CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Rakam Bapa Belasah Ibu Nak Pergi Kerja

3-9-2020 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10412| Komen: 79

Description: Penganggur membelasah dan mengugut bunuh isteri di hadapan anak-anak kerana tidak membenarkan wanita itu keluar bekerja.
Penganggur membelasah dan mengugut bunuh isteri di hadapan anak-anak kerana tidak membenarkan wanita itu keluar bekerja.

Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Molek jam 3.30 petang pada Jumaat lalu.


Difahamkan, kejadian sempat dirakam dua anak mereka berusia 10 dan 13 tahun menggunakan telefon bimbit.


Gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, mangsa, 34, terjatuh apabila rambutnya ditarik suaminya, 38, yang gagal mengawal emosi apabila mereka berselisih faham.

"Suspek memukul isterinya di anggota badan selain menampar pipinya dengan kuat hingga mendatangkan kecederaan serta mengeluarkan ugutan mahu membunuh wanita tersebut serta akan memukul dua anak mereka. Akibat perbuatan itu, mangsa cedera paha kiri, tangan kiri dan sakit pada telinga akibat ditampar.


"Suspek juga merosakkan motosikal digunakan mangsa selama ini untuk berulang alik ke tempat kerjanya di Pasar Dungun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Siasatan mendapati suspek yang panas baran sering melepaskan marah terhadap isterinya.

Laporan dibuat mangsa usai mendapatkan rawatan dan suspek ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. - CARI
1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 3-9-2020 02:14 PM
ish pelik betul


jarang betul kejadian pelik mcm ni terjadi kat terengganu, selalu kene kt raub, benta, shah alam dan kota marudu...


Quote Simunggu 3-9-2020 02:14 PM
biawak mcm ni bagus buang di sungai ja...dah lah malas kerja kuat pukul bini pula
Quote MissyMolly 3-9-2020 02:15 PM
gilaaaaaaaaaaaa!!!!
Quote LadyCarefree 3-9-2020 02:20 PM
Takpe. Ikut cara pabitra.
Quote chinta89 3-9-2020 02:24 PM
nape x bg isteri keja?

lakinya pulak keja tak???
Quote lattehazelnut 3-9-2020 02:29 PM
chinta89: nape x bg isteri keja?lakinya pulak keja tak???

Perkataan pertama artikel da ckp penganggur

Iols rasa mesti jenis tunggu duit zakat or sedekah kot
Quote kikuri 3-9-2020 02:33 PM
mujo la bini tu keluar cari rezeki... nak harapkan ko mau kebulur satu family... pastu suka2 je nak belasah bini...
Quote epuepy 3-9-2020 02:33 PM
spesis oink oink betul!

dh la bewak tegar, bini nk gi keje ko gi sepak.

dh kalo bini x keje, ssape nk bagi anak makan?
Quote bukanomi 3-9-2020 02:35 PM
Penagih kot. Penh dengar, Dungun kawasan hitam.
Quote sarah82 3-9-2020 02:37 PM
Bagi buaya makan.
Quote sukacactus 3-9-2020 02:39 PM
Sian bini sian ank2
Mesti siksa hidup dgn org panas baran ni
Mangsa ada keje kan
So xde prob nak nyahkan suami singa ni
Quote manjalara_01 3-9-2020 02:39 PM
So ape yg polis bleh buat dlm kes mcm ni? Selamat ke wife & anak2?
Quote TomyamPuteh 3-9-2020 02:39 PM
Ada dlu kt kg aku. Org tua kawin bini muda. Dia pnya kuat cemburu tu smpai tahap sanggup angkut air mandi msk umah. X nk bg bini kluar umah lgsg.
Quote Zack8hunter 3-9-2020 02:44 PM
Edited by Zack8hunter at 3-9-2020 02:45 PM

Laki jonggos!! Majalah Mastika dulu2 suka guna perkataan ni.. haha
Quote Modngengade 3-9-2020 02:48 PM
asalkn berlaki
Quote chandrahusin 3-9-2020 02:50 PM
Siasatan mendapati suspek yang panas baran sering melepaskan marah terhadap isterinya.


kalau anak tak rakam, tetap lah bahagia isteri itewww
Quote RatuDunia94 3-9-2020 02:50 PM
Asal berlaki?
Quote CocoCily 3-9-2020 02:51 PM
Tinggal di Kampung Molek tapi perangai nya tak molek.

I suspect penagih ni..
Quote Zaien 3-9-2020 03:00 PM
wah ugut bnuh.. siap nak pukul anak2..
mmg oatut la anak tu record.. bijakkkk

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.424721 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top