CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Mamat Khalid Masukkan Dialog Keras, 'Pedas' Dalam Karyanya

26-11-2020 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6633| Komen: 22

Description: Pengarah Mamat Khalid, 57, mengakui tidak risau untuk memasukkan dialog keras dan 'pedas' dalam karya arahannya demi membuka mata penonton berkaitan isu kemasyarakatan yang berlaku.
Pengarah Mamat Khalid, 57, mengakui tidak risau untuk memasukkan dialog keras dan 'pedas' dalam karya arahannya demi membuka mata penonton berkaitan isu kemasyarakatan yang berlaku.


Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid berkata, cara penilaian penonton sekarang sudah lain dan dia mahukan mesej yang mengangkat isu berat seperti menyentuh kerajaan diterjemahkan dalam bentuk hiburan.

Foto: IG

"Cerita yang saya hasilkan akan lebih banyak menampilkan dialog keras dan lantang mengenai isu kemasyarakatan. Walaupun 'pedas', ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

"Sebaliknya, dialog mengenai sesuatu isu itu bertujuan untuk mendidik dan mengajar penonton. Cuma, mesej itu dinikmati mereka dalam pendekatan elemen lawak.


"Sekarang cara penyampaian sebuah karya sudah lain. Bagi saya, menggunakan dialog sebigini membuka mata penonton untuk memberi perhatian lanjut kepada isu berat yang berlaku," katanya menerusi sebuah temubual dalam talian.


Terbaharu Mamat yang tampil dengan siri berjudul Kampung Pisang Bersiri-Siri mengakui elemen itu juga penting bagi memastikan penonton tidak berganjak. Apatah lagi, dia sendiri sudah terlalu lama tidak mengarahkan drama bersiri.

"Apabila mengarahkan siri, ruang untuk berkarya menjadi lebih banyak. Apa pun, cabaran terbesarnya tentu sekali bagaimana untuk membuatkan penonton akan terus tertarik menanti setiap episod akan datang.

"Jadi, penting buat saya menekankan dari segi dialog yang memberikan kesan selain kekuatan watak itu sendiri. Setiap episod dalam siri terbaru saya ini memiliki keunikan tersendiri untuk tujuan itu," katanya.


Dalam pada itu, Mamat mendedahkan dia menerima tawaran daripada artis seni lukis bagi mengadaptasi karya filemnya kepada komik. Meski teruja, dia belum bersedia untuk menerima.

"Memang ada yang datang kepada saya menunjukkan hasil lukisan komik filem saya. Diakui sangat seronok melihat hasil kerja ditunjukkan mereka yang sememangnya sangat bagus.

"Bagaimanapun, untuk merealisasikannya kena benar-benar ada syarikat percetakan yang dipercayai bagi mengendalikannya. Saya harap akan ada syarikat percetakan yang serius untuk tampil berbuat demikian," katanya.


Kampung Pisang Bersiri-Siri menampilkan pelakon Aziz M. Osman, Mat London, Bell Ngasri, Kazar Sairi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Imuda, dan ramai lagi. Ia adalah projek premium sulung Astro Originals dan mula ditayangkan 7 Disember, jam 9 malam menerusi Astro Citra. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 26-11-2020 04:40 PM
Ada ellie suriaty dlm ni..msti karya terkreatif dan teragung serta terbaik ni..
Quote awanysss 26-11-2020 05:46 PM
tengok line-up pelakon je dah rasa kelakar..
semoga ada masa nak tgk..
Quote ctaz 26-11-2020 05:49 PM
YEAHHH....terbaik....drama yg ditunggu2...

Quote matchstick 26-11-2020 05:51 PM
Mcm best je siri kmpg pisang ni..tapi sayang ramai pelakon feveret abg mamat ni dh meninggal. Pak jabit ori paling dirindui
Quote aqissa 26-11-2020 07:56 PM
Betullah..casting lejen ramai dah xdew...
Quote mamajawie 27-11-2020 12:41 AM
Cm best je..nak tgok ahhh tapi uma takda asterok..{:question
Quote mrseller 27-11-2020 12:49 AM
Citer sampah lagi ke?
Quote bedahmenjuyah 27-11-2020 09:19 AM
Berapa episod ni? Nanti tayang hari2 ke mcm mana. Tak pernah plak tgk siri kat citra
Quote husna_amal 27-11-2020 09:52 AM
Mesti ada dialog baru yang bakal trending lepas ni.
Quote Suchi 27-11-2020 10:13 AM
matchstick replied at 26-11-2020 05:51 PM
Mcm best je siri kmpg pisang ni..tapi sayang ramai pelakon feveret abg mamat ni dh meninggal. Pak ja ...

Aziz m osman jd pak jabit dalam siri ni. Kelakor gak tengok teaser kat ig mamat pasal drama ni.
Harap lawak laa walaupun pelakon berbeza tu pun masih ada pelakon2 asal yg berlakon.

Quote mohdcrow 27-11-2020 10:34 AM
Unsur seks seperti tokey kedai makan berbuah dada besar dan telur tersepit macam dalam manap karaoke ada masukkan jugak ke?
Quote jijilaaa 27-11-2020 11:25 AM
aku pun xsabar nak tunggu kg pisang series ni. teringin tgk ac,que dgn johan bergabung balik. tp tgk pada poster mcm xde je diaorg
Quote buragazz 27-11-2020 12:15 PM
mamajawie replied at 27-11-2020 12:41 AM
Cm best je..nak tgok ahhh tapi uma takda asterok..{:question

Pinjam le password astro go member yang ada..
Quote mamajawie 27-11-2020 01:33 PM
buragazz replied at 27-11-2020 12:15 PM
Pinjam le password astro go member yang ada..

iollss da soh adik iollss record kt decoder kang iollss balik uma mak iollss nak tgok..tgok previu kt ig mamat khalid klakar siot si joey jadi sengal M

Quote sleepandream 27-11-2020 01:48 PM
ellie suriati ada noks...
masterpiece cite melayu ni kene tengok ni wajib rekod ulang tengok sejota kali noks
Quote Hahahaha_ 27-11-2020 10:54 PM
Siri drama yg paduu {:hooray
Quote mongoose_kidz 28-11-2020 12:14 AM
x berkenan sbb ade elli suriati tu...
dia kan over..aku org perak pun x pernah dgr lagi org perak ckp mcm dia
Quote mongoose_kidz 28-11-2020 12:15 AM
btw aku rindu nak tgk lakonan pak uda...
true legend
alfatihah...
Quote diss69 29-11-2020 04:51 PM
Boleh laa nengok..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.060559 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top