CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Ketukan Terus Menghantui Sabak Bernam

22-11-2020 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33182| Komen: 252

Description: Misteri bunyi ketukan pintu rumah terus menghantui penduduk di Sabak Bernam semalam.
Misteri bunyi ketukan pintu rumah terus menghantui penduduk di Sabak Bernam semalam.

Seorang suri rumah, Noraidayawati Mohd Tahar, 47, berkata, gangguan bunyi ketukan pintu didengarinya terlalu kuat di belakang rumah berhampirannya kira-kira jam 9 malam tadi.


Menurutnya, dia bersama suaminya, Rahim Amat, 53, dan tiga anaknya mendengar dengan jelas bunyi ketukan yang berterusan dianggarkan selama 10 minit.

"Kami sekeluarga seram hendak mengintai di tingkap, lebih-lebih lagi kejadian ini tular sejak kelmarin," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Noraidayawati berkata, dia pada mulanya menyangka hanya mereka sekeluarga yang mendengar bunyi misteri itu, sebelum jirannya menghantar WhatsApp memaklumkan perkara sama.


Kredit foto: Sinar Harian


"Jiran beritahu dia juga ada terdengar bunyi ketukan pintu rumah sangat kuat di rumah jiran dan bertanya dengan pemilik rumah terbabit tentang gangguan tersebut.

"Bagaimanapun, pemilik rumah memaklumkan dia tidak mendengar apa-apa bunyi pelik.

"Sehingga kini, kami masih hairan dengan punca misteri bunyi ketukan kuat tersebut," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, pihaknya yang membuat pemantauan menerusi Rondaan Sukarela Cegah Jenayah (RSCJ) di taman itu mengakui menerima aduan terbabit.

Beliau berkata, seramai 10 anggotanya yang tiba di rumah terbabit mendapati bunyi gangguan itu sudah tidak kedengaran.

"Apabila ditanya penghuni rumah terbabit mereka mendakwa tidak mendengar apa-apa bunyi ketukan, sebaliknya hanya penduduk sekeliling yang mendakwa terdengar bunyi ketukan kuat itu.

"Sehingga kini kami telah menerima lima aduan penduduk berhubung gangguan bunyi misteri itu sejak kelmarin dan antara langkah yang telah diambil ialah dengan meningkatkan rondaan cegah jenayah pada setiap malam sehingga awal pagi," katanya.


 
Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, tiada lagi aduan penduduk di kampung itu yang mengadu terdengar bunyi ketukan pintu tanpa salam.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan meneruskan rondaan malam berikutan masih terdapat beberapa kampung berhampiran masih diganggu bunyi misteri itu.

"Saya difahamkan bunyi gangguan di kampung lain masih ada, tetapi tidaklah seteruk semasa kejadian hari pertama dan kedua kelmarin," katanya. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Limao 20-11-2020 12:01 PM
Sempat agi jurufoto itu suruh posing depan pintu
Quote duri_durians 20-11-2020 12:22 PM
kenapa mcm ini bukan pertama kali berita sebegini datang dari sabak bernam?
Quote Kurex 20-11-2020 12:25 PM
Sabak bernam ni tempat nanu a.k.a bugis kan? Kau tak pernah kena macam ni ke?
Quote Normabaru. 20-11-2020 12:27 PM
Limao replied at 20-11-2020 12:01 PM
Sempat agi jurufoto itu suruh posing depan pintu

Posing tunjuk pintu..
Haritu posing tunjuk kubur

Rasa photographer sama ni..
Quote Boomibulat 20-11-2020 12:43 PM
Tahun lps kat Perak pun ada kes mcm ni jugak..hantu dh pindah Selangor ke..?
ketuk.png

Quote alesandra 20-11-2020 12:49 PM
rumah kampung boleh la nak ketuk2.kalau rumah teres kirim salam la ko nak gegar2 pintu pagar ni
Quote Azhargoth 20-11-2020 12:54 PM
Limao replied at 20-11-2020 12:01 PM
Sempat agi jurufoto itu suruh posing depan pintu

Komfom juru foto yang sama yang soh 4 pak aji tunjuk kubur ari tu...
Quote Tinot7 20-11-2020 01:00 PM
Boomibulat replied at 20-11-2020 12:43 PM
Tahun lps kat Perak pun ada kes mcm ni jugak..hantu dh pindah Selangor ke..?

Masa dia rentas negeri, takde sape stop ke?
Quote Boomibulat 20-11-2020 01:03 PM
Tinot7 replied at 20-11-2020 01:00 PM
Masa dia rentas negeri, takde sape stop ke?

Mungkin ada surat dari majikan..
Quote any42 20-11-2020 01:11 PM
aiyohhh serem la plak. pintu bilik air pun diketuk.  mkhluk serem mane yg suka ketuk pintu
Quote Tinot7 20-11-2020 01:38 PM
Boomibulat replied at 20-11-2020 01:03 PM
Mungkin ada surat dari majikan..

Kecian dia, tak voley work from home.. hahaha
Ke dia ketuk pintu nak minta sewa sama utk wfh?
Quote cmf_premierleag 20-11-2020 01:42 PM
Limao replied at 20-11-2020 12:01 PM
Sempat agi jurufoto itu suruh posing depan pintu

tu la..perlu ke nak lakonkan semula aksi ketuk pintu tu ?
buat perabih space dlm website jah
Quote cmf_premierleag 20-11-2020 01:44 PM
sabak bernam ni area nobito bugis pemuja yahudi khueeenn???
sis nobi kene kacau tak ketuk2 pintu nih???

Quote cmf_premierleag 20-11-2020 01:47 PM
aku baca komen2 kat fb smlm
ada yg kata sblm ni mmg penah jd kat perak
and ada yg kata  skang udah smpi ke banting
and ada gak komen kata program tv3 Detik 12 Malam mmg pernah siasat and mmg ada aksi ketuk2 ni..siap ada video rakaman bagai lg katanyaaa...ni sume aku baca komen kt fb laaa
maybe lps ni cyst sheila rusly bleh pencen dr ketuk ketuk ramadhon sbb hantu ketuk2 take over her position
Quote cmf_premierleag 20-11-2020 01:48 PM
ntah2 yg ketuk2 pintu tu pegawai JAIS sbb nak cegah maksiat
Quote Belibis 20-11-2020 01:53 PM
Normabaru. replied at 20-11-2020 12:27 PM
Posing tunjuk pintu..
Haritu posing tunjuk kubur


Kay indon pun sama,tunjuk tangga tempat suami gantung diri.
Quote Belibis 20-11-2020 01:54 PM
cmf_premierleag replied at 20-11-2020 01:48 PM
ntah2 yg ketuk2 pintu tu pegawai JAIS sbb nak cegah maksiat

Tapi maksiat kan dalam kereta vios,sambil makan sate....
Quote edayildiz 20-11-2020 01:57 PM
best nampak kg dorg ni..teringin nk rasa suasana kg..kg i kt serambi mekah xmcm kg sgt dh..
well hantu ke org jahat..kalau hantu ok lg la..kalau org jahat ..dia ketuk jer kan..xyah la bkk..
Quote rospinki 20-11-2020 02:02 PM
seremmm..pernah terjadi masa kecik dulu hantu ketuk pintu tapi tiada orang..hanya kedengaran anjing menyalak

hantu tu al kisahnya org mati beranak anaknya pulak laki dia bawak lari..dia ketuk tu cari anak dia.

Lihat semua komen(252)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.085899 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top