CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Penerbit Kecewa Drama Lelaki Lingkungan Cinta Tak 'Trending'?

22-11-2020 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26423| Komen: 185

Description: Drama Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayangkan di slot Lestary TV3 setiap Rabu hingga Jumaat dikatakan kurang mendapat sambutan.
Drama Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayangkan di slot Lestary TV3 setiap Rabu hingga Jumaat dikatakan kurang mendapat sambutan.

Perkara itu menjadikan, drama lakonan penyanyi popular, Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani dan ramai lagi tidak 'trending' di laman Twitter.


Dalam masa sama, timbul pula dakwaan mengatakan penerbitnya, Fadzil Teh kecewa apabila drama yang membariskan ramai pelakon muda itu tidak hangat diperkatakan.

Kredit foto: IG


Bagaimanapun, Fadzil ketika dihubungi menafikan perkara itu sebaliknya bangga dengan hasil lakonan semua yang terbabit.

"Mana ada saya kecewa. Diakui drama ini kurang mendapat sambutan, tapi saya okay dan tetap bersyukur. Bagi saya, drama ini berjaya memperkenalkan bakat baru yang selama ini kurang pendedahan untuk melakonkan watak utama.


"Jadi, saya bangga kerana memberi mereka peluang itu. Sebagai contoh Shasha Abedul dan Ismail Izzani. Kedua mereka pelakon yang berbakat dan boleh pergi lebih jauh jika terus diberikan watak sesuai. Dalam masa sama, drama ini turut memperkenalkan beberapa muka baharu seperti Cik B, Shalma Eliana, Aniq Hero Remaja dan beberapa. Mereka ini juga bagus," katanya.

Dalam masa sama, Fadzil berharap peminat dapat memberi sokongan kepada drama itu yang bakal berakir pada Rabu depan.

"Tinggal lagi satu episod. Kepada semua yang sudah mengikuti drama ini dari awal terima kasih saya ucapkan dan teruskan menonton sampai habis," katanya. -CARI



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolipopbiru 22-11-2020 11:20 AM
mmg tak best langsung. wajar la tak trending. nk tiru mcm drama bbnu indon tapi pelakon stok stok muka lemau takde ciri hero. kalau kt indon lain sbb hero-hero muda ada rupa ada karisma
Quote Kurex 22-11-2020 11:23 AM
Sebab hero(in) dia naimah kot...
Quote Ritacomels 22-11-2020 11:25 AM
Hero2 semua mcm x mandi
Quote miss_strangers 22-11-2020 11:32 AM
Hero Cuba letak hun...baru Segar sikit mata...
Quote arlyssa 22-11-2020 11:32 AM
mmg la x trending. pelakon bbnu je sume. dah tu xde rupa plak tu.
aku tgk pun sbb ada cik b je. tp last2 da x tengok. rengsa tgk watak hero muka mcm x mandi, rambut serabai mcm x sikat.
eww sgt.
Quote nordin84 22-11-2020 11:35 AM
ape penerbit ingat vida nak bayar ke suruh org trending? lambertttt lagi
Quote NEmma 22-11-2020 11:37 AM
I tgk first episod tapi x sampai habis. Cringe sgt skrip & lakonan. Satu lagi naim danial nampak selekeh. Mael pun dgn style rambut yg mcm apa. Mmg wajar tak dapat sambutan & tak trending.
Quote TerataiMelur02 22-11-2020 11:45 AM
Pelakon lelaki selekeh.. Pelakon perempuan tu pun selekeh + kemek. Cari la yg sedap sikit mata memandang
Quote epuepy 22-11-2020 11:50 AM
Hauuuk ok drama nih. Naim Daniel nmpk busuk dlm citer ni. Menguap tgok iklan dia. Tgok citer mmg x la
Quote lavendernovella 22-11-2020 11:52 AM
Lama dah tak tgk citer melayu lagi2 drama. Serba serbi kejung. Macam drama zaman 90an.

Iol suka tengok drama bersiri Turki. Tip top. Marvelous.
Quote RatuDunia94 22-11-2020 12:04 PM
Pelakonnnn  kayu.. diakui Naim sorang je pandai berlakon dlm tu. Tp nuka naik x boleh blah lah jd hero.. heols nampak kepam.. pelakon yg lain muka helok2 tp kayu ya hamat...
Jalan cerita cliche.. remaja kahwin awal.. ada org ketiga.. ayooo.. please Marr Mohammed tulis skrip yg lebih bagus lg..
Quote hantamal 22-11-2020 12:06 PM
Selayaknya la.. Geli tengok cerita nikah muda pregnant bagai..
Terbayang budi yihhh
Quote Berbudibahasa 22-11-2020 12:10 PM
Ritacomels replied at 22-11-2020 11:25 AM
Hero2 semua mcm x mandi

Ini sangat setuju!!!
Quote kambinggila 22-11-2020 12:13 PM
ni cerita mana plak si budi berlakon? best sangat ke sampai sedeh tak trending. nak trending buat la show bangang bangang sikit. tiru idea negara lain ke.. baru la trending
Quote unguaurora 22-11-2020 12:14 PM
Naim ni x sesuai watak org bercinta.. mimik muka x meyakinkan utk melontarkan ayat cinta..
gitu..   peganh watak bdk2 laki lepak tepi simpang tu sesuai.. x pun stick je watak oku sbb sgt menjadi.
Quote lolipopbiru 22-11-2020 12:16 PM

sangat tak mandi





Quote reddots 22-11-2020 12:17 PM
lavendernovella replied at 22-11-2020 11:52 AM
Lama dah tak tgk citer melayu lagi2 drama. Serba serbi kejung. Macam drama zaman 90an.

Iol suka  ...

Aah sis.. baik tgk citer turki.. skng sis layan citer apa?
Quote adelea 22-11-2020 12:18 PM
Sasha abedul ni belum lagi kot utk level heroin.. klu heroin kasik kat putri najwa pon ok kot ..

Aku tgk jugak sbb adik aku gigih nak tgk cik B

Tapi cik B cam gengster pulak
Quote adelea 22-11-2020 12:22 PM
hantamal replied at 22-11-2020 12:06 PM
Selayaknya la.. Geli tengok cerita nikah muda pregnant bagai..
Terbayang budi yihhh


Adik aku pon ckp macam ni ..
Tengok naim terbayang budi ..

Lihat semua komen(185)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.184083 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top