Laki die kalo menyampah dgn ain ni die sound direct je huhu
Quote lifeline 24-12-2020 05:08 PM
aku jadi layan utube si ain ni sbb miruk
hahaha gaya malas layan mirul tu mmg kena la dgn ain yg semedang terkinja kinja n bingit n beria ia tu

tp whisper challenge tu aku tgk 2x..sekali tu tgk dgn husband aku mmg bantai gelak la
masuk air gak dedua ni

pandai nyanyi lagu cina pulak si mirul tu hahahahhaah
Quote dua_chzy 24-12-2020 06:26 PM
lifeline replied at 24-12-2020 05:08 PM
aku jadi layan utube si ain ni sbb miruk
hahaha gaya malas layan mirul tu mmg kena la dgn ain yg se ...

Ai first time tengok video deol kat thread ni. Baru faham camna Ain ni boleh tertarik kat husband dia.
Quote sarah_ary2 24-12-2020 07:18 PM
Kalau kapel camnie ok nampak best x boring and bery spontaneous lawaknya kalau yg lagi satu tue hmmmm
Quote kiah_mai_pulak 24-12-2020 07:26 PM
jap nk tnya. muka husben dia mmg mcm tu ke guna filter dekat ig?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.065541 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top