CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Kutipan Terkumpul RM56.9 Juta, Kampung Pisang Jadi Drama Bersiri

29-11-2020 02:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10223| Komen: 24

Description: Buat julung kalinya di Malaysia, francais filem pecah panggung nombor satu tanah air, Kampung Pisang akan menjengah ke skrin televisyen dalam bentuk drama bersiri premium menerusi jenama Astro Origina ...

Antara babak menarik yang dirindui peminat francais filem Kampung Pisang dalam versi drama, Kampong Pisang Bersiri-Siri.


Buat julung kalinya di Malaysia, francais filem pecah panggung nombor satu tanah air, Kampung Pisang akan menjengah ke skrin televisyen dalam bentuk drama bersiri premium menerusi jenama Astro Originals, bertajuk Kampong Pisang Bersiri-Siri, arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21, Mamat Khalid.

Lima buah filem di bawah francais Kampung Pisang masing-masing telah merekodkan kejayaan membanggakan adalah Hantu Kak Limah (RM38.6 juta, tahun 2018), Zombie Kilang Biskut (RM1.5 juta, 2014), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (RM6.4 juta, 2013), Hantu Kak Limah Balik Rumah (RM8 juta, 2010) dan Zombi Kampung Pisang (RM2.4 juta, 2007).

Kesemuanya filem di bawah francais Kampung Pisang itu telah merekodkan kutipan pecah panggung dengan jumlah keseluruhan RM56.9 juta.

Pengarahnya, Mamat Khalid berkata, francais Kampung pisang mempunyai nilai istimewa dalam hati penonton sejak mula bertemu peminat pada 2007 menerusi filem Zombie Kampung Pisang.

“Sejujurnya, francais Kampung Pisang ini amat istimewa di hati saya. Saya percaya ada sebahagian penonton yang turut membesar dengan filem-filem ini. Sejak tahun 2007 karya ini diperkenal, saya ingin menzahirkan satu kelainan khususnya kepada mereka yang setia menyokong, justeru saya gabungkan hampir kesemua watak filem ke dalam siri ini,” kata Mamat dalam satu kenyataan rasmi.

Selain itu, penonton juga akan disajikan dengan jalan cerita, elemen komedi, hantu dan kameo yang berbeza di setiap episod.

“Barisan pelakon bukan sahaja dalam kalangan pelakon tetapi turut membintangi adalah barisan pengarah hebat tanah air seperti Mat London, Nasir Jani, Ellie Suriaty, Pekin serta kartunis Imuda dan pelukis komik Ujang, Soya.

“Saya rasa berbangga dapat bekerjasama dengan mereka dan para pelakon lain. Ternyata kehadiran mereka tidak sahaja memberi input pada karya ini, malah dedikasi dan komitmen tinggi yang diberikan sepanjang penggambaran harus diberi pujian,” katanya lagi.

Kampong Pisang Bersiri-Siri juga dianggap sebagai satu cabaran baru buat Mamat kerana merupakan pertama kali dirinya mengarahkan drama bersiri.

“Namun begitu perlu mengekalkan kualiti dan ‘end result’ setanding filem. Untuk itu, teknik teknologi pengimejan telah dilakukan oleh tenaga pakar di Australia dan proses adunan audio dan bunyi pula dilakukan di Thailand.

“Saya harap penonton akan berpuas hati dan sedikit sebanyak mampu membawa mereka keluar dari tekanan seketika khususnya di kala dunia dilanda pandemik Covid-19 ini. Tidak salah kiranya jika kita meluangkan sedikit masa untuk berhibur bersama keluarga dan yang tersayang dengan menonton karya Kampung Pisang.” ujar Mamat Kalid lagi.

Episod pertama Kampong Pisang Bersiri-Siri akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada pukul 9 malam bermula 7 Disember ini.

Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, drama premium komedi seram tersebut akan ditayangkan pada setiap hari Isnin pukul 9 malam eksklusif di Astro Citra. 


Sumber – K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-11-2020 03:27 AM
Harap2 best lah...
Quote supernaturalee 29-11-2020 03:44 AM
Kampung Pisang The Universe


Quote Tinot7 29-11-2020 08:24 AM
Iols suka giler citer hantu kak limah
Quote mamajawie 29-11-2020 09:01 AM
Iollss pling suka hantu kak limah balik rumah..tme tu lawak gle smpai aku tgok berpuluh2 kali pun xjemu
Quote bondeh 29-11-2020 09:03 AM
Teaser pun dah ramai share dialog sempoi tapi lawak
Quote salmon-suki 29-11-2020 09:29 AM
Ai rasa org skrg nak tgk suasana acik2 kampung,so any drama/movie y berlatar belakangkan kampung,mmg senang kot nak feymes..harap2 tetap kekal lawak n best laa..
Quote makneng 29-11-2020 09:55 AM
Franchise hantu kak limah ni komedi yg santai je bagi mak, tapi mak ada kawan yg penakut nak tgk film hantu kak limah ni..aptb la
Quote nia_salina 29-11-2020 11:44 AM
hadoi i takle tahan gelak teaser dia yg order mee kari tu. harey btl lah
Quote matchstick 29-11-2020 11:45 AM
Aku tgk teaser tu mmg kelakar..harap full version nt mmg kelakar betul la. Tak sabar nk tgk 1st ep nt ada kt ria..kalau best jenuh la pulak nk kena topap njoi langgan warna jgk
Quote kodoklawa 29-11-2020 04:21 PM
filem hantu kak limah ni yang mana ek?  hantu kak limah balik rumah yg awie dgn umi nazeera..kan
Quote cikkittydiva 29-11-2020 05:11 PM
Aku suka hantu kak limah balik rumah sebab line up semua best.. arwah pak uda ada.. johan ada.. mmg x jemu tgk.  Watak johan dlm tu aku suka.. jadi fun.
Quote adelea 29-11-2020 10:19 PM
Jgn tiru kampung people {:hooray
Quote KIM.K 30-11-2020 10:57 AM
wei tak layak samakan kg pisang nak meniru kg people. kg people tu yg terilham daripada kg pisang yg dah berjaya di pawagam
make sure ada watak nama i eh..baru bunian semua mai sokonggg
Quote mamajawie 30-11-2020 11:05 AM
aku tengok teaser yg Daud n Manap dedua sengau tu..cam jilaker joey bleh sengau M..kampom pisam diseram pomcom..manem maumnyemm..babik tol..ahahahhaha
Quote mamajawie 30-11-2020 11:05 AM
adelea replied at 29-11-2020 10:19 PM
Jgn tiru kampung people {:hooray

neehhh, kampung people bertiang2 ke belakang dari kampung pisang..lagi kampung people 2nd very the hauk..

Quote saviour_09 30-11-2020 11:30 AM
nak tengok sengal yah kuchai

mee kari kuah laksa

duk la jerit aku tak rela berpuluh kali depan org minyak, tp golek2 siap tepuk bantal lagi
Quote saviour_09 30-11-2020 11:31 AM
mamajawie replied at 30-11-2020 11:05 AM
aku tengok teaser yg Daud n Manap dedua sengau tu..cam jilaker joey bleh sengau M..kampom pisam dise ...

pomcom

dia ejek org sengau sampai dia tak pamham

dia tu lg org tak pamham
Quote mamajawie 30-11-2020 11:32 AM
saviour_09 replied at 30-11-2020 11:31 AM
pomcom

dia ejek org sengau sampai dia tak pamham

apem oram kampom pisam nim..cakam makim tam pamham..haram jadah aku repeat byak kali teaser tu kot..ehehehehhe

Quote saviour_09 30-11-2020 11:44 AM
mamajawie replied at 30-11-2020 11:32 AM
apem oram kampom pisam nim..cakam makim tam pamham..haram jadah aku repeat byak kali teaser tu kot ...

minah sebelah dia tu tunggu masa je nak pecah gelak

bongok gile

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.058812 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top